Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan

Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan

Share

FB Page Rasmi Politeknik Port Dickson Sila abaikan laman FB PPD yang lain selain dari laman rasmi ini.

MAKLUMAT LAGI
___________________

Perihal
Kenyataan Umum :
Ini adalah laman rasmi FB Politeknik Port Dickson ( PPD ) iaitu Page Rasmi Politeknik Port Dickson . Maklumat Tambahan:
Bagi memastikan Facebook rasmi Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan mencapai objektifnya sebagai satu platform interaksi yang dapat memberikan maklumat tentang program dan aktiviti PPD kepada orang ramai, maka pihak

Photos from Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan's post 19/06/2026

๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐, ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐๐„๐‘๐†๐ˆ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐€๐๐€๐ ๐Š๐Ž๐๐•๐Ž๐Š๐„๐’๐˜๐„๐ ๐™๐Ž๐ ๐’๐„๐‹๐€๐“๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ ๐๐„๐๐†๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ ๐๐„๐‘๐๐‘๐„๐’๐“๐ˆ๐‰

PORT DICKSON, 18 Jun 2026 โ€“ Persiapan bagi Majlis Konvokesyen Zon Selatan 2026 yang bakal berlangsung di Politeknik Premier Port Dickson pada 5 hingga 15 September 2026 terus diperkemas menerusi sesi lawatan tapak melibatkan wakil Politeknik dan Kolej Komuniti Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Sesi lawatan ini bertujuan meninjau lokasi serta meneliti keperluan teknikal, logistik, keselamatan, susun atur ruang dan kemudahan yang akan digunakan sepanjang majlis berlangsung.

Lawatan ini turut menjadi platform kepada semua pihak yang terlibat untuk mengadakan perbincangan serta penyelarasan lebih terperinci bagi memastikan setiap urusan dapat dilaksanakan secara terancang, sistematik dan berkesan.

Komitmen serta kerjasama erat antara semua pihak yang terlibat mencerminkan kesungguhan dalam memastikan penganjuran Majlis Konvokesyen Zon Selatan 2026 berjalan lancar, berprestij serta memberikan pengalaman bermakna kepada para graduan, ibu bapa dan tetamu yang hadir.

Majlis Konvokesyen Zon Selatan 2026 bakal melibatkan 33 institusi dengan anggaran seramai 7,415 graduan, menjadikannya antara penganjuran konvokesyen terbesar dalam zon selatan.






Photos from Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan's post 18/06/2026

๐ˆ๐๐“๐„๐‘-๐‚๐Ž๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐‰๐€๐‘๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐€๐๐“๐€๐‘๐€๐๐€๐๐†๐’๐€ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐๐‘๐„๐Œ๐ˆ๐„๐‘ ๐๐Ž๐‘๐“ ๐ƒ๐ˆ๐‚๐Š๐’๐Ž๐ ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐„๐ƒ๐€๐

MEDAN, INDONESIA, 18 Jun 2026 โ€“ Program International Commerce Collaboration (INTER-COM) 2026 anjuran Politeknik Premier Port Dickson terus memperkukuh jaringan antarabangsa menerusi pelaksanaan hari pertama program di Politeknik Negeri Medan (POLMED), Indonesia.

Program ini menjadi platform penting dalam memperluas kerjasama strategik antara institusi, memperkukuh perkongsian ilmu serta memperkasa agenda pengantarabangsaan pendidikan TVET.

Hari pertama menyaksikan pelajar Politeknik Premier Port Dickson berjaya menyampaikan pembentangan akademik dan perkongsian idea di peringkat antarabangsa, sekali gus membuktikan keupayaan, keyakinan dan kompetensi mereka dalam membawa nama institusi ke persada global.

Turut berlangsung sesi perkongsian amalan terbaik dan inovasi yang disampaikan oleh Puan Siti Hajar, Puan Syahirah dan Puan Azianti, yang mengetengahkan pelbagai pendekatan serta inisiatif dalam memperkasa pendidikan dan pembangunan pelajar.

