Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson

Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson

Share

An FB page for sharing the world of CIvil Engineering Department at Politeknik Port Dickson

Photos from Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson's post 22/06/2026

🎉 Selamat Datang Pelajar Baharu 🎉
Jabatan Kejuruteraan Awam
Sesi 1: 2026/2027

Semoga perjalanan anda di Politeknik Port Dickson menjadi satu pengalaman yang bermakna, penuh ilmu, kemahiran dan kenangan indah.

Sepanjang Minggu Transformasi Siswa (MTS) yang berlangsung mulai hari ini, pelajar berpeluang mengenali lebih dekat budaya pembelajaran dan kehidupan di JKA melalui pelbagai aktiviti menarik iaitu:

✅ Pengenalan Kelab Pelajar JKA
✅ Aktiviti suai kenal dan permainan interaktif
✅ Slot bersama Penasihat Akademik (PA)
✅ Taklimat ringkas EKSA
✅ Aktiviti gotong-royong

Selamat memulakan langkah sebagai pelajarJabatan Kejuruteraan Awam!





Photos from Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson's post 19/06/2026

TEAM BUILDING JKA 2026

Bersatu, Berkolaborasi, Cemerlang Bersama!

Alhamdulillah, Program Team Building JKA 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Jun 2026 bertempat di AnCasa Resort, Port Dickson dengan penglibatan warga Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) dalam suasana yang penuh semangat, ceria dan harmoni.

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran dan sarapan pagi, diikuti dengan ucapan aluan serta bacaan doa. Seterusnya, para peserta menerima suntikan motivasi menerusi ucapan pembakar semangat yang disampaikan oleh Dr. Muhamad Lutfi bin Othman, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, sebelum diteruskan dengan taklimat telematch.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi memupuk semangat kerjasama, komunikasi dan kepimpinan dalam kalangan warga JKA, antaranya:

🏃 Monkey Race
🧻 Mummy Wrap
🎈 Crazy Water Balloon
⭕ Crazy Hula-Hula
🤝 Head-to-Head

Setiap aktiviti berjaya mencetuskan semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan persaingan sihat dalam kalangan peserta, selaras dengan objektif program untuk mengukuhkan hubungan silaturahim serta meningkatkan semangat kerja berpasukan.

Program diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pasukan yang berjaya menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang telematch. Majlis kemudiannya diakhiri pada jam 12.30 tengah hari dengan sesi bergambar dan bersurai.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta dan jawatankuasa yang telah menjayakan program ini. Semoga semangat kebersamaan, kolaborasi dan kecemerlangan yang dipupuk melalui program ini akan terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan Jabatan Kejuruteraan Awam.

✨ Satu Pasukan, Satu Semangat, Satu JKA! ✨








Photos from Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson's post 08/06/2026

SATU KENANGAN, SEIKHLAS PENGHARGAAN

Majlis Perpisahan Staf, Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson

Tarikh: 5 Jun 2026
Tempat: Ancasa Resort Port Dickson

Dengan penuh rasa penghargaan dan terima kasih, warga Jabatan Kejuruteraan Awam meraikan staf yang akan bertukar tempat bertugas setelah menabur jasa, bakti dan komitmen sepanjang berkhidmat di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson.

🌸 Staf yang diraikan:

• En. Zul Rashidi bin Hussin
Bertukar ke Kolej Komuniti Jelebu

• Pn. Dazlyna binti Zainal Abidin
Bertukar ke Politeknik Melaka

• Pn. Norzaihasra binti Saaba
Bertukar ke Politeknik Melaka

• Pn. Tengku Juliani binti Tengku Mamat
Bertukar ke Politeknik Melaka

💐
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Segala kenangan, kerjasama dan jasa yang dicurahkan akan sentiasa terpahat dalam ingatan warga JKA PPD.

"Perpisahan bukan pengakhiran, tetapi permulaan kepada perjalanan yang lebih gemilang.”

Semoga terus maju, sukses dan cemerlang di tempat baharu. Terima kasih atas segala khidmat bakti dan dedikasi yang telah diberikan.




