16/03/2026
✨Malam Lailatul Qadar Yang Istimewa✨
Ramadan ada satu malam yang sangat istimewa dipanggil Lailatul Qadar. Malam ini sangat hebat kerana pahalanya lebih baik daripada pahala beribadah selama 1000 bulan.
Nabi Muhammad SAW beritahu bahawa orang yang terlepas malam ini sebenarnya rugi besar kerana dia terlepas banyak kebaikan. Sebab itu bila masuk 10 malam terakhir Ramadan, kita cuba buat lebih banyak ibadah. Kita boleh solat, berdoa, berzikir, minta ampun (istighfar) dan baca al-Quran.
Baginda Nabi Muhammad SAW juga buat begitu. Baginda sangat bersungguh-sungguh beribadah pada malam-malam ini lebih daripada malam lain. Jadi kita pun perlu cuba buat banyak kebaikan supaya Allah beri peluang kita berjumpa malam Lailatul Qadar, terima semua amalan kita dan beri kita keampunan serta rahmat-Nya. 🌙✨
06/03/2026
✨Malam Nuzul Quran✨
Ada satu malam yang sangat istimewa dalam bulan Ramadan. Pada malam itu, Allah mula menurunkan kitab suci kita, iaitu Al‑Quran kepada Nabi Muhammad SAW.
Masa itu Nabi sedang beribadah di sebuah tempat yang dipanggil Gua Hira. Kemudian datang Malaikat Jibril membawa ayat pertama daripada Surah Al‑Alaq.
Sejak hari itu, Al‑Quran menjadi panduan untuk kita belajar jadi orang yang paling baik di dunia.
Peristiwa ini kita panggil Nuzul Al‑Quran.
06/03/2026
Anak cuma salin huruf saja ❌
Banyak proses penting sedang berlaku dalam otak anak ✅
Bila anak menulis, mereka sedang melakukan beberapa perkara serentak:
👀 Mata melihat bentuk huruf
🧠 Otak memproses dan mengingati bentuk itu
✋ Tangan menggerakkan pensel untuk menghasilkan semula bentuk tersebut
Proses ini membantu anak membina koordinasi mata dan tangan, serta melatih otak menyusun maklumat dengan lebih teratur.
Satu lagi perkara yang ramai ibu bapa jarang sedar iaitu setiap anak ada rentak perkembangan menulis yang berbeza.
Ada anak cepat kenal huruf tetapi perlukan masa untuk menulis. Ada p**a yang menulis dengan yakin walaupun masih belajar mengenal huruf.
Dan itu sebenarnya sangat normal dalam perkembangan kanak-kanak. 🌱
Latihan menulis bukan sekadar untuk menghasilkan tulisan yang cantik. Ia adalah proses untuk membantu anak memahami, mengingati dan membina keyakinan belajar sedikit demi sedikit.
Kemajuan kecil seperti "kali ini bentuk huruf lebih jelas sedikit daripada semalam” itulah sebenarnya perkembangan yang sangat bermakna. 💛
06/03/2026
✨Kenal perasaan ✨
Dalam gambar ini, anak kecil sedang belajar memahami perasaan mereka. 💛 Melalui aktiviti kad emosi seperti ini, anak belajar mengenal ekspresi seperti gembira, marah, terkejut dan lucu. Melihat ekspresi muka membantu anak faham perasaan orang lain. Dari sini lah titik mula mereka mengenal, menamakan dan membezakan perasaan.
Apabila anak sudah kenal emosi, mereka lebih mudah berkomunikasi dan berinteraksi dengan rakan. Mereka boleh beritahu, “Saya gembira.” "Awak nampak sedih.”
Di AKids, setiap eksplorasi ada tujuan yang jelas. 🌱
18/02/2026
Ramadan Dah Tiba!
🥰 Ramadan bukan bulan susah tau. Ramadan bulan yang sangat istimewa sebab kita boleh buat banyak pahala. Allah sayang, Rasulullah (SAW) pun sayang.