Selain itu, sesi perkongsian ilmu oleh Puan Rohana, Encik Razak dan Puan Nurul Huda turut memberi nilai tambah melalui pertukaran pengalaman, idea dan kepakaran berkaitan inovasi pelaksanaan latihan industri menggunakan Google Form.

Delegasi INTER-COM 2026 turut berpeluang mengadakan lawatan akademik ke beberapa fasiliti utama POLMED termasuk Makmal Multimedia, Simulasi Bank Syariah dan Makmal Latihan Welding Antarabangsa yang mencerminkan komitmen institusi tersebut dalam menyediakan ekosistem pembelajaran berteraskan teknologi dan keperluan industri semasa.

Dalam perkembangan yang membanggakan, POLMED turut menyatakan komitmen untuk menyertai National Business Innovation Challenge (NBIC) 2027, sekali gus membuka lembaran baharu kerjasama strategik antara kedua-dua institusi.

Pelaksanaan INTER-COM 2026 membuktikan bahawa kolaborasi antarabangsa bukan sahaja memperluas jaringan akademik, malah menjadi platform penting dalam memperkukuh perkongsian kepakaran, memantapkan persahabatan serantau serta melahirkan graduan yang bersedia mendepani cabaran global.






Photos from Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan's post 18/06/2026

๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐๐‘๐„๐Œ๐ˆ๐„๐‘ ๐๐Ž๐‘๐“ ๐ƒ๐ˆ๐‚๐Š๐’๐Ž๐ ๐€๐ƒ๐€๐Š๐€๐ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐๐€๐๐ƒ๐€ ๐€๐‘๐€๐’ ๐Š๐„ ๐”๐“๐„๐Œ, ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐ˆ๐‰๐€๐™๐€๐‡ ๐’๐€๐‘๐‰๐€๐๐€ ๐Œ๐”๐ƒ๐€ ๐“๐„๐Š๐๐Ž๐‹๐Ž๐†๐ˆ ๐„๐‹๐„๐Š๐“๐‘๐ˆ๐Š

MELAKA, 16 Jun 2026 โ€“ Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Premier Port Dickson telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Akademik bagi Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Elektrik ke Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektrik (FTKE), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Lawatan strategik ini melibatkan seramai 38 orang penggubal kurikulum Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Elektrik dalam usaha memperkukuh pembangunan kurikulum yang lebih komprehensif dan selari dengan keperluan semasa industri.

Lawatan ini bertujuan menilai serta membuat perbandingan jajaran kurikulum bagi semua kursus di peringkat ijazah, khususnya dari aspek kesesuaian kandungan silibus, kaedah penyampaian pedagogi serta pematuhan terhadap standard akademik dan kehendak industri.

Delegasi Politeknik Premier Port Dickson turut meninjau kemudahan infrastruktur makmal khusus di FTKE UTeM sebagai penanda aras utama dalam pembangunan fasiliti baharu bagi program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Elektrik di institusi ini.

Selain itu, lawatan ini turut memberi ruang kepada delegasi untuk mengenal pasti spesifikasi sumber fizikal standard termasuk instrumen pengukuran, peralatan pengujian elektrik berteknologi tinggi, pelaksanaan Work-Based Learning (WBL) serta mekanisme sokongan projek reka bentuk dan capstone.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Politeknik Premier Port Dickson dalam memastikan pembangunan kurikulum dan fasiliti pengajian sentiasa relevan, berkualiti tinggi serta selari dengan perkembangan teknologi dan keperluan industri semasa.






16/06/2026

Hijrah adalah perjalanan menjadi lebih kuat, bukan kerana hidup sentiasa mudah, tetapi kerana kita memilih untuk terus bangkit.

Ada luka yang tidak pernah diceritakan, ada pertempuran yang tidak pernah dilihat orang. Namun setiap langkah ke hadapan adalah kemenangan terhadap perjuangan yang selama ini dipendam sendiri.

Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa kekuatan baharu, ketenangan jiwa dan keberanian untuk terus melangkah menjadi versi diri yang lebih baik berbanding sebelum ini.

