Sekolah Rendah Islam Integrasi Az Zikri Puchong Permai

Sekolah Rendah Islam Integrasi Az Zikri Puchong Permai

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Rendah Islam Integrasi Az Zikri Puchong Permai, School, No. 1B, Jalan Puchong Permai 2, Taman Puchong Permai,, Puchong Darul Ehsan, Puchong.

Sekolah Rendah Islam Integrasi Pertama Yang Menggunakan Kaedah Islamic Montessori.

2 aliran dalam satu sekolah, Sekolah Rendah Islam Integrasi (Akademik& Kafa) & Sekolah KAFA

Kelas Mengaji Kanak-kanak Sahabat Azzikri

Photos from Sekolah Rendah Islam Integrasi Az Zikri Puchong Permai's post 10/06/2026

Latihan Kawad Kaki Asas

Alhamdulillah, hari ini Pertemuan Badan Beruniform Kadet Remaja Sekolah dan Puteri Islam telah dijalankan buat pertama kalinya pada hari ini usai cuti dan sesi persekolahan yang baru bermula.

Objektif Latihan Kawad kaki Asas ini adalah untuk :
1) Membentuk disiplin,
2) Bekerjasama dan
3) Menyuntik semangat berpasukan dalam kalangan murid.

Moga Latihan Kawad Asas ini dapat membentuk kemahiran sosial dan kognitif murid dalam membina jati diri sendiri.




08/06/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Š๐„๐Œ๐๐€๐‹๐ˆ ๐Š๐„ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡

Buat semua Anak-anak Srii Az Zikri.

๐Ÿ“š Jom meneruskan kembara ilmu di Srii Az Zikri.

๐Ÿ“ Sesi persekolahan bermula :
8 Jun 2026 ( Isnin )

"Datang dengan harapan Ibu ayah, pulang dengan Ilmu dan adab"

Selamat kembali ke Sekolah! ๐Ÿ“š




26/05/2026

๐ŸŒ™ Salam Aidiladha 1447H*๐ŸŒ™

Kami mewakili SRII Az Zikri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Semoga ibadah korban dan pengorbanan kita diterima Allah SWT serta menjadikan kita insan yang lebih bertakwa, ikhlas dan penyayang sesama umat Islam.

โœจ โ€œAidiladha mengajar erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT.โ€

Maaf zahir dan batin.
ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ู†ุง ูˆู…ู†ูƒู…

๐Ÿคฒ Semoga Allah SWT memberkati kita semua di dunia dan akhirat.

25/05/2026

Hari Arafah 9 Zulhijjah 1447H bersamaan dengan 26 Jun 2026, Hari Selasa.

Jom berpuasa, perbanyakkan amal kebaikan dan doa yang berterusan ๐Ÿคฒ๐Ÿป



Photos from Sekolah Rendah Islam Integrasi Az Zikri Puchong Permai's post 25/05/2026

Visual 3 : Praktikal Sembelihan Korban 2026

Perjalanan Praktikal Sembelihan Korban Srii Az Zikri
Tahun pertama : Kambing
Tahun kedua : Lembu
Tahun Ketiga : Unta

Alhamdulillah, untuk tahun ketiga ini, replika unta menjadi bahan praktikal binatang korban.

Fiqh Korban dan Ilmu Penyembelihan bagi Unta ialah
- Cukup umur 5 tahun
- Disembelih dengan cara unta berdiri atau diikat satu kakinya dan sunat berlutut seperti haiwan Sembelihan yang lain.
- Unta disembelih dengan kaedah Al-Nahru iaitu bahagian bawah leher unta akan ditikam dan kemudian baru diputuskan urat halkum dan mariโ€™.
- Unta mempunyai leher yang panjang daripada haiwan-haiwan yang lain, cara sembelihannya adalah di antara pangkal leher dan dada.
- Menggunakan pisau atau alatan tajam untuk menyembelih.
- Agihan daging korban kepada orang bukan islam adalah dilarang mengikut Mazhab Shafie tetapi dibolehkan mengikut uruf semasa Malaysia dan sebaiknya diberikan kepada mereka dengan hidangan daging yang telah dimasak.





