SJKT MASAI SKK JOHOR

SJKT MASAI SKK JOHOR

Share

Tentang aktiviti dan hebahan berita berkaitan SJKT MASAI Memaparkan aktiviti sepanjang tahun di Sjkt Masai.

05/06/2026

Media Sosial & Pengaruh Negatif : Benteng Diri Anda

Program SLAD J Negeri Johor
Wakil SJKT Masai

Mukesh a/l Sarawanan

Photos from SJKT MASAI SKK JOHOR's post 24/05/2026

Pasukan bola sepak bawah 12 tahun SJK(T) Masai telah berjaya merangkul Piala Saguhati dalam Liga Bharathiyar 2026 yang telah berlangsung pada 23 Mei 2026 di SJK(T) Tun Aminah.

Kejohanan ini berlangsung selama 7 minggu dan para pemain telah menunjukkan semangat juang, disiplin serta kerjasama pasukan yang amat membanggakan.

Syabas kepada semua pemain, jurulatih, guru serta ibu bapa atas sokongan dan komitmen yang diberikan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk pencapaian yang lebih gemilang pada masa akan datang! ⚽👏

23.5.2026 அன்று துன் அமினா தமிழ்ப்பள்ளியில் நடைபெற்ற பாரதியார் லீக் 2026 காற்பந்து போட்டியில், 7 வாரங்கள் நடைபெற்ற தொடரில் மாசாய் தமிழ்ப்பள்ளி ஆறுதல் கோப்பையை வென்றுள்ளது.

இந்த வெற்றிக்காக முயற்சி செய்த மாணவர்கள், பயிற்சியாளர்கள், ஆசிரியர்கள் மற்றும் பெற்றோர்களுக்கு மனமார்ந்த பாராட்டுகள்.

இன்னும் பல வெற்றிகளைப் பெற வாழ்த்துகள்! ⚽👏

Photos from SJKT MASAI SKK JOHOR's post 21/05/2026

🏅 SUKANEKA PERDANA SJKT MASAI 2026 🏅

Sukaneka Perdana bagi murid Tahun 2 hingga Tahun 6 telah berjaya dilaksanakan pada 20 Mei 2026 (Rabu) di SJKT Masai. Program ini mendapat penyertaan dan kerjasama yang amat memberangsangkan daripada semua murid dan guru.

Setiap murid diberi peluang untuk menyertai acara secara adil dan aktif. Semangat kesukanan, kerjasama serta perpaduan antara rumah sukan jelas terpancar sepanjang pertandingan berlangsung. ✨👏

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid serta guru atas komitmen dan semangat yang cemerlang dalam menjayakan program ini. 💐

🏃‍♂️🏃‍♀️🏅

2ஆம் ஆண்டு முதல் 6ஆம் ஆண்டு வரை மாணவர்களுக்கான குழு விளையாட்டுப் போட்டி கடந்த 20.05.2026 (புதன்) அன்று நம் பள்ளியில் சிறப்பாக நடைப்பெற்றது.

இந்த நிகழ்ச்சியில் அனைத்து மாணவர்களும் ஆர்வமாகக் கலந்து கொண்டனர். ஒவ்வொரு மாணவருக்கும் குழு போட்டிகளில் பங்கேற்க வாய்ப்பு வழங்கப்பட்டது.

போட்டிகள் முழுவதும் விளையாட்டு அணிகளின் ஒற்றுமையும் கூட்டுப்பணியும் அழகாகக் காணப்பட்டது.

மாணவர்களுக்கும் ஆசிரியர்களுக்கும் மனமார்ந்த பாராட்டுகள் மற்றும் வாழ்த்துகள். 👏✨

Photos from SJKT MASAI SKK JOHOR's post 19/05/2026

🌸 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2026 🌸
✨ Tema: Silang Budaya ✨
Berbeza budaya, berbeza bahasa,
namun guru tetap menyatukan jiwa ❤️
Terima kasih cikgu atas segala ilmu, kasih sayang dan pengorbanan yang dicurahkan demi mendidik anak bangsa. Semoga sambutan Hari Guru tahun ini menjadi kenangan indah yang mengeratkan perpaduan serta menghargai jasa insan bergelar pendidik. 👩🏻‍🏫👨🏽‍🏫🌍