โ€œ๐Œ๐š๐๐š๐ง๐ข ๐ƒ๐ข๐ก๐š๐ฒ๐š๐ญ๐ข, ๐”๐ฆ๐ฆ๐š๐ก ๐ƒ๐ข๐›๐ž๐ซ๐ค๐š๐ญ๐ข.โ€






Photos from Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan's post 15/06/2026

๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐๐‘๐„๐Œ๐ˆ๐„๐‘ ๐๐Ž๐‘๐“ ๐ƒ๐ˆ๐‚๐Š๐’๐Ž๐ ๐“๐€๐Œ๐€๐“๐Š๐€๐ ๐ƒ๐Ž๐Œ๐ˆ๐๐€๐’๐ˆ ๐„๐๐€๐Œ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐๐’๐ˆ๐’, ๐‘๐€๐๐†๐Š๐”๐‹ ๐‰๐”๐€๐‘๐€ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐”๐‘๐”๐‡๐€๐ ๐…๐ˆ๐‘๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐‚๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

KOTA BHARU, 11 Jun 2026 โ€“ Politeknik Premier Port Dickson mencipta sejarah baharu apabila berjaya menamatkan dominasi enam tahun berturut-turut Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dengan merangkul gelaran Juara Keseluruhan Kejohanan 19th FIRA Malaysia Cup 2026 menerusi penyertaan pasukan RIGPPD.

Seramai 27 orang pelajar bersama 16 pegawai pengiring telah mewakili Politeknik Premier Port Dickson dengan menyertai tujuh daripada sembilan kategori yang dipertandingkan dalam kejohanan berprestij tersebut.

Pencapaian cemerlang pasukan RIGPPD menyaksikan kutipan sebanyak tiga pingat emas, satu pingat perak dan dua pingat gangsa, sekali gus meletakkan Politeknik Premier Port Dickson di kedudukan tertinggi mengatasi 38 pasukan lain yang bertanding.

Piala pusingan kejohanan telah disampaikan kepada Pengarah Politeknik Premier Port Dickson, Tuan Haji Wan Zulkifly bin Wan Zakaria, dalam majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Politeknik Kota Bharu.

Kejohanan edisi ke-19 ini telah berlangsung dari 6 hingga 11 Jun 2026 dan menghimpunkan sebanyak 1,465 penyertaan daripada politeknik, kolej komuniti, sekolah, institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara serta pelbagai agensi.

Pencapaian ini membuktikan keupayaan Politeknik Premier Port Dickson dalam memperkasa bidang robotik, inovasi dan teknologi, selaras dengan komitmen institusi dalam melahirkan graduan TVET yang kompeten, kreatif dan berdaya saing di peringkat nasional serta antarabangsa.






Photos from Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan's post 15/06/2026

๐๐ข๐ฌ๐š๐ง๐  ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ ๐๐ข๐›๐š๐ฐ๐š ๐›๐ž๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ซ,
๐Œ๐š๐ฌ๐š๐ค ๐ฌ๐ž๐›๐ข๐ฃ๐ข ๐๐ข ๐š๐ญ๐š๐ฌ ๐ฉ๐ž๐ญ๐ข,
๐‡๐ฎ๐ญ๐š๐ง๐  ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ ๐›๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐๐ข๐›๐š๐ฒ๐š๐ซ,
๐‡๐ฎ๐ญ๐š๐ง๐  ๐›๐ฎ๐๐ข ๐๐ข๐›๐š๐ฐ๐š ๐ฆ๐š๐ญ๐ข.

๐Š๐š๐ฅ๐š๐ฎ ๐š๐๐š ๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ซ ๐๐ข ๐ฅ๐š๐๐š๐ง๐ ,
๐๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐ฆ๐ž๐ง๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐š๐ง๐๐ข,
๐Š๐š๐ฅ๐š๐ฎ ๐š๐๐š ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ซ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฉ๐š๐ง๐ฃ๐š๐ง๐ ,
๐๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐›๐ž๐ซ๐ฃ๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐š ๐ฅ๐š๐ ๐ข.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada warga Politeknik Premier Port Dickson yang telah melangkah ke destinasi baharu dalam meneruskan amanah dan khidmat bakti.

