21/06/2026
📢 HEBAHAN PROGRAM & AKTIVITI MINGGUAN SK PUCHONG PERDANA
📅 22 – 26 JUN 2026
Sepanjang minggu ini, warga SKPP akan terlibat dalam beberapa program dan pertandingan iaitu:
⚽ Kejohanan Bola Sepak MSSD
🏑 Kejohanan Hoki MSSD
🎓 Konvensyen Pendidikan Peringkat Negeri
🏓 Bengkel Pembangunan Pickleball Peringkat Negeri
🎤 Latihan Pusat Bahas Ala Parlimen Bahasa Inggeris Peringkat Negeri
💻 STEM Forensik Peringkat Kebangsaan (Dalam Talian)
Semoga semua guru dan murid yang terlibat diberikan kelancaran serta mencapai kejayaan yang cemerlang.
✨ Bersama Mencipta Kecemerlangan ✨
18/06/2026
📢 SELAMAT BERPINDAH & SELAMAT MAJU JAYA
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Roslan dan Teacher Shazlina atas segala jasa, bakti, ilmu dan dedikasi sepanjang berkhidmat di SKPP.
Semoga perjalanan baharu ini membawa lebih banyak kejayaan, kebahagiaan dan keberkatan dalam kerjaya serta kehidupan.
🌹 Jasa dikenang, budi disanjung. 🌹
Selamat berbakti di tempat baharu dan terus cemerlang.
Ikhlas daripada:
Seluruh Warga SKPP ❤️
-------------------
📥 GROUP SEMBANG PIBG
https://t.me/+UiEdyD-yO6xkYTM1
🎥 TIKTOK PIBG SKPP
https://vt.tiktok.com/ZSQnQhm2t/
🗃 FACEBOOK PIBG SKPP
https://www.facebook.com/share/p/1CKsmCgaC2/
⏯️ YOUTUBE PIBG SKPP
www.youtube.com/
📡 CHANNEL WHATAPPS
https://whatsapp.com/channel/0029Vb7NYSG6LwHd8C4iMR20
18/06/2026
Peringatan Mesra: Taklimat Pertandingan JDP 2026 untuk Ibu Bapa 8mlm ini 🏆
Salam Sejahtera Cikgu,
Team Pandai sedang melakukan persiapan terakhir bagi sesi taklimat online Juara Digital Pandai 2026 bersama ibu bapa sekolah jam 8:00 malam ini , cikgu boleh bantu panjangkan notis ini terus kepada kepada ibu bapa di sekolah sebagai peringatan.
Malam ini merupakan peluang keemasan untuk sekolah tingkatkan penyertaan murid, anak-anak murid juga dapat menguasai kemahiran belajar secara digital, disamping menebus markah PAJSK peringkat Kebangsaan secara percuma.
Semua Ibu bapa di sekolah diminta untuk menyertai Group Hebahan Rasmi (jika masih belum) dari link pendaftaran di bawah dengan kadar segera sebelum sesi malam ini bermula:
👉 Pautan Group WhatsApp Ibu Bapa: https://nakpandai.my/sel-ibu-bapa
Terima kasih atas perhatian dan sokongan
18/06/2026
Assalamualaikum YBhg.
Tuan/Puan,
Berikut dilampirkan Kod QR dan pautan pendaftaran bagi sekolah-sekolah Daerah Petaling Perdana untuk menyertai Karnival Kerjaya TUDM Pangkalan Udara Subang Siri 1/2026 yang akan diadakan pada 27 Jun 2026 (Sabtu) di Dispersal Area, Pangkalan Udara Subang.
Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut sebelum tarikh tutup pada 18 Jun 2026 (Khamis):
https://forms.gle/PBWwANt2KppFbPYy7
Ibu bapa atau penjaga yang akan hadir bersama anak-anak juga diwajibkan mengisi pautan pendaftaran kehadiran yang sama bagi tujuan tapisan keselamatan dan semakan sebelum dibenarkan memasuki kawasan program.
Sekian, terima kasih.
15/06/2026
PELUNCURAN MINGGU BAHASA 2026
SK Puchong Perdana
Telah berlangsung Majlis Peluncuran Minggu Bahasa yang melibatkan Bahasa Arab, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Program ini bertujuan memupuk minat murid terhadap bahasa, budaya dan komunikasi pelbagai kaum.
Tahniah kepada semua guru dan murid yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga Minggu Bahasa 2026 memberi manfaat serta menyemarakkan semangat cintakan bahasa dalam kalangan warga sekolah.