பள்ளி அளவிலான ஆசிரியர் தினக் கொண்டாட்டம் 2026 🌸 #பல்லின மக்களின் கலாச்சாரம்
#மொழிகள் வேறானாலும்,
பண்பாடுகள் மாறினாலும்,
மாணவர்களின் மனங்களை ஒன்றிணைப்பவர் ஆசிரியர்
அறிவையும் அன்பையும் விதைத்து,
எதிர்கால தலைமுறையை உருவாக்கும்
அனைத்து ஆசிரியர்களுக்கும் மனமார்ந்த நன்றி
இந்த ஆசிரியர் தினக் கொண்டாட்டம்
ஒற்றுமை, மரியாதை மற்றும் பல்வேறு கலாச்சாரங்களின் அழகை கொண்டாடும் இனிய தருணம்.
#ஆசிரியர்தினம்2026
#தனித்துவமிக்கஆசிரியர்நாட்டின்உயிர்நாடி
#தமிழ்ப்பள்ளியேநம்அடையாளம்






Photos from SJKT MASAI SKK JOHOR's post 16/05/2026

🌸 Jamuan Hari Guru 2026 🌸
“Guru Bitara Nadi Negara”

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua warga guru SJKT Masai yang sentiasa mendidik dengan penuh kasih sayang, kesabaran dan dedikasi.

Majlis ini menjadi kenangan indah buat semua yang telah banyak berjasa dalam membentuk generasi masa depan. ✨






🌸 ஆசிரியர் தின விருந்தோம்பல் 2026 🌸
“தனித்துவமிக்க ஆசிரியர்களே , நாட்டின் உயிர்நாடி"

அன்பும் அர்ப்பணிப்பும் கொண்டு மாணவர்களின் எதிர்காலத்தை வடிவமைக்கும் அனைத்து ஆசிரியர்களுக்கும் மனமார்ந்த வாழ்த்துகள். 💐

இந்நிகழ்ச்சி இனிய நினைவுகளால் நிறைந்த சிறப்பான தருணமாக அமைந்தது. ✨

#ஆசிரியர்தினம்2026
#மாசாய்தமிழ்ப்பள்ளி
#நன்றிஆசிரியரே #தனித்துவமிக்கஆசிரியர்களேநாட்டின்உயிர்நாடி
#தமிழ்ப்பள்ளியேநம்அடையாளம்

Photos from SJKT MASAI SKK JOHOR's post 06/05/2026

🎉 TAHNIAH DAN SYABAS! 🎉
Pencapaian Pertandingan Inovasi Antarabangsa 2026 🌟

💡 International Invention, Innovation & Design Competition (Hybrid Mode)
📅 27 April 2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada murid-murid PPKI SJKT Masai atas pencapaian cemerlang dalam pertandingan inovasi peringkat antarabangsa ini.

🏆 Pencapaian Membanggakan – Kategori Junior Innovator

🥇 2 Anugerah Emas
- Green Innovation
- Green Technology Innovation

🥈 3 Anugerah Perak
- Botanic Innovation
- Digital Learning Innovation
- Digital Learning Innovation

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, semangat juang yang tinggi serta bimbingan berterusan daripada Guru Besar, barisan Penolong Kanan sekolah serta sokongan padu ibu bapa. 👏👏👏

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada:

Sumathi A/P Rajanthran (Penyelaras PPKI)
Utayatharani A/P Parati
Sunitha A/P Subramaniam
Ganga Devi A/P Suriyanarayanan
Kalah A/P Balakrishna
Hamizah Bt Mohamad (PPM)

atas komitmen, dedikasi dan kesungguhan dalam melatih serta membimbing murid-murid sehingga mencapai kejayaan yang membanggakan ini.

