Kempen 5 Minit Kesedaran Keselamatan Sekolah
Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Senai Utama
SK Senai Utama, Jln Senai Utama, Tmn Senai Utama, 81400 Senai Johor.
07/05/2026
Ingatan bersama untuk seluruh warga SeSTa termasuk ibu bapa penjaga.Sama2 kita berganding bahu bagi kesejahteraan anak-anak SeSTa.
24/04/2026
13 April 2026
Alhamdulillah, bangga betul warga SeSTa! 😍
Tahniah kepada Aisy Azeezuddin Ameen atas pencapaian Tempat Ke-5 dalam Pertandingan Dendangan Syair Sekolah Rendah Daerah Kulai! 🏅
Terima kasih juga kepada ibu bapa yang sentiasa menyokong dan memberi semangat—kejayaan anak-anak adalah kejayaan kita bersama 💙
Teruskan usaha dan semoga lebih banyak kejayaan selepas ini! 💪✨
24/04/2026
ESOK, Thoriq Al-Ansar akan berjuang untuk perjuangan seterusnya !
• • • •• • • •• • • •• • • •• • • •• • • •• • • •
Alhamdulillah kumpulan nasyid sekolah SK Senai UTAMA berjaya melepasi saringan 5 sekolah terbaik untuk peringkat seterusnya di SK Bandar Putra Sabtu ini. Mohon doa dari semua warga SeSTa semoga urusan team nasyid Thoriq Al Ansar dipermudahkan sampai akhirnya 🩷🥰
24/04/2026
Throwback 12 Mac 2026
• • • • • • • • • • • •
Alhamdulillah pasukan nasyid sekolah Thoriq Al Ansar telah mendapat Naib Johan dalam pertandingan nasyid Program Rakan Masjid X Rakan Muda Anjuran Masjid Taman Sri Pulai Perdana. Terima kasih kasih kepada barisan pentadbir atas sokongan dan peluang yang diberikan. Terima kasih juga untuk rakan guru dan ibu bapa yang turut memberi sokongan dan kata-kata semangat. Semoga kejayaan ini dapat memberikan suntikan semangat untuk terus maju lagi pada masa akan datang 🥰
• • • • • • • • • • • •
Dan Thoriq Al Ansar terus berusaha melakar kecemerlangan 🌸
23/04/2026
Tahniah dan syabas buat murid SeSTa
1. Adam Naufal (6 Al-Khawarizmi) telah mendapat tempat ke-4 di Pembangunan Kejohanan Memanah MSSD Kulai 2026.
2. Amin Firdaus (5 Al-Ghazali) mendapat sijil penyertaan .
Terima kasih atas sokongan dan toleransi rakan-rakan, guru-guru dan rakan-rakan sepanjang latihan mereka .
23/04/2026
Tahniah dan syabas anakanda SeSTa , Amirulfaiz untuk pencapaian yang sangat cemerlang 😍
Ke 4 - Individu Kategori L12 Cabaran 4km
Ke 3 - Keseluruhan L12 ( Kumpulan )
Kulai - Johan Keseluruhan Kejohanan Merentas Desa Pend Khas MSSJ Tahun 2026
11/01/2026
Salam semua,
Disiplin bermula dengan sikap bertanggungjawab. Disiplin diri kunci kejayaan murid.
Jom kembali ke sekolah dengan penuh semangat dan berdisiplin . Jumpa esok semua anak-anak SeSTa 🫶🏻
Pesanan ini dibawa khas daripada Unit Disiplin SeSTa
11/01/2026
Selamat kembali ke sekolah buat semua warga SeSTa 🫶🏻 Jumpa esok 🌸
05/01/2026
KKGK SeSTa 2026 mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada dua orang guru baharu;
CIKGU DILLA MARLLYNDA BINTI KOMARUDIN yang berpindah dari SK Subang, Selangor
dan
USTAZAH NAZATUL AMIRAH BINTI A RAZAK yang berpindah dari SK Taman Pelangi Indah, Johor.
✨✨✨
Selamat datang ke SeSTa 🌸
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Jalan Senai Utama, Taman Senai Utama
Senai
81400