Photos from Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson's post 01/06/2026

✈️🇲🇾🇨🇳 Delegasi Politeknik Port Dickson Sertai Program Mobiliti Pelajar ke China

31 Mei 2026 - Politeknik Port Dickson (PPD) telah menghantar delegasinya bagi menyertai Program Mobiliti Pelajar ke Guizhou Polytechnic of Construction (GZPC), China yang berlangsung dari 1 hingga 14 Jun 2026.

Sesi pelepasan delegasi telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Akademik) PPD, Dr. Engku Shahrulerizal bin Engku Ab Rahman di KLIA Terminal 1 bersama wakil pengurusan dan pegawai pengantarabangsaan daripada institusi yang terlibat.

Program mobiliti ini melibatkan 12 orang delegasi daripada Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Politeknik Port Dickson (PPD) dan Politeknik Ungku Omar (PUO). PPD diwakili oleh Pn. Hazlina Mahfidz sebagai pegawai pengiring bersama 3 orang pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam.

Sepanjang 14 hari program, para peserta akan mengikuti pelbagai aktiviti akademik dan pertukaran budaya termasuk:

✨ Intelligent Construction (BIM Modelling Technology)
✨ Artificial Intelligence (AI) & AI Entrepreneurship
✨ Keusahawanan Antarabangsa
✨ Pembelajaran Bahasa dan Budaya Cina
✨ Lawatan Industri dan Teknologi Pembinaan
✨ Pertukaran Budaya Malaysia–China

Program ini merupakan platform penting dalam memperkukuh kompetensi global pelajar TVET, meningkatkan kemahiran komunikasi antara budaya serta memperluas jaringan kerjasama antarabangsa.

Sebelum keberangkatan ke China, satu sesi pelepasan delegasi PPD telah diadakan oleh pengurusan Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) pada 12 Mei 2026 (Selasa) sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada peserta yang akan mewakili institusi di peringkat antarabangsa. Turut hadir Pn. Nor Haniza binti Mustafar Kamar, mewakili Pengerusi Alumni Politeknik Port Dickson. Persatuan Alumni telah memberikan bantuan berbentuk kewangan untuk menampung perbelanjaan pelajar di Guizhou, China.

Selamat maju jaya kepada delegasi PPD. Semoga memperoleh pengalaman berharga, menimba ilmu baharu serta menjadi duta kecil yang mengharumkan nama Politeknik Port Dickson dan Malaysia di persada antarabangsa.









🇲🇾🇨🇳✨

Photos from Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson's post 19/05/2026

Sorotan Kemuncak: Majlis Apresiasi JKA 2026

Bukan sekadar majlis penutup semester… tapi di sinilah tempat kita menyimpan segala gelak tawa, penat lelah, gaduh manja, dan kenangan paling mahal sepanjang bergelar keluarga JKA. 🤍✨

Majlis Apresiasi JKA 2026 yang berlangsung pada 7 Mei lepas adalah malam khas untuk meraikan tamatnya pengajian anak-anak didik semester akhir JKA. Pejam celik, dah sampai ke garisan penamat untuk fasa ini. Terima kasih atas segala memori dan komitmen yang telah korang berikan sepanjang berada di sini.

Langkah korang selepas ini bermula di dunia luar. Semoga setiap langkah dipermudahkan, dipermurahkan rezeki, dan kita semua berjaya di dunia dan akhirat. Selamat maju jaya, Final Year Students!



Photos from Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson's post 06/05/2026

JKA POLITEKNIK PREMIER PORT DICKSON JALIN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA ABM WILAYAH TENGAH, PERKASA INISIATIF PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI BERTAULIAH

PORT DICKSON, 6 Mei 2026 - Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Politeknik Premier Port Dickson (PPPD) melalui delegasi Reskilling & Upskilling Centre JKA iaitu Centre of Construction Technology (CoST), telah mengadakan satu sesi pertemuan strategik bersama pengurusan tertinggi Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Tengah.

