13/05/2026
Pusat Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (CODL) telah menganjurkan Kursus Asas Pembangunan SIM ODL (FTKEK/FTKM/FTKIP) pada 6 hingga 7 Mei 2026 bertempat di Makmal Bahasa 1, Kampus Teknologi.
Kursus ini melibatkan staf akademik yang terlibat dalam pembangunan Self-Instructional Material (SIM) bagi program Open and Distance Learning (ODL). Peserta telah didedahkan kepada kaedah pembangunan SIM yang memenuhi standard bahan ODL serta amalan terbaik dalam penyediaan bahan pembelajaran kendiri yang berkualiti.
Terima kasih kepada semua peserta atas komitmen dan penglibatan sepanjang kursus berlangsung.
12/05/2026
Imbau kembali (throwback) sesi padat Kursus Pembangunan VR bersama pakar industri, Mr. Miguel Neyt di Galeri CODL. Dari teori hingga praktikal, peserta diperkenalkan meneroka potensi teknologi VR.
Bukan sekadar kursus, tapi ini adalah langkah besar ke arah ekosistem pembelajaran masa hadapan.
12/05/2026
📌 Bengkel Semakan Tetapan dan Diagnostik Sistem Pengurusan Pembelajaran (ULearn) telah diadakan pada 5 Mei 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat CODL.
Bengkel ini membincangkan faktor utama ketidakstabilan ULearn serta cadangan penambahbaikan melibatkan aspek infrastruktur, konfigurasi sistem, keselamatan dan pengurusan data bagi memastikan kestabilan sistem, khususnya semasa waktu puncak. Turut dibincangkan ialah ujian simulasi sistem dan penanda aras bersama universiti awam lain.
23/04/2026
CODL menyambut inisiatif Jom Membaca 10 Minit sebagai langkah menyemai budaya ilmu dalam kalangan warga kerja. 📚
Luangkan masa hanya 10 minit, dan jadikan membaca sebagai amalan harian yang memperkaya minda, memperluas perspektif, serta menyokong pembelajaran sepanjang hayat
18/03/2026
Di balik cahaya pelita,
tersimpan rindu dan kemaafan yang dipinta.
Selamat Hari Raya Aidilfitri ikhlas dari warga kerja CODL🌙
06/03/2026
JEMPUTAN WEBINAR KHAS UNTUK STAF AKADEMIK Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM
Ingin memantapkan kemahiran penggunaan platform ULearn? Sertai kami dalam sesi webinar "Getting Started with ULearn" yang akan dikendalikan oleh Dr. Loh Ser Lee.
Butiran sesi adalah seperti berikut:
📅 Tarikh: 10 Mac 2026 (Selasa)
🕙 Masa: 2.30 PM
🎙️ Penceramah: Dr. Loh Ser Lee
📍 Platform: Microsoft Teams Meeting
📌 Nota: Link kehadiran akan diberikan semasa sesi berlangsung untuk tuntutan mata CPD Pembelajaran.
25/02/2026
Pembangunan Kursus ODL Dinamik dengan Articulate Rise!
CODL UTeM baru sahaja selesai menganjurkan kursus 'Interactive Authoring for Higher Education' bersama eLearning Minds Group. Fokus utama: Memantapkan penghasilan Self-Instructional Material (SIM) yang responsif dan berimpak tinggi buat para pelajar.
Terima kasih kepada En. Andy Wan dan semua peserta atas komitmen luar biasa!
25/02/2026
Pusat Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (CODL) dengan kerjasama eLearning Minds Group Sdn. Bhd. telah berjaya menganjurkan kursus pembuatan video berasaskan AI pada 11 Februari 2026 yang lalu.
Bertempat di Makmal Bahasa 1, FTKM, para peserta yang terdiri daripada staf akademik dan pembangun bahan SIM (Self-Instructional Material) telah didedahkan dengan:
✅ Penggunaan avatar AI Colossyan yang bertaraf profesional.
✅ Teknik branching logic untuk pembelajaran lebih dinamik.
✅ Transformasi reka bentuk pengajaran tradisional kepada video interaktif.
Setinggi-tinggi penghargaan buat para penceramah dan semua peserta atas komitmen yang luar biasa. Semoga ilmu ini terus memperkasa kualiti pendidikan digital di universiti kita.
28/11/2025
Pihak IUCEL 2025 mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima Gold Medal dalam International University Carnival on e-Learning (IUCEL) 2025.
Pencapaian ini mencerminkan kecemerlangan, inovasi serta komitmen tinggi dalam memperkasa ekosistem e-Pembelajaran negara.
Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua pemenang atas hasil kerja cemerlang serta impak signifikan yang dibawa melalui projek masing-masing.
Teruskan menerajui inovasi dan menjadi inspirasi kepada warga pendidikan digital.