SJKC YAK TEE 益智学校

SJKC YAK TEE 益智学校

Share

素质教育 | 优秀国民 | 国家和谐
Pendidikan Berkualiti | Insan Terdidik | Negara Sejahtera

08/06/2026

🚗 【Jalan Raya Selamat, Hidup Kita Terjamin!】 🚗
📆 2026.06.08

Unit HEM SJK(C) Yak Tee ingin berkongsi panduan ringkas mengenai keselamatan jalan raya demi kesejahteraan semua warga sekolah dan komuniti setempat.

Ingat dan amalkan 7 Tip Keselamatan Jalan Raya ini:

1️⃣ Pakai tali pinggang keledar

2️⃣ Pakai topi keledar dengan betul

3️⃣ Patuhi had kelajuan

4️⃣ Guna laluan pejalan kaki

5️⃣ Gunakan kerusi keselamatan kanak-kanak

6️⃣ Elakkan penggunaan telefon bimbit semasa memandu/melintas

7️⃣ Jaga jarak kenderaan yang selamat

Melintas dengan formula:
Berhenti, Lihat Kanan, Lihat Kiri, Lihat Kanan Semula!

Jalan raya milik bersama,
Keselamatan tanggungjawab kita semua. 🤝



16/05/2026

【🌸 谢谢老师!Terima Kasih Cikgu! 🌸】

每一声叮咛,都伴随着成长;每一滴汗水,都浇灌着未来的希望。
祝全天下的老师:教师节快乐,您辛苦了!❤️

Setiap nasihat mendewasakan, setiap pengorbanan membina masa depan. Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia, khususnya warga pendidik SJK(C) Yak Tee! Jasa dan pengorbananmu akan sentiasa terpahat di hati. ❤️



Photos from SJKC YAK TEE 益智学校's post 15/05/2026

🤝 【PENYERAHAN SUMBANGAN DERMA KILAT】 🤝
📆 15.05.2026

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga SJK(C) Yak Tee serta komuniti atas sumbangan ikhlas menerusi tabung kecemasan yang telah dilancarkan baru-baru ini. Sumbangan tersebut telah pun diserahkan kepada keluarga adik Taufiq dan adik Syarieman yang ditimpa musibah kerosakan rumah.

"Hulurkan Tangan, Ringankan Beban"

Bantuan ini mungkin tidak mampu menggantikan segala yang hilang, namun kami berharap ia dapat meringankan beban serta membawa sedikit keceriaan dan kekuatan buat mereka sekeluarga untuk bangkit semula. 💪🏻

Terima kasih atas keprihatinan, kasih sayang, dan semangat kebersamaan yang luar biasa daripada anda semua.🫂



Photos from SJKC YAK TEE 益智学校's post 12/05/2026

🛡️【Keselamatan Sekolah: Tanggungjawab Kita Bersama!】🛡️

Keselamatan murid adalah keutamaan sekolah yang paling utama. Bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, selesa, dan kondusif, pihak sekolah berkongsi panduan keselamatan kepada semua warga SJKC Yak Tee.

_Keselamatan Hari Ini, Kecemerlangan Esok!_
Mari kita patuhi peraturan dan sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling.


Photos from SJKC YAK TEE 益智学校's post 05/05/2026

🚫【Katakan TIDAK kepada Ponteng Sekolah】🚫

Kehadiran ke sekolah merupakan tanggungjawab asas setiap murid! Gejala ponteng sekolah perlu dibanteras kerana ia menjejaskan prestasi akademik dan pembentukan sahsiah diri.

Marilah kita bersama-sama membantu anak bagi mengelakkan ponteng sekolah dan membina budaya disiplin yang tinggi demi masa depan mereka. Kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa amatlah dihargai. 💪



30/04/2026

🚨【KUTIPAN DERMA KILAT: BANTUAN KECEMASAN】 🚨

Salam sejahtera warga SJK(C) Yak Tee dan komuniti setempat.

Pihak sekolah dengan rendah hati memohon ihsan serta keprihatinan anda semua untuk sama-sama membantu meringankan beban keluarga dua orang murid kita, iaitu adik Taufiq (Tahun 5) dan adik Syarieman (Tahun 6).