Segala jasa, sumbangan dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang berada di Politeknik Premier Port Dickson akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Semoga terus cemerlang di tempat baharu.






Photos from Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan's post 13/06/2026

๐‘๐”๐‚ ๐‚๐„๐๐“๐’ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐๐‘๐„๐Œ๐ˆ๐„๐‘ ๐๐Ž๐‘๐“ ๐ƒ๐ˆ๐‚๐Š๐’๐Ž๐ ๐‹๐€๐Š๐€๐‘ ๐’๐„๐‰๐€๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐„๐๐„๐‘๐”๐’๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‡๐ˆ๐“๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

PORT DICKSON, 13 Jun 2026 โ€“ Sejarah baharu tercipta apabila RUC CENTS (Reskilling and Upskilling Centre โ€“ Centre of Electrical, Energy, Technology and Service), Politeknik Premier Port Dickson berjaya melaksanakan Program HIT2026 (High Impact Training) buat julung kalinya menerusi dana Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dengan kerjasama strategik industri.

Program berimpak tinggi yang berlangsung dari 13 Jun hingga 6 Ogos 2026 ini melibatkan enam kohort dan menjadi antara inisiatif penting dalam memperkukuh agenda pembangunan kompetensi profesional TVET negara.

Pelaksanaan program ini turut diperkasa melalui kolaborasi antarabangsa bersama tenaga pengajar pakar CENTS serta rakan industri KNX iaitu KNX Skills Development Centre (KSDC), sekali gus memperluas jaringan strategik dalam bidang latihan berimpak tinggi.

Bagi Kohort 1, seramai 24 peserta dari seluruh Malaysia telah mendaftar melibatkan tenaga pengajar daripada institusi TVET MARA, Kolej Vokasional, POLYCC, MTUN (UTeM) serta pelbagai agensi TVET lain yang bakal mengikuti latihan ke arah pensijilan profesional KNX dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang Pendawaian Elektrik Satu Fasa.

Pelaksanaan HIT2026 ini juga selari dengan 13 Iltizam Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti 2026 yang antaranya memberi penekanan kepada pengukuhan pendidikan teknikal dan profesional, pemerkasaan kompetensi tenaga pengajar, peluasan kolaborasi strategik bersama industri serta pengantarabangsaan dalam memastikan ekosistem TVET terus relevan, kompetitif dan memenuhi keperluan semasa.

Inisiatif ini sekali gus memperkukuh peranan Politeknik Premier Port Dickson sebagai peneraju latihan profesional TVET yang berimpak tinggi serta menjadi penanda aras dalam pembangunan kompetensi dan pensijilan profesional di peringkat nasional dan antarabangsa.








Politeknik.kolejkomuniti
KNX Training Centre Sdn. Bhd.

12/06/2026

๐๐„๐‘๐‡๐€๐“๐ˆ๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐’๐„๐Œ๐”๐€ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ: ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ•.

Semak tarikh dan waktu lapor diri mengikut jabatan masing-masing bagi memastikan proses pendaftaran berjalan lancar.

Selamat datang ke Politeknik Premier Port Dickson dan selamat memulakan perjalanan baharu sebagai warga TVET.

Kami tunggu!






Photos from Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan's post 12/06/2026

๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐๐‘๐„๐Œ๐ˆ๐„๐‘ ๐๐Ž๐‘๐“ ๐ƒ๐ˆ๐‚๐Š๐’๐Ž๐ ๐ƒ๐ˆ๐๐Ž๐๐€๐“๐Š๐€๐ ๐‰๐”๐€๐‘๐€ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐”๐‘๐”๐‡๐€๐ ๐๐ˆ๐‚๐„ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”, ๐‘๐€๐๐†๐Š๐”๐‹ ๐Š๐„๐‰๐”๐€๐‘๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐๐”๐€๐‹ ๐€๐‚๐‚๐Ž๐”๐๐“๐ˆ๐๐† ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐

KOTA BHARU, 11 Jun 2026 โ€“ Politeknik Premier Port Dickson terus melakar kejayaan cemerlang apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan NICE 2026 (National Innovative Challenge in Education) yang berlangsung di Politeknik Premier Kota Bharu pada 8 hingga 11 Jun 2026.

