Cikgu Gorgeous

Cikgu Gorgeous

Share

RPT, RPH , MODUL dan lembaran kerja Semua subjek daripada Tahun 1-6 & RPH SMK ( 1470849-X )

07/06/2026

🇲🇾SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH !🇲🇾

Semua dah seronok bercuti? 😄
Apa persiapan cikgu-cikgu lepas bercuti?
Soalan-soalan ujian pertengahan tahun dah ada belum? Kalau belum, boleh dapatkan di sini!

↪️Bahasa Melayu |
↪️Bahasa Inggeris |
↪️Matematik |
➡️Sains |
➡️Sejarah |
➡️Pendidikan Moral |
➡️Pendidikan Muzik |
➡️PJK |
➡️RBT |
➡️PSV |
_

🟢Link Jualan boleh dapatkan di sini :
https://t.me/cikgugorgeous22

🟢CONTOH SOALAN
https://drive.google.com/drive/folders/1E0IYPy7Su5X2Fmx5Ef8CDr7W2ZuzO_mt?usp=drive_link

🟢CONTOH JSU
https://drive.google.com/drive/folders/1kHt_BJdY0zbhoauq3w8QwVsD5n6J4LIh?usp=drive_link

➡️Kod Kupon Discount : CG2026

25/05/2026

🌙 WAKTU ARAFAH 2026 | Waktu Mustajab Doa Hari Arafah

Hari Arafah adalah antara waktu yang sangat istimewa untuk memperbanyakkan doa, zikir dan memohon keampunan daripada Allah SWT.

Jangan lepaskan peluang untuk berdoa pada waktu yang mustajab ini. Semoga segala hajat, urusan dan doa kita semua dimakbulkan Allah SWT.

🇸🇦 Arab Saudi
📅 9 Zulhijjah | Selasa, 26 Mei 2026
🕰️ 12.18 PM – 6.57 PM

🇲🇾 Malaysia
📅 9 Zulhijjah | Selasa, 26 Mei 2026
🕰️ 5.18 PM – 11.57 PM

✨ Jom sama-sama manfaatkan waktu Arafah dengan berdoa bersungguh-sungguh.
Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

17/05/2026

🇲🇾LIRIK LAGU KAMI GURU MALAYSIA🇲🇾

Kami Guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

17/05/2026

🇲🇾👔 CADANGAN TEMA PAKAIAN HARI GURU 2026! 👗🇲🇾

Back To School? 😄
Twins? 🫰🫰
Atau tema cita-cita impian? 👮‍♂️👨‍⚕️👨‍🚒

Kini tiba masanya untuk semua warga sekolah tampil kreatif & sporting sempena Sambutan Hari Guru! ⭐️

Sekolah cikgu-cikgu tema apa? 😄✌️

16/05/2026

Pengumuman khas Menteri Pendidikan bersempena Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2026

1. Kursus Google Certified Educator (GCE) diteruskan secara percuma kepada semua guru.
GCE Tahap 1: RM40 seorang
GCE Tahap 2: RM100 seorang
Fokus kepada peningkatan kompetensi digital dan pembelajaran abad ke-21.

2. Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Khas untuk guru sekolah rintangan dan pedalaman.
Sarjana: RM46,620 bagi tempoh 24 bulan
PhD: RM85,417.50 bagi tempoh 36 bulan Melibatkan guru Sekolah Dalam Hospital, Sekolah Terapung dan kawasan P1, P2, P3.

3. Biasiswa Perguruan Persekutuan diperluas kepada pemimpin sekolah.
Pembiayaan RM44,620 hingga RM48,150
Tempoh 24 hingga 36 bulan Untuk pengajian sarjana pemimpin sekolah.

4. Projek NODE (Network Offline Digital Environment).
Peruntukan RM1 juta Untuk sekolah pedalaman dan pulau tanpa capaian internet.

5. Pembekalan peranti digital ke semua sekolah.
Peruntukan RM169 juta, memberikan manfaat kepada 10,254 sekolah Menyokong Kurikulum Persekolahan 2027 dan integrasi teknologi digital.

6. Naik taraf dan penyelenggaraan bilik guru.
Tambahan RM100 juta, menjadikan keseluruhan RM200 juta Untuk ruang kerja guru yang lebih kondusif.

7. Penyelenggaraan kuarters guru.
Tambahan RM50 juta, menjadikan keseluruhan RM110 juta Untuk memastikan kuarters lebih selesa.

