Sekolah Kebangsaan Sungei Way RASMI

Sekolah Kebangsaan Sungei Way RASMI

Share

Education

12/06/2026

Mari kita sama-sama menjaga persekitaran kita dari pembiakan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi...





-admin chakcibor-

11/06/2026

Anak mula demam, ada ruam atau ulser? Lakukan isolasi di rumah dengan segera!

Jika anak anda menunjukkan gejala awal penyakit tangan, kaki dan mulut, tindakan pantas anda di rumah sangat penting untuk menghentikan rantaian jangkitan daripada merebak kepada ahli keluarga yang lain atau rakan-rakan sebayanya.

Jika gejala anak semakin membimbangkan, jangan tunggu lagi. Bawa anak anda ke klinik untuk rawatan dengan segera! 🩺πŸ₯

07/06/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid, guru dan warga sekolah yang dikasihi.

Semoga cuti yang telah dilalui memberikan ruang untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga serta mengumpulkan semangat baharu untuk meneruskan sesi pembelajaran. Kini tibalah masanya untuk kita kembali dengan azam yang lebih tinggi, disiplin yang lebih mantap dan komitmen yang lebih jitu.

Kepada murid-murid, hadirkan diri ke sekolah dengan penuh semangat, hormati guru dan rakan, serta sentiasalah mengamalkan nilai-nilai murni dan adab yang baik dalam setiap tindakan. Jadikan setiap hari di sekolah sebagai peluang untuk menimba ilmu, membina sahsiah dan mencapai kecemerlangan.

Marilah kita bersama-sama meneruskan usaha menjadikan sekolah kita sebuah institusi yang cemerlang dalam akademik, sahsiah dan kokurikulum.

Selamat kembali ke sekolah. Semoga Allah SWT memberkati segala usaha kita dan mengurniakan kejayaan kepada seluruh warga sekolah.

Sekian, terima kasih.

Puan Roslina binti Mahari
Guru Besar
SK Sungei Way

🌟

-SMT-

Photos from Sekolah Kebangsaan Sungei Way RASMI's post 02/06/2026

πŸŽ‰ TAHNIAH DAN SYABAS πŸŽ‰
Warga SK Sungai Way merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:
πŸ… Koperal TKRS Ainul Mardhiah binti Mohd Nazri dan Pasukan Kadet Puteri TKRS atas pencapaian Tempat Ke-4 dalam Pertandingan Bantu Mula Kadet Puteri (Berkumpulan) sempena Perkhemahan Wira KRS Generasi Madani Peringkat Negeri yang telah berlangsung pada 19 – 22 Mei 2026 di SK Sri Serdang.

Pencapaian ini merupakan hasil usaha, disiplin dan komitmen yang tinggi sepanjang latihan serta pertandingan.

πŸ‘ TAHNIAH & SYABAS!

🌟 Tidak dilupakan, Kontinjen KRS Daerah Petaling Utama turut mencatat kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih Naib Johan Keseluruhan bagi edisi kali ini.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

TKRS SK Sungai Way sentiasa komited dalam melahirkan murid yang berdisiplin, berdaya saing dan berketerampilan melalui penyertaan aktif dalam pelbagai pertandingan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

πŸ‘ Tahniah dan syabas!




31/05/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Daulat Tuanku

Warga Sekolah Kebangsaan Sungai Way merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan serta keberkatan kepada Seri Paduka Baginda dalam memayungi negara dan rakyat Malaysia.

Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku. πŸ‡²πŸ‡Ύ




27/05/2026

✨ Salam Aidiladha 1447H ✨

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, keikhlasan dalam pengorbanan serta mengeratkan ukhuwah sesama kita. 🀍

β€œPengorbanan yang ikhlas melahirkan insan yang lebih dekat kepada-Nya.”

Ikhlas daripada :
Warga SK Sungei Way





-SMT-

24/05/2026
Photos from Sekolah Kebangsaan Sungei Way RASMI's post 24/05/2026

⚽πŸ”₯ TAHNIAH & SYABAS πŸ”₯⚽
Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah buat Pasukan Bola Sepak SK Sungei Way atas kejayaan meraih TEMPAT KEEMPAT daripada 45 buah sekolah dalam kejohanan MSSD Petaling Utama!... πŸ†πŸ‘πŸ»

Satu pencapaian yang amat membanggakan kerana kejayaan ini merupakan catatan pertama dalam sejarah sekolah. Semangat juang, kerja keras dan kesungguhan pasukan akhirnya membuahkan hasil yang cukup bermakna buat warga SK Sungei Way... πŸ’ͺ🏻⚽

Jutaan tahniah juga diucapkan kepada Ariz Fawwaz kerana berjaya terpilih mewakili Pasukan Bola Sepak Daerah Petaling Utama U12 dalam Kejohanan Liga Akademi Selangor 2026...

Tak dilupakan kepada barisan jurulatih pasukan cikgu Bahiry Yahya, Ustaz Khairul Rozikin dan Cikgu Azlin Aziz yang membantu melatih pasukan bola sekolah...

Terus melakar kejayaan, terus mengharumkan nama sekolah!
SKSW BOLEH! πŸ”₯






-admin chakcibor-

19/05/2026

Untuk makluman semua, seorang kadet TKRS SKSW, Koperal TKRS Ainul Mardhiah telah terpilih untuk mewakili daerah Petaling Utama dalam Perkhemahan Wira KRS Generasi Madani 2026 Peringkat Negeri Selangor bagi acara Bantu Mula.

Semoga wakil tunggal Puteri TKRS SKSW ini dikurniakan ketenangan hati, keyakinan diri, ketajaman fikiran serta dipermudahkan setiap urusan sepanjang pertandingan. Semoga segala ilmu, latihan dan usaha yang dicurahkan membuahkan hasil yang membanggakan serta mencapai kejayaan cemerlang.

Turut didoakan agar seluruh Kontinjen Petaling Utama sentiasa diberikan semangat juang, kekuatan, kerjasama yang utuh dan dipermudahkan dalam setiap acara yang disertai, seterusnya meraih kejayaan serta mengharumkan nama daerah dengan penuh gemilang. Aamiin.

Want your school to be the top-listed School/college in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Ss 9/13
Petaling Jaya
47300

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00