17/05/2026
β¨ SOROTAN PERISTIWA: MESYUARAT AGUNG JPS & PROGRAM HALA TUJU UPKK & PSRA 2026β¨
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-7 bersama Program Hala Tuju UPKK dan PSRA pada hari Sabtu, 16 Mei 2026.
Majlis ini merupakan medan terbaik untuk menyatukan saf antara pihak sekolah dan ibu bapa demi kecemerlangan akademik serta sahsiah anak-anak kita. Taklimat Hala Tuju UPKK dan PSRA yang disampaikan diharapkan dapat memberi gambaran jelas serta suntikan semangat buat para pelajar dan penjaga dalam menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.
Akhir kata, muafakat membawa berkat! π€
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada:
Barisan pentadbir dan guru-guru yang bertungkus-lumus membuat persiapan. Barisan AJK Pengurusan Sekolah atas komitmen yang tidak berbelah bahagi.Ibu bapa dan penjaga yang hadir memberikan sokongan padu.
Semoga usaha murni ini diberkati Allah SWT dan menjadi pemangkin kepada kejayaan luar biasa anak-anak kita tahun ini. Insya-Allah.
10/05/2026
15/04/2026