23/05/2026
USTP PPD Pasir Gudang
Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Johor Darul Takzim
23/05/2026
23/05/2026
Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSSM 2026
đź“… 20 Mei 2026
📍 Tanjong Puteri Golf & Resort, Pasir Gudang
Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSSM 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya di daerah Pasir Gudang sebagai tuan rumah kejohanan melibatkan atlet pendidikan khas dari seluruh negara. Pada sebelah pagi, pasukan media dan teknikal telah melaksanakan sesi live streaming kejohanan menggunakan teknologi drone bagi menghasilkan visual yang lebih kreatif, dinamik dan berkualiti tinggi. Siaran langsung turut diserikan dengan ulasan daripada pengulas kejohanan termasuk penggunaan bahasa isyarat bagi memastikan penyampaian maklumat lebih inklusif dan mudah diakses oleh semua penonton.
Pada sebelah petang, pasukan media meneruskan satu lagi sesi live streaming sempena majlis penutupan yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tn. Zainal bin Abas, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis diserikan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang serta penghargaan kepada semua kontinjen, pegawai dan jawatankuasa yang telah memberikan komitmen tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.
Tahniah dan syabas turut diucapkan kepada Tuan Haji Razali Bin Tamadi, Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang selaku Ketua Kontinjen Merentas Desa Pendidikan Khas Johor atas kejayaan kontinjen Johor meraih Naib Johan Keseluruhan MSSM Kali Ke-5 Tahun 2026. Pencapaian ini membuktikan komitmen, semangat kerja berpasukan dan dedikasi tinggi seluruh kontinjen Johor sepanjang kejohanan berlangsung.
Pelaksanaan siaran langsung dan penghasilan kandungan digital ini selaras dengan Dasar Pendidikan Digital KPM khususnya Teras 4: Pengupayaan Infrastruktur dan Infostruktur serta Teras 5: Kandungan Digital Berkualiti dalam memperkukuh penggunaan teknologi digital dalam pendidikan. Peranan PKG sebagai Centre of Excellence (CoE) turut terserlah melalui penyediaan kepakaran teknikal, penggunaan teknologi drone serta sokongan media digital dalam memperkasa transformasi pendidikan digital secara lebih kreatif, inovatif dan berimpak tinggi.
23/05/2026
Bengkel Kerja Transformasi Kecemerlangan Kepimpinan Guru Kanan Bahasa Sekolah Menengah Daerah Pasir Gudang 2026
đź“… 20 Mei 2026
📍 Bilik Mesyuarat 1, PPD Pasir Gudang
Tahniah dan penghargaan diucapkan kepada barisan Majlis Permuafakatan GKMP Bahasa atas kejayaan menganjurkan Bengkel Kerja Transformasi Kecemerlangan Kepimpinan Guru Kanan Bahasa Sekolah Menengah Daerah Pasir Gudang 2026 dengan jayanya. Ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada Puan Zaiton binti Ngah selaku PIC program atas jemputan dan kerjasama dalam menjayakan bengkel ini.
Program dimulakan dengan Slot 1 bertajuk “Menelusuri Analisis SPM 2025 & Merangka Strategi Unggul SPM 2026” yang disampaikan oleh Pn. Zaiton, diikuti Slot 2 bertajuk “Pemerkasaan Headcount: Merancang, Memantau dan Mengoptimumkan Pencapaian Murid” oleh En. Suhairi. Kedua-dua slot memberi fokus kepada pemerkasaan pengurusan akademik dan kecemerlangan pencapaian murid di sekolah.
Slot 3 bertajuk “Penghayatan AI dalam PdP: Inovasi Digital ke Arah Pembelajaran Abad ke-21” telah disampaikan oleh En. Sheikh Syahid dengan penekanan kepada penggunaan AI dan inovasi digital dalam memperkukuh PdP abad ke-21. Perkongsian ini selaras dengan aspirasi Dasar Pendidikan Digital khususnya dalam memperkasa kompetensi digital pendidik dan membudayakan kepimpinan digital berwawasan. Slot ini turut dibantu oleh Cikgu Jue Siti Juwairiyah Binti Ali dari SMK Taman Desa Jaya selaku JU Digital – Gadjet dan cikgu Alice Yew Yew Siau Lee dari SMK Taman Megah Ria selaku JU Digital – GPGD Apple bagi menyokong kelancaran pelaksanaan aktiviti digital sepanjang sesi berlangsung.
23/05/2026
Majlis Aspirasi Pendidikan Negeri Johor 2026
đź“…22 Mei 2026 | Jumaat
📍SMK Tasek Utara, Johor Bahru
Majlis Aspirasi Pendidikan Negeri Johor 2026 telah berlangsung dengan penuh gemilang dan berprestij sebagai tanda penghargaan kepada tokoh-tokoh pendidikan yang telah banyak berjasa dalam memperkasa dunia pendidikan di negeri Johor. Majlis telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor serta turut dihadiri oleh Exco Pendidikan Negeri Johor, Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan barisan kepimpinan pendidikan negeri.
Dalam majlis tersebut, Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan telah disampaikan kepada Datuk Haji Azman bin Haji Adnan atas sumbangan besar beliau dalam kepimpinan pendidikan negara. Anugerah Tokoh Guru 2026 p**a diberikan kepada Bonda Hajah Bibi Sakinah binti Haji Haron Khan atas jasa dan dedikasi beliau dalam melahirkan generasi berilmu serta berakhlak mulia. Sementara itu, Anugerah Khas YAB Menteri Besar Johor telah disampaikan kepada Tuan Haji Ahmad Zakuan bin Md Khudzari sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan dan pencapaian membanggakan dalam bidang pendidikan.
SSTP dan USTP turut memainkan peranan penting dalam menyokong kelancaran pelaksanaan program melalui penyediaan sokongan teknikal, pengurusan sistem audio visual dan penyelarasan teknikal sepanjang majlis berlangsung. Peranan ini selaras dengan fungsi Pusat Kegiatan Guru sebagai Centre of Excellence (CoE) dalam memperkasa penggunaan teknologi dan menyokong transformasi pendidikan digital. Penganjuran majlis ini juga mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh ekosistem pendidikan berkualiti selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia dan Dasar Pendidikan Digital yang menekankan pembangunan kepimpinan pendidikan berwawasan, pengupayaan kompetensi pendidik serta pembentukan generasi berdaya saing dan berakhlak.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Address
Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang, D/a, SK Seri Kota Puteri, 4, Jalan Penaga, Bandar Baru Kota Puteri, Masai Darul Ta'zim
Masai
81750