19/05/2026
Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring peringkat Kawasan Sepang
16/05/2026
Ultimate Sporthous Nilai
Alhamdulillah pasukan bola sepak mendapat tempat ke 3.
Kalah menang adat pertandingan..ini memberi pengalaman yg amat berharga kpd murid².
15/05/2026
Simulasi Haji Cilik
13 Mei 2026
Masjid Assalam Puchong Perdana
03/05/2026
Assalamualaikum wbt
Kejohanan Sukan Bola Sepak & Bola Jaring Pasti Kawasan Sepang 2026
📆 16 Mei 2026 (Sabtu)
⌚ 7.30 pagi - 2.00 petang
🏢 Ultimate Sporthaus, Nilai
Dijemput para Ibu Bapa/Penjaga untuk hadir beramai-ramai bagi memeriahkan suasana serta memberi sokongan kepada semua pemain💪🏻
Terima kasih.
30/04/2026
Pendaftaran 2027 dibuka Mei 2026
Blh terus hubungi cikgu Sue
0123042297 atau boleh terus ke PASTI, 8.00 pg hingga 12.00 (Isnin - Khamis)
20/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri! 🕌
Semoga hari raya ini membawa kebahagiaan, keharmonian, dan keberkahan bagi kita semua. Selamat berhari raya dan maaf zahir batin!
10/03/2026
Takziah kepada keluarga Aatiq Nu'man dan Annur Nashwa atas pemergian Atok tersayang Tuan Haji Muslim bin Hassan.
10/03/2026
*KEMPEN SUMBANGAN RM10 DANA PEMBANGUNAN KOMPLEKS PENDIDIKAN DAN FISABILILLAH SEMPENA RAMADAN 1447H*
Dimaklumkan bahawa Jabatan PASTI Negeri Selangor dalam proses mengumpul dana bagi pembinaan Kompleks Pendidikan dan Fisabilillah atas tanah yang telah selesai pembelian di Kampung Seri Cheeding, Kuala Langat, Selangor.
Sehubungan dengan itu, Kempen Sumbangan RM10 Dana Pembangunan Kompleks Pendidikan dan Fisabilillah sempena Ramadan 1447H digerakkan bagi mengumpul dana tersebut. Pihak kami menyeru semua PASTI Cawangan untuk menggerakkan kempen ini kepada ibu bapa murid PASTI dan dikumpulkan diperingkat PASTI Kawasan. Sumbangan ini hendaklah dimasukkan ke dalam akaun Bank Islam : TETUAN PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM NEGERI SELANGOR – No. Akaun : 14180010002211.
Sumbangan juga boleh dibuat secara QR Code ke akaun PASTI Negeri Selangor (Rujukan: Dana Pembangunan). Semoga Allah SWT menerima amalan ini dari kami warga PASTI dan menjadi pahala di akhirat kelak.
Sekian, terima kasih.
Mohd Norhafizal Bin Muhamad