16/06/2026
Salam Maal Hijrah 1448H daripada IDE Research Centre
Hijrah mengajar bahawa perubahan yang bermakna lahir daripada pengorbanan, kesatuan dan usaha bersama. Kejayaan Hijrah Rasulullah SAW bukan hasil perjuangan individu, tetapi tertegak melalui kerjasama anak muda, wanita dan seluruh sahabat yang bersatu atas iman dan tujuan yang sama.
Sempena Maal Hijrah ini, marilah kita terus menghayati semangat pembaharuan, memperkukuh perpaduan dan berganding bahu membina masyarakat yang adil, makmur dan sejahtera.
Salam Maal Hijrah 1448H.
IDE Research Centre
16/06/2026
Forum Wacana 152 turut menampilkan barisan panel yang berwibawa, iaitu YB Senator Dato’ Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman, Ahli Dewan Negara merangkap Pengerusi Felo Kenegaraan Akademi Kenegaraan Malaysia yang juga Pengerusi IDE Research Centre.
Baca: https://iderc.my/wacana-152-memartabatkan-bahasa-melayu-memperkukuh-negara/
16/06/2026
Pertemuan ringkas antara Pengerusi IDE Research Centre, YB Senator Dato’ Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman, bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku, Puan Adibah Omar, sempena Pesta Buku awal minggu lalu dilihat berpotensi memberikan impak besar terhadap usaha memperkukuh budaya membaca dan pembangunan ekosistem perbukuan negara.
baca: https://iderc.my/pertemuan-ringkas-di-pesta-buku-cetus-kerjasama-strategik-perkasa-budaya-membaca/
12/06/2026
Sejak beberapa dekad lalu, kita menyaksikan kemunculan pelbagai parti yang lahir daripada konflik dalaman, perebutan pengaruh atau perbezaan strategi dalam kalangan pemimpin Melayu. Sebahagiannya berjaya bertahan untuk sementara waktu. Sebahagian lagi hilang daripada radar politik negara.
Baca: https://iderc.my/politik-melayu-di-persimpangan-baharu-mengapa-parti-parti-serpihan-terus-muncul-tetapi-gagal-berkembang/
12/06/2026
Secara zahirnya, gagasan ini membawa mesej yang cukup positif. Ia mengajak mereka yang pernah meninggalkan UMNO agar kembali ke pangkuan parti demi memperkukuhkan saf perjuangan Melayu dan memastikan UMNO kembali menjadi sebuah parti yang kuat serta berpengaruh.
Baca: https://iderc.my/rumah-bangsa-umno-penyatuan-yang-dinanti-atau-perpecahan-yang-disembunyikan/
12/06/2026
Pemantauan awal IDE Research Centre mendapati pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkuat kuasa 1 Jun 2026, tidak mencetuskan gelombang penolakan besar dalam kalangan rakyat negeri. Sebaliknya, reaksi awam berada dalam keadaan terkawal, sederhana dan pragmatik, dengan majoriti perbincangan tertumpu kepada pembubaran yang rasional berbanding persoalan pembubaran itu sendiri.
Baca: https://iderc.my/pembubaran-dun-johor-dan-pilihan-raya-negeri-ke-16/
08/06/2026
JAWATAN KOSONG – PEMBANTU TADBIR
di IDE Research Centre
📢 Kami sedang mencari calon staf yang bertanggungjawab dan berdisiplin untuk menyertai pasukan kami sebagai Pembantu Tadbir. (Keutamaan diberikan kepada calon lelaki)
🔹 Skop Tugas:
* Membantu urusan operasi harian pejabat
* Menyusun dan mengurus dokumen
* Membantu kerja-kerja penyelenggaraan dan logistik
* Menjaga kebersihan dan kekemasan ruang kerja
* Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan pihak pengurusan
🔹 Kelayakan:
* Minimum SPM atau setaraf
* Sihat tubuh badan
* Rajin, amanah dan menepati masa
* Boleh bekerja secara berkumpulan
* Mempunyai lesen memandu
🔹 Faedah:
✅ Gaji menarik
✅ Caruman KWSP & SOCSO
✅ Cuti tahunan
✅ Suasana kerja yang selesa
📍 Lokasi: IDE Research Centre, Mentari Business Park, Bandar Sunway
📞 Berminat? Hantarkan resume di emel [email protected]
Jom sertai pasukan kami sekarang!
01/06/2026
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H
Sembah takzim daripada
Pengerusi dan Warga IDE
26/05/2026
Daripada Abdulrahman bin Ya’mur, bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Haji adalah Arafah”.
Riwayat al-Tirmizi (814)
Baca: https://iderc.my/hari-arafah-ruang-taqarrub-pengampunan-dan-kesempurnaan-agama/