📌 Cara Menyumbang:
Murid-murid boleh membawa wang derma ke sekolah dan memasukkannya ke dalam tabung derma yang telah disediakan. Pengawas sekolah kita akan membuat kutipan dari kelas ke kelas pada setiap pagi.

Terima kasih yang tidak terhingga atas sumbangan ikhlas dan budi baik anda semua. Sedikit sumbangan daripada kita, amat besar maknanya buat mereka yang memerlukan. ❤️

"Hulurkan Tangan, Ringankan Beban"



Photos from SJKC YAK TEE 益智学校's post 27/04/2026

【Jom Baca Bersama】
📆 2026.04.23

阅读不仅能增长知识,更能塑造一个民族的灵魂。让我们把阅读变成一种生活习惯,用知识开启更美好的生活✨

Seluruh warga sekolah telah bersama-sama menjayakan program "Jom Baca Bersama" secara serentak di seluruh negara, termasuk sekolah kami! Budaya membaca adalah kunci kepada pembangunan modal insan yang cemerlang dan berilmu. Mari kita jadikan amalan membaca sebagai gaya hidup bermula hari ini! ✨




Photos from SJKC YAK TEE 益智学校's post 08/04/2026

【2026开斋节联欢会 | Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2026】
📆 2026.04.07

开斋佳节,益智学校校园内充满了欢声笑语!
同时也恭喜所有在比赛中获奖的同学!✨

Suasana di SJK(C) Yak Tee sungguh meriah dengan sambutan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri! Syabas juga diucapkan kepada semua pemenang pertandingan sempena Raya ini! ✨



Photos from SJKC YAK TEE 益智学校's post 04/04/2026

【县级华文诗歌朗诵比赛 | Pertandingan Deklamasi Sajak BC Peringkat Daerah】
📆 2026.04.01

本校非常荣幸承办了本年度的县级华文诗歌朗诵比赛。比赛现场,各校小诗人同台竞逐,用动听的声音诠释诗歌的美感。🎤

在此,我们要特别向本校初小组的参赛者报喜!🥳
经过激烈的角逐,我校三位学生表现出色,荣获了县级季军!感谢黄意晴师这段时间的悉心指导与培训,也感谢同学们的努力付出。你们在舞台上的自信与情感,让诗句焕发了生命力!

Pihak sekolah berasa bangga kerana telah terpilih sebagai penganjur bagi Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina Peringkat Daerah tahun ini. Bakat-bakat muda dari pelbagai sekolah yang disaksikan di pentas mempamerkan kehebatan dalam seni deklamasi sajak.🎤

Setinggi-tinggi syabas diucapkan kepada pasukan Tahap Rendah sekolah kami yang berjaya meraih Tempat Ketiga! 🥳
Penghargaan kepada Cikgu Wong Yi Chin atas bimbingan dan latihan gigih yang diberikan kepada para peserta. Keyakinan dan penghayatan murid di atas pentas sungguh membanggakan!



Photos from SJKC YAK TEE 益智学校's post 04/04/2026

【县级书法比赛校内选拔 | Pemilihan Peserta Pertandingan Kaligrafi Cina】
📆 2026.03.31

笔尖游走,墨香萦绕。

为了选拔最优秀的作品参加县级书法比赛,益智学校的小书法家们在校园里屏气凝神,挥洒笔墨。书法不仅是艺术的展现,更是耐性与修养的磨练。愿同学们的作品能在县级赛中脱颖而出,为校争光!💪🏻✨

Haruman dakwat memenuhi ruang sekolah.

Murid-murid SJK(C) Yak Tee tekun menghasilkan karya terbaik bagi menyertai Pertandingan Kaligrafi Peringkat Daerah. Seni kaligrafi bukan sahaja menonjolkan bakat artistik, malah melatih kesabaran dan jati diri murid. Semoga berjaya dan membawa kebanggaan kepada sekolah! 💪🏻✨



Want your school to be the top-listed School/college in Oya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Oya

Website

Address


Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yak Tee, D/A Pejabat Pelajaran Daerah Dalat
Oya
96300