Dalam pertandingan tersebut, Politeknik Premier Port Dickson turut berjaya merangkul Tempat Pertama bagi kategori Manual Accounting, sekali gus memperkukuh penguasaan pelajar dalam bidang perakaunan di peringkat kebangsaan.

Kejayaan ini diraih hasil komitmen dua pelajar Semester 4 Jabatan Perdagangan iaitu Muhamad Yunus bin Hadimi dan Muhammad Akhtar Riyad bin Khairul Azri di bawah bimbingan Encik Abdul Rashid bin Husain.

Pertandingan yang menghimpunkan 19 kumpulan daripada 14 institusi POLYCC seluruh Malaysia itu menguji kompetensi peserta dalam bidang Manual Accounting dan Cloud Accounting (AutoCount), selaras dengan perkembangan industri perakaunan semasa yang semakin berteraskan digitalisasi.

Pencapaian ini mencerminkan keupayaan pelajar Politeknik Premier Port Dickson dalam menguasai kedua-dua aspek perakaunan tradisional dan digital, sekali gus memperkukuh komitmen institusi dalam melahirkan graduan TVET yang kompeten, berdaya saing dan relevan dengan keperluan industri masa kini.






Photos from Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan's post 12/06/2026

๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐๐‘๐„๐Œ๐ˆ๐„๐‘ ๐๐Ž๐‘๐“ ๐ƒ๐ˆ๐‚๐Š๐’๐Ž๐ ๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐† ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐–๐’๐Œ๐ ๐…๐”๐“๐”๐‘๐„ ๐’๐Š๐ˆ๐‹๐‹๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐ˆ๐ƒ๐€๐๐† ๐”๐๐Œ๐€๐๐๐„๐ƒ ๐€๐„๐‘๐ˆ๐€๐‹ ๐’๐˜๐’๐“๐„๐Œ

Kejayaan membanggakan terus dilakar apabila pelajar Politeknik Premier Port Dickson berjaya mengungguli pertandingan WSMB Future Skills 2026 dalam bidang Unmanned Aerial System (UAS) yang berlangsung sempena Hari TVET Negara 2026.

Saudara Lui Shun Shen berjaya merangkul gelaran Juara, manakala Saudara Muhammad Amirul โ€˜Arif bin Mohd Fadli dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal muncul sebagai Naib Juara dalam pertandingan tersebut.

Bidang Unmanned Aerial System (UAS) merupakan teknologi berasaskan dron yang menggabungkan kemahiran penerbangan, automasi, pengaturcaraan, elektronik, kecerdasan buatan, pemprosesan imej serta analisis data yang kini semakin penting dalam pelbagai sektor termasuk pertanian pintar, logistik, keselamatan, pemetaan dan operasi mencari serta menyelamat.

Pencapaian ini mencerminkan kompetensi tinggi pelajar Politeknik Premier Port Dickson dalam menguasai teknologi masa hadapan serta memenuhi keperluan industri yang semakin berkembang.

Kejayaan ini turut didukung melalui bimbingan dan komitmen berterusan daripada Coach Wong Wei Ming dan Muhammad bin Ahmad Kamal yang memainkan peranan penting dalam membentuk kecemerlangan pasukan di peringkat kebangsaan.

Pencapaian ini sekali gus memperkukuh komitmen Politeknik Premier Port Dickson dalam melahirkan graduan TVET yang kompeten, inovatif dan berdaya saing dalam bidang teknologi berimpak tinggi.






Want your school to be the top-listed School/college in Port Dickson?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


KM 14, Jalan Pantai, Si Rusa
Port Dickson
71050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00