17/06/2026
Selamat Menyambut Awal Muharram buat semua guru, ibu bapa, dan murid-murid SK Pasir Panjang. ✨
Semoga tahun baru ini membuka lembaran baharu yang penuh dengan kebaikan, kedamaian, dan kejayaan buat kita semua di dunia dan di akhirat. Kepada anak-anak didik SKPP, jom kita berhijrah menjadi pelajar yang lebih rajin dan berdisiplin! Amin.
15/06/2026
Selamat datang diucapkan kepada ahli keluarga baharu SKPP 🎉🎉🎉.
Kami mengalu-alukan kehadiran cikgu Ramlan bin Rahim selaku Guru Penolong Kanan 1 baharu SKPP dan guru baharu Muhammad Afiq Zakwan bin Roslan, guru opsyen Bahasa Inggeris.
Semoga kehadiran cikgu dapat membantu melonjakkan lagi kecemerlangan SKPP demi kemenjadian anak-anak SK Pasir Panjang
Safinaz Bt Nordin Finaz
15/06/2026
ISNIN 15 JUN 2026
Perhimpunan Bulanan Kokurikulum. Unit bertugas ialah Tunas Kadet Remaja Sekolah
Safinaz Bt Nordin Finaz
27/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha .
Semoga segala pengorbanan yang dilakukan mendapat ganjaran yang setimpal daripada-Nya.
Aamin
07/05/2026
ANOTHER SWEET SWEET DAY ❤️
HARI PUTERI PERINGKAT DAERAH (PPIM).
Pasukan PPIM SKPP menghantar murid untuk 4 penyertaan (
Tarikh - 07/05/2026 Khamis
Tempat - Masjid Spring Hill Lukut
1. Explorace (Sains dan Islam)
2. Gubahan Alam Sekitar ( Kotak )
3. Gajet (Rak Kasut)
4. Balutan Anduh
Tahniah untuk setiap penyertaan dan pencapaian.Terima kasih murid-murid, guru pembimbing setiap kategori, ibuayah, guru-guru SKPP , khususnya pihak pentadbir yg memberi ruang dan peluang.
JOHAN : BALUTAN ANDUH
NAIB JOHAN : GAJET (RAK KASUT)
TEMPAT KE4 : EXPLORACE
PENYERTAAN : GUBAHAN ALAM SEKITAR
07/05/2026
PESTA KESENIAN DAERAH PORT DICKSON.
Pengelola bersama SK PASIR PANJANG,SK KG SAWAH, SK SI RUSA / SMK BUKIT SAUJANA, SMK YAM TUAN RADEN, SMK TINGGI PORT DICKSON bertempat di Dewan SMK KBSR .Tahniah buat sekolah pengelola khususnya sek kita SK Pasir Panjang dan sekolah2 gabungan.
Tahniah untuk semua sekolah yang berjaya dan yg lain teruskan menyusun irama tari,rentak dan lagu.
berMATCHA STRAWBERRY
02/05/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Bola Tampar Lelaki Bawah 12 Tahun SK Pasir Panjang atas kejayaan cemerlang muncul Juara Kejohanan Bola Tampar Lelaki MSSD Port Dickson! 🏐🏆
Kejayaan ini adalah hasil daripada semangat juang yang tinggi, disiplin yang mantap serta kerjasama berpasukan yang luar biasa. Anda semua telah mengharumkan nama sekolah dengan penuh kebanggaan.
Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada barisan guru yang berdedikasi:
✨ Ustaz Muhammad Najmi Ammar
✨ Cikgu Aliff Iqbal
✨ Cikgu Nur Saadah
✨ Cikgu Norezleen
Terima kasih atas bimbingan, komitmen dan usaha tanpa jemu dalam melatih pasukan sehingga mencapai kejayaan ini.
Lebih manis lagi, SK Pasir Panjang dinobatkan JOHAN KESELURUHAN KATEGORI SEKOLAH RENDAH untuk tahun ketiga berturut- turut.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kemenangan pada masa akan datang. Teruskan kecemerlangan! 💪🔥
Safinaz Bt Nordin Finaz