06/06/2026
Nak hasilkan poster yang lebih berkesan?
Dalam siri Design Better with CDM, kami akan berkongsi beberapa prinsip reka bentuk yang sering digunakan untuk membantu mesej anda lebih mudah difahami dan memberi impak.
Untuk episod pertama, kita mulakan dengan perkara yang paling penting:
π― Tujuan.
Sebelum fikir tentang warna, font atau gambar, pastikan anda tahu:
β’ Apa yang ingin disampaikan?
β’ Siapa yang ingin disasarkan?
β’ Apa tindakan yang diharapkan daripada audiens?
Kerana design yang baik bermula dengan tujuan yang jelas.
06/06/2026
Dalam memastikan semuanya berjalan lancar, sempat kami merakam momen ini.
Mereka tidak meminta usaha mereka didendang.
Namun di sebalik momen yang sederhana ini, tersimpan cerita tentang teamwork, ukhuwah dan pengalaman yang terbina sepanjang perjalanan menjayakan Konvokesyen OUM.
Setiap orang membawa peranan masing-masing. Kerana perjalanan sebuah majlis tidak hanya bergantung pada satu butang yang ditekan atau satu individu yang menguruskan segalanya.
Ia memerlukan sebuah pasukan yang bergerak seiring, saling melengkapi dan sentiasa ada antara satu sama lain apabila diperlukan.
Dan mungkin itulah antara perkara yang paling bermakna di sebalik setiap acara yang berjaya dilaksanakan.
03/06/2026
Perginya rakan sekerja kami di OUM, Allahyarhamah Aziah.
Salam takziah buat keluarga. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas arwah, mengampunkan segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.
Semoga keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan ini.
Al-Fatihah.
03/06/2026
Selamat datang kepada Ketua Pegawai Eksekutif Meteor yang baharu.
Meteor merupakan syarikat induk kepada OUM dan subsidiari-subsidiari yang lain.
Today, we warmly welcome En. Farid Wajidi Mat Yusoff as the new GCEO of METEOR Group.
With more than 3 decades of experience spanning corporate leadership, governance, strategic planning, and stakeholder management across both the public and private sectors, En. Farid brings a wealth of expertise and a strong vision for the future. His distinguished career reflects a deep commitment to organisational growth, innovation, and excellence.
As METEOR Group continues to expand its impact in education and lifelong learning, we look forward to embarking on this exciting new chapter under his leadership. We are confident that his experience, insight, and passion for accessible education will help drive the Group to even greater heights.
Welcome aboard, En. Farid! We are excited for the journey ahead.
β Group Strategic Communication
03/06/2026
Cuti dah habis. Bateri dah penuh.
To-do list dah menunggu, idea pun dah mula datang.
Jom sambung berkarya, rakam lebih banyak momen dan hasilkan yang terbaik bersama.
Letβs get back to work!
02/06/2026
Di sebalik setiap visual, setiap paparan dan setiap perkongsian sepanjang Konvokesyen OUM, ada pasukan yang memastikan semuanya bergerak mengikut tema, flow dan cerita yang ingin disampaikan.
Daripada pengalaman audiens di dalam dewan, paparan multimedia, kandungan foto dan video, media sosial hinggalah ke siaran langsung di YouTube, semuanya perlu bergerak seiring.
Di sebalik koordinasi itu juga, ada individu yang sentiasa memantau, menyusun dan memastikan setiap pasukan bergerak ke arah yang sama.
Bila semuanya terasa lancar kepada audiens, biasanya kerana ramai yang bekerja keras di belakang tabir dan ada yang sentiasa melihat gambaran yang lebih besar.
01/06/2026
Orang lain tengok majlis.
Kami tengok angle. πΈ
Sebab kadang-kadang, cerita terbaik bermula daripada sudut yang orang lain tak nampak.