13/05/2026
Kunjungan Hormat Bersempena Hari Jururawat dan Hari Bomba
13 Mei 2026 (Rabu), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Profesional MARA Bandar Melaka telah membuat kunjungan hormat ke Klinik Kesihatan Tengkera dan Balai Bomba Jalan Kubu, Melaka, bersempena Hari Jururawat dan Hari Bomba.
Kunjungan ini turut disertai dengan penyampaian sedikit cenderahati sebagai tanda penghargaan dan ingatan atas jasa serta khidmat bakti mereka. Inisiatif ini merupakan tanda penghormatan kepada para jururawat dan anggota bomba yang sentiasa komited dalam menjalankan amanah, khususnya dalam membantu serta menyumbang kepada kesejahteraan warga KPMBM serta masyarakat secara keseluruhan.
Semoga segala pengorbanan dan jasa kalian sentiasa dikenang dan dihargai. Terima kasih atas dedikasi yang tidak ternilai.
12/05/2026
LAWATAN PENANDA ARAS KE SELERA JOHOR @ PLAZA LARKIN JOHOR BAHRU BERSAMA PENYEDIA LATIHAN HALAL (PLH) KPM BANDAR MELAKA
π Tarikh: 11 Mei 2026 (Isnin)
β° Masa: 10.30 pagi
πLokasi: Selera Johor @ Plaza Larkin, Johor Bahru
ποΈAnjuran: PMN Melaka bersama PLH KPM Bandar Melaka
Lawatan penanda aras ini diadakan bagi meninjau pengurusan dan pelaksanaan premis yang telah diiktiraf sebagai premis halal serta mendapatkan pendedahan berkaitan amalan terbaik dalam pengoperasian premis makanan halal.
Melalui kerjasama bersama PLH KPM Bandar Melaka, program ini diharap dapat memberi pendedahan serta input berguna berkaitan amalan terbaik halal untuk diaplikasikan dalam pengoperasian premis dan pembangunan industri halal MARA.
60TahunMARA
MenjunjungAmanah
11/05/2026
KUNJUNGAN & CADANGAN KOLABORASI BERSAMA INDUSTRI KREATIF
5 Mei 2026, selasa β Satu kunjungan telah diadakan daripada wakil industri kreatif tanah air iaitu En. Bazrul Hisyam Baharudin, Presiden Pertubuhan Inovasi Media Digital Interaktif Kreatif Malaysia serta En. Salman Al Farisi @ Salman JKK (Kapten Bersekutu), Penolong Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia ke Kolej Profesional MARA Bandar Melaka (KPMBM).
Kunjungan ini adalah bertujuan untuk membincangkan hasrat kerjasama bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KPMBM dalam melaksanakan sebuah program berimpak tinggi iaitu Bengkel Komuniti Filem & Belia Kreatif.
Bengkel yang dicadangkan ini akan memberi pendedahan menyeluruh kepada para peserta melalui modul-modul utama seperti pembangunan idea kreatif, teknik penceritaan (storytelling), kemahiran sudut kamera, suntingan kreatif serta asas penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam penghasilan kandungan digital.
Program ini mensasarkan untuk melahirkan kumpulan belia yang bukan sahaja kreatif, malah mahir dalam menghasilkan kandungan berkualiti tinggi melalui bimbingan mentor berpengalaman dalam industri kreatif.
Inisiatif ini dilihat sebagai satu langkah strategik dalam memperkasa kemahiran pelajar KPMBM serta membuka ruang kepada pendedahan dunia industri sebenar, selari dengan keperluan semasa dalam bidang media dan kandungan digital.
Semoga kerjasama ini dapat direalisasikan dan memberi manfaat berterusan kepada pembangunan bakat belia serta memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan dan industri kreatif negara.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kunjungan ini.
11/05/2026
π ππππππ πππππππ πππππππππ ππ πππππ ππππ & πππππ ππππ
πππππππ ππππ ππππ
Perhatian kepada semua pemohon, sila ambil maklum tarikh penting berikut:
π΅ Laluan UPU
Semakan, pengesahan setuju terima tawaran dan rayuan:
π
22 β 31 Mei 2026
Keputusan rayuan:
π
3 β 6 Julai 2026
π΄ Laluan SPUPIM
Semakan, pengesahan setuju terima tawaran, rayuan dan muat turun surat setuju terima tawaran:
π
25 β 31 Mei 2026
Keputusan rayuan:
π
3 β 6 Julai 2026
Sila buat semakan dan tindakan dalam tempoh yang ditetapkan.
11/05/2026
πβ¨ 8 Hari Lagi! β¨π
Debaran semakin terasa menjelang
Majlis Konvokesyen Perdana IPMA 2026 π
Satu detik penuh bermakna untuk meraikan kejayaan graduan KPM & TVETMARA yang telah melakar perjalanan ilmu, kemahiran dan kecemerlangan demi masa depan negara π²πΎ
π Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)
π
19 β 22 Mei 2026
Tahniah kepada seluruh graduan atas usaha, pengorbanan dan kejayaan yang diraih ππ
Terus melakar masa depan dan memimpin perubahan!