Photos from Sekolah Rendah Islam Integrasi Az Zikri Puchong Permai's post 25/05/2026

Visual 2 : Perjalanan Penuh Simulasi Haji Cilik Srii Az Zikri 2026




Photos from Sekolah Rendah Islam Integrasi Az Zikri Puchong Permai's post 25/05/2026

Visual 1 : Perkongsian ilmu Mutawwif / Mutawwifah berkenaan Haji

CP 1 : ๐๐ข๐š๐ญ ๐ˆ๐ก๐ซ๐š๐ฆ

ู†ูŽูˆูŽูŠู’ุชู ุงู„ู’ุญูŽุฌูŽู‘ ูˆูŽุฃูŽุญู’ุฑูŽู…ู’ุชู ุจูู‡ู ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰

Nawaitul hajja wa ahramtu bihi lillahi taโ€˜ala.

Maksud:
โ€œSahaja aku mengerjakan haji dan berihram dengannya kerana Allah Taala.โ€

Selepas berniat, jemaah digalakkan membaca talbiyah:

ู„ูŽุจูŽู‘ูŠู’ูƒูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ู„ูŽุจูŽู‘ูŠู’ูƒูŽุŒ ู„ูŽุจูŽู‘ูŠู’ูƒูŽ ู„ูŽุง ุดูŽุฑููŠูƒูŽ ู„ูŽูƒูŽ ู„ูŽุจูŽู‘ูŠู’ูƒูŽุŒ ุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏูŽ ูˆูŽุงู„ู†ูู‘ุนู’ู…ูŽุฉูŽ ู„ูŽูƒูŽ ูˆูŽุงู„ู’ู…ูู„ู’ูƒูŽุŒ ู„ูŽุง ุดูŽุฑููŠูƒูŽ ู„ูŽูƒูŽ

CP 2 : ๐–๐ฎ๐ช๐ฎ๐Ÿ ๐๐ข ๐€๐ซ๐š๐Ÿ๐š๐ก
- Arafah ialah Padang Arafah tempat Pertemuan Nabi Adam dan Saidatina Hawa
- Khutbah terakhir Nabi Muhammad saw juga berlaku di Padang Arafah
- Wuquf di Arafah ialah rukun haji yang utama dalam Ibadah Haji selepas Niat Ihram.

CP3 : ๐Œ๐š๐›๐ข๐ญ ๐๐ข ๐Œ๐ฎ๐ณ๐๐š๐ฅ๐ข๐Ÿ๐š๐ก
- Tidur di Muzdalifah
- Muzdalifah ialah tempat antara Arafah dan Mina
- Ibadah yang dilakukan di Muzdalifah ialah bermalam, berzikir, berdoa dan mengutip batu untuk melontar di Mina

CP4 : ๐Œ๐ž๐ฅ๐จ๐ง๐ญ๐š๐ซ ๐‰๐š๐ฆ๐ซ๐š๐ก ๐๐ข ๐Œ๐ข๐ง๐š
- Simbolik kepada Menolak godaan syaitan, Melawan hawa nafsu dan Taat kepada perintah Allah
- Ada 3 Jamrah ( Sughra, Wusto dan Kubro Aqobah)
- Melontar satu demi satu batu sambil menyebut:

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ูุŒ ุงู„ู„ู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑ

CP5 : ๐“๐š๐ฐ๐š๐Ÿ
- ibadah mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali pusingan lawan arah jam.
- Tawaf bermula dari Hajarul Aswad dan pergerakan hendaklah kaabah di sebelah kiri.
- Syarat Tawaf ialah suci dari hadas dan najis.

CP 6 : ๐’๐š๐ข๐ž
- Perjalanan Saie antara Bukit Safa dan Marwa.
- Saie ialah kisah Saidatina Hajar berlari mencari air utk anaknya Nabi Ismail a.s di tengah padang pasir yang kering dan panas.
- Saie ialah berulang 7 kali perjalanan.

C7 : ๐“๐š๐ก๐š๐ฅ๐ฅ๐ฎ๐ฅ
- Tahallul ialah menjadi halal semula dan bebas daripada larangan ihram.
- Tahallul dilakukan dengan cara bercukur kepala atau sekurang-kurangnya 3 helai rambut.
- Tahallul bagi perempuan hanya memotong sedikit hujung rambut.



Want your school to be the top-listed School/college in Puchong?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


No. 1B, Jalan Puchong Permai 2, Taman Puchong Permai,, Puchong Darul Ehsan
Puchong
47150