Delegasi PPPD diketuai oleh Dr. Muhammad Lutfi bin Othman, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, bersama Ts. Dr. Baharin Bin Ahmad (Pengurus CoST), Ts. Saifulbahari Bin Mohd Rasid (Timbalan Pengurus I CoST) dan Dr. Mohan Kumar A/L Manikam (Timbalan Pengurus II CoST).

Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh Dr. Rozaimi Bin An, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Binaan Malaysia (Selangor) Sdn. Bhd., bersama Puan Hasmawati binti Hasnan, Pengurus Latihan Kemahiran & Pengurusan Aset ABM Wilayah Tengah serta Puan Zaidahafifi binti Darus, Pembantu Eksekutif.

Fokus utama pertemuan ini adalah berkaitan dengan hasrat Jabatan Kejuruteraan Awam PPD untuk menubuhkan Pusat Penilaian Kompetensi Bertauliah di premis Politeknik Premier Port Dickson bagi bidang-bidang teknikal berkaitan.

Inisiatif ini menerima maklum balas yang amat positif daripada pihak ABM Wilayah Tengah yang turut menyatakan komitmen penuh dalam menyokong serta membantu proses pelaksanaannya sehingga berjaya direalisasikan.

Kerjasama strategik ini dijangka memberi impak besar kepada ekosistem pendidikan TVET, khususnya kepada pelajar, staf dan komuniti setempat.

✨ Antara manfaat utama inisiatif ini:
🔹 Graduan PPD berpeluang memperoleh Sijil Kemahiran yang diiktiraf oleh ABM dan CIDB sebagai nilai tambah kepada diploma sedia ada.
🔹 Memberi ruang kepada staf akademik untuk meningkatkan kompetensi profesional dalam bidang pembinaan.
🔹 Membuka peluang kepada komuniti sekitar Port Dickson dan Negeri Sembilan untuk mendapatkan sijil profesional yang diiktiraf industri tanpa perlu ke lokasi yang jauh.

“Inisiatif ini merupakan satu situasi menang-menang yang bukan sahaja melonjakkan KPI ABM dalam memperluas capaian latihan kemahiran, malah memperkasa peranan PPD sebagai peneraju TVET di peringkat wilayah,” ujar Dr. Muhammad Lutfi bin Othman.

Kolaborasi erat antara CoST JKA dan ABM Wilayah Tengah ini membuktikan komitmen berterusan Politeknik Port Dickson dalam memastikan pendidikan teknikal sentiasa relevan dengan keperluan industri semasa, selari dengan aspirasi melahirkan modal insan yang kompeten dan berdaya saing.









Photos from Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson's post 30/04/2026

ARCHIPEX 2026 | Architecture Presentation & Exhibition

Program Architecture Presentation & Exhibition (ARCHIPEX 2026) anjuran Jabatan Kejuruteraan Awam (Program Diploma Seni Bina), Politeknik Port Dickson dengan kerjasama Centre of Architecture Technology (CArT) telah berlangsung dengan jayanya pada:

21 April 2026 (Selasa)
8.00 pagi – 5.00 petang
Blok Akademik, Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson

Program ini merupakan platform penting bagi pelaksanaan penilaian projek akhir pelajar Diploma Seni Bina dengan penglibatan panel penilai daripada wakil industri, bagi memastikan kurikulum sentiasa relevan dengan kehendak dan perkembangan semasa industri seni bina.

Selain itu, ARCHIPEX 2026 turut memberi ruang kepada pelajar untuk mempamerkan kreativiti, inovasi serta idea reka bentuk mereka melalui pembentangan dan pameran projek akhir, sekali gus memberi pendedahan kepada realiti dunia profesional serta meningkatkan keyakinan dalam menyampaikan hasil kerja kepada panel penilai dan pihak industri.