β¨ Melakar Masa Depan, Memimpin Perubahan.
10/05/2026
KPMBM Bersinar di Pentas Akhir Kajian Kes Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM)
π 9 Mei 2026
π Universiti Putra Malaysia
π°οΈ 7.30 A.M. - 2.30 P.M
Bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM), pelajar Kolej Profesional MARA Bandar Melaka (KPMBM) telah melakar kejayaan membanggakan dengan merangkul Tempat Kedua dalam Pertandingan Kajian Kes Prospek Ekonomi Belia atau Youth Economic Outlook 2026.
Bertemakan βE-Commerceβ, KPMBM yang diketuai oleh Nur Aeisya Bahaman dan dianggotai oleh Husna Kamilah Hairul Anuar, Luqman Wildan Mohd Firdaus , Nur Balqis Afrina Mohd Bilal dan Nur Qasrina Amni Ismawi ini terlebih dahulu melalui proses saringan pusingan awal dan berjaya menempatkan diri dalam kelompok Top 5 terbaik. Mereka bersaing sengit bersama pasukan-pasukan hebat dari Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Pada Pusingan Akhir, pasukan KPMBM sekali lagi mencipta kejutan dengan dinobatkan sebagai naib juara, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM700. Kejayaan ini menjadi bukti nyata dan manifestasi bahawa pelajar peringkat Diploma mempunyai kebolehan untuk bersaing hebat serta duduk sebaris dengan pelajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penasihat, Encik Amir Fariz bin Aliazhar dan Puan Hanis binti Hassan@Ahmad. Penghargaan juga ditujukan kepada barisan pensyarah yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung, MUAFAKAT KPMBM, Kelab Islamic Finance Society, Jabatan Perakaunan dan Ekonomi serta pelajar dan warga kolej yang telah bertungkus-lumus merealisasikan impian ini.
Syabas dan Tahniah!
08/05/2026
PROGRAM HALAL BIZSTART SELANGOR 2026 - KOLABORASI ANTARA HALAL LEARNING PROVIDER KPMBM DAN MARA NEGERI PAHANG UNTUK USAHAWAN MARA DI SELANGOR
βπ
6 Mei 2026 (Rabu)
π Espira Kinrara, Puchong
βProgram ini merupakan usahasama antara Halal Learning Provider Kolej Profesional MARA Bandar Melaka (KPMBM) bersama Pejabat MARA Negeri (PMN) Selangor dalam usaha memperkasa usahawan MARA dengan pengetahuan dan persediaan komprehensif ke arah permohonan Pensijilan Halal Malaysia.
βPara peserta telah didedahkan dengan modul berstruktur yang merangkumi komponen penting untuk pensijilan halal seperti berikut:
ββͺοΈ Pemahaman konsep asas halal, haram dan syubhah serta aplikasinya dalam industri
βͺοΈ Prosedur Pensijilan Halal Malaysia oleh JAKIM
βͺοΈ Pelaksanaan Sistem Kawalan Halal Dalaman (IHCS)
βͺοΈ Klinik permohonan halal melalui aplikasi MYeHALAL
βPihak kolej merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan tenaga pengajar Halal Learning Provider KPMBM atas perkongsian ilmu dan kepakaran teknikal yang disampaikan dengan cemerlang:
ββͺοΈ Ust. Wan Ab Rahman Bin Wan Dolah
βͺοΈ Nurul Ain Binti Khirul Salleh
βͺοΈ Danial Fitri Bin Mustapa
βͺοΈ Nur Ezzatul Natassha binti Rusli
βSemoga inisiatif ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan ekosistem halal dalam kalangan usahawan MARA, selari dengan matlamat pelancaran MARA Halal Ekosistem.
β
07/05/2026
PEMURNIAN KURIKULUM DIPLOMA KEWANGAN ISLAM (DIF)
Bengkel Pemurnian Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum (CDC) bagi program Diploma Kewangan Islam (DIF) telah berlangsung dengan jayanya pada 4 hingga 6 Mei 2026 di Hotel Klana Beach Resort, Port Dickson.
Penganjuran bengkel oleh Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) MARA ini merupakan satu inisiatif penting dalam memastikan kurikulum program DIF sentiasa relevan, berdaya saing dan selari dengan keperluan semasa industri kewangan Islam.
Bagi memperkukuhkan proses semakan dan penambahbaikan kurikulum, bengkel ini menghimpunkan panel yang terdiri daripada wakil industri, akademik dan alumni, iaitu:
Panel Industri
β’ Encik Mohd Yusnizam Mohd Yassin, Pengarah Pembangunan Pembelajaran, Kumpulan Perbankan Islam, CIMB.
β’ Ustaz Shahier Saβmin, Ketua Syariah, Bank Islam Securities.
Panel Akademik
β’ Dr. Nur Afizah Binti Muhammad Arifin, Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Panel Alumni
β’ Dr. Auni Zulfaka, Pengurus, Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC).
Sekalung penghargaan diucapkan kepada BPT MARA serta semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama dalam memastikan program DIF terus mengekalkan kualiti pendidikan pada tahap terbaik.