Tadika Tunas Genius

Tadika Tunas Genius

Share

Kepakaran kami adalah membantu melengkapkan anak-anak dengan pakej 5M iaitu membaca, mengira, menuli

Photos from Tadika Tunas Genius's post 02/12/2021

Selfie time dengan Teacher Shasya & Teacher Iza.📸. Ingat lagi apa yang teacher pesan kalau pergi sekolah baru? Pertama- Jaga adab dengan semua cikgu. Ke 2- jangan lupa kan teacher😔. Doakan teacher sihat² selalu. Kalau jumpa teacher kat luar tegur² tau jangan malu². Teacher Shasya, Teacher Iza dan semua teacher Tunas Genius sayang kamu semua😘

Photos from Tadika Tunas Genius's post 30/11/2021

Jamuan hari akhir Tadika Tunas Genius.
Alhamdulillah, terima kasih ibu ayah yang bersusah payah membawa makanan untuk anak². Macam² juadah ada. Seronok anak² dapat berkongsi makanan dengan kawan. Mereka bangga tau dapat bawa makanan. Tunjuk kat semua kawan apa yang di bawa🤭. Begitulah fitrah anak². Lepas ni tiada suara anak² di tadika. InshaAllah kita berjumpa lagi. Teacher sayang kamu semua😘

29/11/2021

Teacher semak bacaan anak² Tunas Genius buat kali terakhir😭. Alhamdulillah anak² semua telah menguasai kemahiran asas membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M). Ingat pesan teacher, dimana pun kamu belajar kena jaga adab dengan semua cikgu². Barulah ilmu yang kita belajar itu berkat, InshaAllah☺️. Teacher doakan anak² Tunas Genius cemerlang di masa akan datang.💜


28/11/2021


27/11/2021

Huda, playschool class.
Seorang yang periang. Sebelum ni malu² nak keluar suara. Bila dah pandai bercakap ni suara dia aje🤣. Alhamdulillah boleh dah keluar butir² perkataan dengan jelas. Selain itu, Huda pandai dah bergaul dengan kawan², berkongsi mainan dengan kawan². Tahniah Huda👏👏👏. Good progress. Semoga Huda terus cemerlang seiring dengan kawan² 💜

26/11/2021

TANPA AIR, IKAN MATI
TANPA ZIKIR, HATI MATI

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Jom selawat,
Salam Jumaat. 💚

Photos from Tadika Tunas Genius's post 25/11/2021

Teacher sediakan bahan mereka cipta sendiri ikut kreativiti masing². Ini lah hasilnya. Ada yang buat kipas,alien dan orang. Tahniah anak²👏👏👏

24/11/2021

Kawan², jom baca doa tidur sama² . Bismikallohumma ahya wa amuutu🤲

Selamat malam😴


23/11/2021

😄 Anak kecil s**a bertanya?

👉🏻 anak sangat harapkan jawapan daripada orang dewasa terdekat dengan mereka.

🦖 Pada mereka, apa saja yang disebut oleh kita, semuanya betul.

🦖 Soalan paling penting dalam fikiran anak ialah:

“Siapakah diri saya?”
“Saya manusia yang bagaimana?”

🦖 Bila kita melabel anak dengan panggilan:

- pemalas
- tak cukup bagus
- lembab
- menyusahkan

Inilah yang akan mereka percaya sehingga alam dewasa. Hati-hati dengan apa yang kita sebut.

CnpNotaRedzaZainol


22/11/2021

Tahniah Murfaruk 👏👏👏
✅Bacalah Anakku
✅Read Easy
✅Bacalah Jawi

Alhamdulillah, persediaan untuk ke tahun satu selesai. Semoga Murfaruk lebih cemerlang pada masa akan datang🥰


20/11/2021

Muhammad Qaid Mikhail. Nama manjanya Mika. Orangnya juga manja. Cita² Mika bila besar nanti nak jadi arkitek. Mika pandai melukis. Cantik lukisannya. Selain itu, Mika s**a bercerita. Ada je cerita nak dikongsi dengan teacher. Kadang cerita Mika buat teacher geli hati🤣 Tikus kejar kucing la, buatkan susu adik dan macam² lagi. Progres pembelajaran Mika semakin baik. Mika dah sampai buku 6 Bacalah Anakku. Good job Mika👏👏👏. Teruskan usaha Mika. Teacher doakan semoga Mika terus cemerlang dalam pelajaran☺️

Want your school to be the top-listed School/college in Senai?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Senai
81400

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:00
Tuesday 07:30 - 18:00
Wednesday 07:30 - 18:00
Thursday 07:30 - 18:00
Sunday 07:30 - 18:00