🤲 Ya Allah, permudahkan urusan kami dalam menuntut ilmu dan kurniakan kejayaan serta keberkatan sepanjang program ini.
Aamiin. 🤲🤲🤲
15/06/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti sempena Awal Muharram. Sehubungan itu, pemakluman ini dikongsikan kepada seluruh warga SK Puchong Perdana untuk makluman dan tindakan sewajarnya.
Semoga sambutan Awal Muharram ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan semangat baharu kepada kita semua.
Terima kasih.
GURU BESAR
SK PUCHONG PERDANA
15/06/2026
📢 HEBAHAN PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS & MRSM TAHUN 2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Perhatian kepada ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak Tahun 6 serta Tingkatan 3 sesi 2026. Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus dan MRSM bagi sesi persekolahan berikutnya akan dibuka tidak lama lagi.
📌 Siapa yang terlibat?
✅ Murid Tahun 6 sesi 2026
✅ Murid Tingkatan 3 sesi 2026
📅 Tarikh Penting
🔹 Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus: 10 Julai – 14 Ogos 2026
🔹 Pelaksanaan PKSK Tingkatan 4: 21 September – 1 Oktober 2026
🔹 Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1: 12 – 22 Oktober 2026
⚠️ Ibu bapa dan penjaga disarankan untuk membuat persediaan awal serta sentiasa menyemak portal dan hebahan rasmi bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan dan PKSK.
Semoga dipermudahkan urusan permohonan dan semoga anak-anak memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam laluan pendidikan pilihan mereka.
✨ "Rebut Peluang, Cipta Kecemerlangan Masa Hadapan." ✨
15/06/2026
📢 HEBAHAN PERMOHONAN KEMASUKAN TINGKATAN 1 SEKOLAH SENI MALAYSIA / PROGRAM PENDIDIKAN SENI BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2027
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM) / Program Pendidikan Seni (PPS) bagi Tingkatan 1 Sesi Persekolahan 2027 kini dibuka kepada murid Tahun 6 sesi 2026 yang mempunyai bakat dan potensi dalam bidang seni.
🎨 Seni Visual
💃 Seni Tari
🎭 Seni Teater
🎵 Seni Muzik
📅 Tarikh Buka Permohonan: 30 Jun 2026
📅 Tarikh Tutup Permohonan: 30 Ogos 2026
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal: 🌐 https://essem.moe.gov.my/
Ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak berbakat dalam bidang seni adalah dipelawa untuk membuat permohonan sebelum tarikh tutup.
Semoga urusan permohonan dipermudahkan dan anak-anak yang berbakat diberikan peluang untuk mengembangkan potensi serta mencapai kecemerlangan dalam bidang seni.
"Bakat Diserlah, Potensi Digilap, Masa Depan Gemilang." ✨
08/06/2026
🌟 TAHNIAH! 🌟
PIBG SK Puchong Perdana merakamkan penghargaan kepada Muhammad Helmy Iqbar Bin Hamiludin & Pirates A.I. Tackle Ventures atas pencapaian sebagai penerima Anugerah Hall of Fame – Kutipan PIBG Tertinggi Bulan Mei 2026.
Terima kasih atas komitmen dan sokongan berterusan anda dalam menyumbang kepada kecemerlangan SK Puchong Perdana.
🏆 Bersama Memperkasa Pendidikan, Mencipta Kecemerlangan. 🏆
07/06/2026
📢 AYOH KEMBALI KE SEKOLAH
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa sesi persekolahan akan bermula semula pada:
📅 Tarikh: 08 Jun 2026 (Isnin)
🏫 Sekolah: SK Puchong Perdana
Sehubungan itu, ibu bapa dan penjaga dimohon memastikan perkara-perkara berikut sebelum anak-anak hadir ke sekolah:
✅ Kesihatan anak-anak berada dalam keadaan baik.
✅ Rambut murid lelaki dipotong pendek dan kemas.
✅ Kuku dipotong pendek dan bersih.
✅ Pakaian seragam sekolah lengkap, bersih dan kemas.
✅ Kelengkapan pembelajaran seperti buku dan alat tulis dibawa secukupnya.
Marilah kita bersama-sama memulakan sesi persekolahan dengan semangat baharu, disiplin yang tinggi dan azam untuk mencapai kecemerlangan.
🌟 Selamat Kembali Ke Sekolah 🌟
Jom Ke Sekolah!