8. Pemansuhan sistem perekodan kokurikulum manual.
Sekolah diberi autonomi mengurus rekod sebelum dimasukkan ke PAJSK. PAJSK juga akan disepadukan dengan sistem PBD.

9. Naik taraf kemudahan IPGM, IAB dan Matrikulasi.
Peruntukan RM100 juta untuk penyelenggaraan fasiliti termasuk pendingin hawa dan sistem kebakaran.

10. Bahan bacaan tambahan prasekolah.
Peruntukan RM10.515 juta untuk 10,515 kelas prasekolah, memberikan manfaat kepada 216,825 murid dan 9,836 guru Mengukuhkan budaya membaca awal.

11. Pengambilan 20,000 guru Contract of Service (CoS) mulai 2027. Berdasarkan unjuran enrolmen dan keperluan opsyen.

12. Peruntukan program strategik sekolah dan murid.
RM122,476,983 untuk pusingan pertama Tidak termasuk PCG mata pelajaran.

13. Bantuan RM1,000 Anak Cemerlang.
RM1,000 kepada setiap guru yang anak memperoleh 10A dalam SPM 2025. Sebagai penghargaan kepada warga pendidik.

14. Moratorium sewa kantin sekolah.
Pengurangan 50% selama enam bulan Bertujuan membantu pengusaha kantin mengekalkan harga makanan rendah dan berkualiti.

15/05/2026

🔤 SELAMAT HARI GURU 2026 🔤
📥 16 Mei 2026

“Guru Bitara, Nadi Negara”

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga pendidik di Malaysia yang sentiasa gigih mencurahkan ilmu, membimbing dengan penuh dedikasi serta mendidik generasi masa hadapan tanpa mengenal erti penat dan lelah.

Sesungguhnya, guru bukan sahaja penyampai ilmu, malah pembina akhlak, pencetus inspirasi dan tunjang kepada kemajuan negara. Setiap pengorbanan, kesabaran dan kasih sayang yang dicurahkan menjadi asas lahirnya insan cemerlang serta masyarakat yang berilmu dan berakhlak mulia.

Terima kasih cikgu atas segala jasa, pengorbanan dan keikhlasan yang tidak ternilai. Semoga seluruh warga pendidik terus diberikan kesihatan, kekuatan dan keberkatan dalam mendidik anak bangsa demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

⭐️ Guru Bitara, Nadi Negara ⭐️
❣️ Mendidik Dengan Ikhlas, Membina Generasi Berkualiti 🇲🇾

10/05/2026

💜 SELAMAT HARI IBU 💜
🇲🇾 10 Mei 2026

Kasih seorang ibu tiada galang gantinya…
Dalam setiap doa, penat lelah dan pengorbanan, tersimpan cinta yang tidak pernah berkurang walau sedikit. 💛

Terima kasih buat semua insan bergelar ibu —
yang sentiasa menjadi kekuatan dalam diam,
menjadi tempat pulang paling tenang,
dan insan pertama yang sentiasa mendoakan kebahagiaan anak-anaknya.

Semoga segala jasa, pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu dibalas dengan kebahagiaan, kesihatan dan keberkatan yang berpanjangan. 💛

💙 “Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.” 💙

Selamat Hari Ibu buat semua ibu di seluruh dunia ❣️

10/05/2026
09/05/2026

⭐️ KOLEKSI EKSKLUSIF SOALAN UJIAN PENGGAL 1 2026
Tahun 1 hingga Tahun 6 | Edisi Premium

✔️ MERANGKUMI SUBJEK TERAS SEKOLAH RENDAH:

↪️Bahasa Melayu |
↪️Bahasa Inggeris |
↪️Matematik |
➡️Sains |
➡️Sejarah |
➡️Pendidikan Moral |
➡️Pendidikan Muzik |
➡️PJK |
➡️RBT |
➡️PSV |
_

🟢Link Jualan boleh dapatkan di sini :
https://t.me/cikgugorgeous22

🟢CONTOH SOALAN
https://drive.google.com/drive/folders/1E0IYPy7Su5X2Fmx5Ef8CDr7W2ZuzO_mt?usp=drive_link

🟢CONTOH JSU
https://drive.google.com/drive/folders/1kHt_BJdY0zbhoauq3w8QwVsD5n6J4LIh?usp=drive_link

➡️Kod Kupon Discount : CG2026

Want your school to be the top-listed School/college in Masai?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Jalan Lili
Masai
81700