Terima kasih atas kecemerlangan yang dicapai dan inspirasi yang diberikan! 🌟

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada semua warga sekolah untuk terus berusaha, berani mencuba dan melakar kejayaan yang lebih cemerlang di masa hadapan. 🌟🌟🌟

Syabas dan tahniah! 👏
Teruskan melakar kejayaan! 💪

Photos from SJKT MASAI SKK JOHOR's post 01/05/2026

🎉 TAHNIAH DAN SYABAS! 🎉

Seluruh warga SJK (T) MASAI dengan penuh rasa bangga dan gembira merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

✨ MURID-MURID PPKI SJKT MASAI

MUHAMMAD QAYYUM AL BUKHARI BIN AEZAMI
MUHAMMAD AIMAN BIN AMIL HUSSIN
MOHAMMAD SYAFIQ FIRDAUS BIN MOHD JATIN
DENNISH RAJ A/L GANESH RAJ
HANIYA HAFIZAH BINTI HENDRA
MUHAMMAD ALF ALFIAN BIN ABDULLAH

📌 Program Inspirasi OKU 2026
Sempena Bulan Kesedaran Autisme Sedunia
🏃‍♂️ Pertandingan Sukaneka Citra Kasih

🏆 PENCAPAIAN YANG MEMBANGGAKAN:
🥇 JOHAN – PERMAINAN 1 (DARIPADA 6 SEKOLAH RENDAH)
🥇 JOHAN – PERMAINAN 2 (DARIPADA 6 SEKOLAH RENDAH)

🎬 PENCAPAIAN INDIVIDU:
SOWMIEYAH MARAN
🥈 NAIB JOHAN
Pertandingan Video Inspirasi OKU
Peringkat Daerah Pasir Gudang

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, semangat juang yang tinggi serta bimbingan berterusan daripada Guru Besar, barisan Penolong Kanan sekolah,dan juga ibu bapa👏👏👏

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga dirakamkan kepada
1.Sumathi A/P Rajanthran
2.Utayatharani A/P Parati
3.Sunitha A/P Subramaniam
4.Ganga Devi A/P Suriyanarayanan
5.Kalah A/P Balakrishna
6.Hamizah Bt Mohamad (PPM)
atas komitmen, dedikasi serta kesungguhan dalam melatih dan membimbing murid-murid sehingga berjaya mencapai kejayaan yang membanggakan ini.
Terima kasih atas kecemerlangan yang dicapai dan inspirasi yang diberikan! 🌟

Semoga pencapaian cemerlang ini menjadi inspirasi kepada semua warga sekolah untuk terus berusaha, berani mencuba dan melakar kejayaan yang lebih cemerlang🌟🌟🌟

29/04/2026


Photos from SJKT MASAI SKK JOHOR's post 13/01/2026

✨ 2026 ஆம் ஆண்டு கல்வித் தவணையின் முதல் நாள்
✨ Hari Pertama Pembukaan Sekolah Sesi 2026

மகிழ்ச்சியும் உற்சாகத்துடனும் 2026 ஆம் ஆண்டு கல்வித் தவணை இன்று இனிதே தொடங்கியது. இந்த ஆண்டு அனைத்து மாணவர்களுக்கும் அறிவை வளர்த்துக் கொண்டு, சிறந்த பண்புகளை உருவாக்கி, பல வெற்றிகளை அடையும் ஆண்டாக அமைய மனப்பூர்வமான வாழ்த்துகள். 🌟

Dengan penuh keceriaan dan suasana yang teratur, sesi persekolahan 2026 telah bermula dengan lancar. Semoga tahun ini menjadi wadah untuk menimba ilmu, membentuk sahsiah terpuji serta mencapai kejayaan yang gemilang buat semua warga sekolah. 🌟📘

Photos from SJKT MASAI SKK JOHOR's post 11/01/2026

✨ Majlis Perpisahan & Majlis Makan Malam Tahun 2025 ✨
Majlis khas untuk menghargai kenangan, jasa dan kebersamaan sepanjang tahun.
Semoga majlis ini menjadi detik indah yang terpahat dalam ingatan. 💚

📅 08.01.2026
🕡 6.30 – 10.00 malam
📍 WAN Hall, Taman Puteri Wangsa

Want your school to be the top-listed School/college in Masai?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Jalan Sekolah
Masai
81750

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 17:00