Program ini turut diserikan lagi dengan Majlis Penyerahan Proposal Rekabentuk PDK Teluk Kemang, Port Dickson yang disempurnakan oleh Tuan Haji Wan Zulkifly bin Wan Zakaria, Pengarah Politeknik Port Dickson kepada pihak PDK sebagai simbolik kolaborasi antara institusi pendidikan dan komuniti setempat dalam menghasilkan cadangan reka bentuk yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Turut mengiringi beliau ialah Ts. Dr. Engku Shahrulerizal bin Engku Ab Rahman, Timbalan Pengarah (Akademik), Dr. Muhamad Lutfi bin Othman, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, serta Dr. Setiawan bin Hardono, Pengurus Centre of Architecture Technology (CArT).

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua panel penilai luar, wakil industri, pensyarah, pelajar serta semua pihak yang telah menjayakan program ini dengan penuh komitmen dan dedikasi.

Semoga program seperti ini terus menjadi pemangkin kecemerlangan akademik dan melahirkan graduan seni bina yang kompeten, kreatif dan bersedia menghadapi cabaran industri masa hadapan.

28/04/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson (JKA) yang telah dipilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025.
Diharapkan agar pengiktirafan ini terus menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga JKA untuk mengekalkan budaya kerja berprestasi tinggi, inovatif, serta sentiasa berorientasikan kecemerlangan dalam setiap tugasan yang diamanahkan.
Tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua penerima APC 2025 daripada Jabatan Kejuruteraan Awam. Semoga terus cemerlang dan istiqamah dalam menggalas amanah demi kemajuan anak bangsa.



Photos from Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson's post 23/04/2026

SYNC SUMMIT 2.0 MELAKARKAN SINERGI TEKNOLOGI AI DAN KELESTARIAN HIJAU

PORT DICKSON, 23 April 2026 – Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) Politeknik Premier Port Dickson (PPD) telah berjaya menganjurkan SYNC Summit 2.0, sebuah platform strategik yang menghimpunkan kepimpinan tertinggi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bersama warga institusi bagi memperkukuh agenda pembangunan mampan.

Program berprestij ini telah diserikan dengan kehadiran YBrs. Dr. Shamsuri Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, yang diiringi oleh barisan pengurusan tertinggi JPPKK. Kehadiran pihak pengurusan tertinggi ini mencerminkan sokongan padu terhadap inisiatif yang dilaksanakan di peringkat akar umbi untuk memartabatkan kecemerlangan TVET negara.

Tema penganjuran kali ini, "Kecerdasan Buatan (AI) dan Kelestarian Hijau", dipilih khusus bagi memberi penekanan kepada keseimbangan dinamik antara kepesatan kemajuan teknologi dan keperluan mendesak pemeliharaan alam sekitar. Pendekatan ini diterjemahkan secara visual dan praktikal melalui konsep penganjuran yang menggabungkan elemen inovasi digital dengan persekitaran hijau, sekali gus menyokong aspirasi pembangunan negara yang lebih seimbang.

Pengarah Politeknik Premier Port Dickson, Tuan Haji Wan Zulkifly bin Wan Zakaria, dalam ucapan alu-aluannya menegaskan bahawa PPD komited dalam melahirkan graduan yang kompeten secara teknikal.

Dalam amanat khas yang disampaikan, YBrs. Dr. Shamsuri Abdullah menekankan kepentingan warga politeknik untuk sentiasa responsif terhadap perubahan global. Beliau menyeru agar agenda pendigitalan dalam pendidikan teknikal diperhebatkan bagi memastikan organisasi kekal cemerlang dan relevan dalam mendepani cabaran industri masa hadapan.

Penganjuran SYNC Summit 2.0 oleh Jabatan Kejuruteraan Awam ini membuktikan peranan PPD sebagai peneraju dalam memacu komunikasi strategik serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja. Keberhasilan program ini diharapkan menjadi pemangkin bagi lebih banyak inovasi hijau yang disepadukan dengan teknologi AI pada masa hadapan.

Melalui kejayaan SYNC Summit 2.0, Jabatan Kejuruteraan Awam terus memperkukuh kedudukannya sebagai penggerak utama dalam melestarikan kecemerlangan institusi selaras dengan visi pembangunan mampan negara.







Want your school to be the top-listed School/college in Port Dickson?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Politeknik Port Dickson, 14, Jalan Pantai
Port Dickson
71050

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00