Kalau hati kita ada banyak dosa, hati jadi gelap. Bila hati gelap, kita rasa malas nak solat, dan rasa berat nak buat kebaikan.
Dulu ada seorang lelaki cakap pada al-Hasan al-Basri, “Saya nak bangun solat malam, tapi tak boleh bangun.” Al-Hasan jawab, “Dosa kamu yang ikat kamu.”
Jadi, dosa buat kita malas ibadah.
Sebab itu bila Ramadan datang, kita cepat-cepat kena mohon keampunan dari Allah, kena banyak doa “Ya Allah, maafkan saya Ya Allah. Saya ada banyak dosa.” 🤲
Lepas tu kita buatlah kebaikan, solat, puasa, sedekah, tolong orang banyak-banyak. Bila buat baik, hati kita jadi bersih, cerah dan sentiasa rajin nak buat baik✨
Semoga Allah sayang kita dan tolong kita jadi anak yang baik. 🤲🥰
❤️
18/02/2026
🧧 Gong Xi Fa Cai! 🧧
Di AKids, setiap perayaan adalah peluang indah untuk anak-anak mengenali budaya, belajar tentang hormat-menghormati dan menghargai kepelbagaian. Melalui pengalaman dan eksplorasi yang bermakna, kita terus memupuk kecerdasan emosi dalam hati kecil mereka 💛
Semoga tahun ini dipenuhi dengan gelak tawa, keberanian mencuba perkara baharu dan kenangan manis bersama insan tersayang.
新年快乐,万事如意!
05/01/2026
✨ Bengkel BBM Sesi Membaca untuk Guru Prasekolah & Tadika Swasta ✨
Bengkel ini direka khusus untuk pelajar bidang pendidikan awal kanak-kanak, pengusaha dan guru tadika yang ingin menjadikan sesi baca bersama lebih bermakna, terarah dan selari dengan perkembangan emosi kanak-kanak.
Fokus utama adalah penghasilan BBM yang praktikal, mudah disediakan dan boleh terus digunakan dalam kelas sambil menyokong pemahaman cerita serta penglibatan emosi murid secara semula jadi.
Terhad kepada 20 peserta sahaja. Sesi berskala kecil untuk pembelajaran yang fokus, hands-on dan bermakna.
29/12/2025
✂️ Sambil Gunting, Belajar Emosi ✂️
Dengan aktiviti menggunting sebenarnya anak sedang belajar sabar, fokus dan yakin dengan diri sendiri. Bila potongan tak jadi cantik, mereka belajar cuba lagi tanpa marah, tanpa putus asa.
Anak bermain, tangan bergerak, emosi pun sedang membesar dengan sihat. 💛
26/12/2025
✨Bye School, Hello Holiday! ✨
Terima kasih anak-anak untuk semua ketawa dan tangis, lukisan dan tulisan yang unik, main comot, main sama-sama, belajar berkawan, kemas mainan, belajar berani, bertenang, sabar dan semua momen comel sepanjang 2025 ini.
Sekarang masanya untuk rehat, buat memori manis bersama mama ayah dan kumpul tenaga baru.
Kami tunggu semuanya semula tahun 2026, lebih yakin dan masih sama ceria ❤️
Jumpa lagi lepas cuti! 🫶
25/12/2025
Ramai ibu bapa mencari tadika yang bukan sekadar mengajar, tetapi ✨membimbing.✨
Di AKids, kami memberi tumpuan kepada perkembangan sosial dan emosi anak melalui kump**an kecil, rutin yang jelas dan pembelajaran berasaskan pengalaman. Anak-anak dibimbing untuk berkomunikasi, mengurus emosi dan membina keyakinan secara berperingkat dalam persekitaran yang selamat dan terarah.
👧🧒 Untuk kanak-kanak 4–6 tahun
☎️ 011-1635 7980
Jika pendekatan ini selari dengan apa yang anda cari untuk anak, anda dialu-alukan untuk menghubungi kami bagi maklumat lanjut.
Tempat adalah terhad bagi memastikan kualiti bimbingan.