Cahaya Bestari

Cahaya Bestari

Share

Asuhan, Bimbingan & Didikan yang menyinari masa depan anak anda. ๐ŸŒŸ

Taska โ€“ Pelukan kasih, aktiviti ceria! Tadika โ€“ Didik akhlak, ajar solat, hafazan pun ada!

Transit โ€“ Siap hantar-ambil sekolah, bantu kerja rumah pun boleh!

08/06/2026

Naik dari cuti panjang, kita adjust mood anak-anak dulu. Kita yang dewasa pun kalau cuti panjang, rasa lemau di hari pertama. Apatah lagi, anak-anak kecil ni kan. ๐Ÿ˜Ž

Semoga terus ceria dan semangat, anak-anak soleh solehah โœจโค๏ธ

Photos from Cahaya Bestari's post 20/05/2026

Alhamdulillah, Program Simulasi Haji Cilik Tadika Cahaya Bestari telah selesai dengan jayanya ๐Ÿค๐Ÿ•‹

Tahniah kepada semua anak-anak yang begitu bersemangat mengikuti setiap aktiviti dari awal hingga akhir. Banyak pengalaman dan pembelajaran bermakna dapat diberikan kepada mereka melalui program ini.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada pihak Masjid As Salam Bukit Sentosa kerana sudi memberi izin dan ruang untuk kami menjalankan program ini dengan lancar.

Terima kasih juga kepada mutawwif kesayangan anak-anak, Ustaz Aiman yang sangat sporting, ceria dan penuh sabar membimbing anak-anak sepanjang program berlangsung.

Buat semua ibu ayah, terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan dan kepercayaan kepada kami dalam setiap aktiviti anak-anak โค๏ธ

Tidak lupa juga jutaan penghargaan kepada semua cikgu dan team Cahaya Bestari yang sangat komited mengawal, menjaga dan mengurus anak-anak dari awal sehingga tamat program. Penat lelah kalian amat dihargai.

Semoga segala usaha kecil ini menjadi pengalaman indah dan ilmu yang bermanfaat buat anak-anak kita ๐Ÿคโœจ

Photos from Cahaya Bestari's post 17/05/2026

Alhamdulillah ๐Ÿค
Tadika Cahaya Bestari telah menerima Anugerah Kualiti Pengurusan Tadika Swasta 2026 daripada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor.

Pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat buat kami untuk terus memberikan pendidikan dan pengurusan yang terbaik buat anak-anak Cahaya Bestari. Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan semua ibu ayah ๐ŸŒทโœจ

11/05/2026

Belajar sambil bermain, faham sambil mencuba โœจ

Bila cikgu mengajar menggunakan ABM, anak-anak jadi lebih fokus, seronok dan mudah faham.

08/05/2026

Hari-hari penuh eksplorasi & perkembangan si kecil di Taska Anak Cahaya Bestari. Seronokkan bila tengok anak kecil belajar sambil bermain ๐Ÿ˜

05/05/2026

Fine motor skills๐Ÿค
Selamatkan Haiwan

Tema: Haiwan ๐Ÿ†๐ŸŽ๐Ÿฆ’๐Ÿฆ“
Perkembangan: Fizikal

23/01/2026

โœจ Aktiviti Penyediaan Makanan | KP2026 โœจ

Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan Kurikulum Prasekolah 2026 (KP2026)

Melalui aktiviti ini, anak-anak didedahkan dengan kemahiran kehidupan sebenar seperti:
๐Ÿฝ๏ธ menyediakan makanan
๐Ÿค menghidang makanan kepada rakan
๐Ÿงผ mengamalkan kebersihan diri (cuci tangan)
๐Ÿฝ๏ธ mencuci pinggan
๐Ÿงน mengemas meja selepas makan

Aktiviti ini bukan sekadar menyeronokkan, malah membantu membentuk kemahiran kendiri, sikap bertanggungjawab, adab serta nilai murni dalam diri anak-anak sejak usia awal.

Segala aktiviti dijalankan dengan pemantauan guru dan menitikberatkan aspek keselamatan serta kebersihan.

Alhamdulillah, anak-anak sangat teruja dan seronok belajar sambil buat. Lepas ni ramai la pembantu ibu ibu di rumah ๐Ÿ˜‰ โค๏ธ





19/01/2026

Perhimpunan Pagi Isnin โœจ

13/01/2026

Hari pertama persekolahan 2026. ALHAMDULILLAH ๐ŸŒท

Terima kasih atas kepercayaan dan kerjasama semua. InsyaAllah, kita sama-sama bantu anak-anak menyesuaikan diri dari hari ke hari ๐Ÿค

Photos from Cahaya Bestari's post 26/12/2025

โœจ Majlis Apresiasi Pelajar 6 Tahun Sesi 2025 โœจ

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Apresiasi Pelajar 6 Tahun bagi Sesi 2025.
Majlis ini diadakan bagi menghargai usaha, pencapaian dan perkembangan anak-anak sepanjang tempoh mereka bersama kami.

Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Prasekolah Swasta Hulu Selangor,
Encik Helman, dan kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian beliau meluangkan masa serta menyempurnakan majlis ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada para ibu bapa atas sokongan dan kepercayaan yang berterusan, serta barisan guru yang komited dalam mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang.

Semoga anak-anak ini terus melangkah ke alam seterusnya dengan yakin, berani dan berakhlak mulia. ๐ŸŒฑโœจ





Want your school to be the top-listed School/college in Rawang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Bukit Sentosa
Rawang
48300