Amazing Seed Kota Warisan

Amazing Seed Kota Warisan

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Amazing Seed Kota Warisan, School, Persiaran Bandar Sunsuria, Sepang.

26/05/2026

*SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1447H* 🌙

Di kesempatan Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini, seluruh warga Amazing Seed Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua guru-guru, ibu bapa, anak-anak, staf serta seluruh keluarga besar Amazing Seed Malaysia walau di mana jua anda berada.

Aidiladha bukan sekadar sambutan perayaan, tetapi ia membawa pengertian besar tentang pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT. Kisah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS mengajar kita bahawa setiap pengorbanan yang dilakukan kerana Allah pasti mempunyai hikmah dan ganjaran yang besar.

Dalam kehidupan seharian, pengorbanan hadir dalam pelbagai bentuk. Pengorbanan ibu bapa membesarkan anak-anak, kesungguhan guru mendidik tanpa jemu, serta usaha semua warga kerja yang sentiasa memberikan komitmen demi memastikan amanah pendidikan dapat dilaksanakan dengan baik. Semua ini adalah pengorbanan yang sangat bernilai.

Allah SWT juga mengingatkan kita dalam Surah Al-Kauthar ayat 2:

“Fa salli li rabbika wanhar”
“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.”

Ayat ini mengajar kita bahawa setiap nikmat yang Allah berikan seharusnya disyukuri dengan ketaatan, ibadah dan pengorbanan. Aidiladha mendidik hati kita untuk terus memberi, berkongsi rezeki dan membantu mereka yang memerlukan.

Buat semua warga Amazing Seed Malaysia yang akan pulang ke kampung halaman, kami mendoakan agar perjalanan anda dipermudahkan dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT. Gunakanlah kesempatan ini untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta, mengeratkan silaturrahim serta memohon dan memberi kemaafan sesama insan.

Terima kasih juga kepada semua guru dan ibu bapa yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada perkembangan dan pendidikan anak-anak Amazing Seed Malaysia. Semoga segala usaha dan pengorbanan ini menjadi amal kebaikan yang diberkati.

Akhir kata, semoga Hari Raya Aidiladha kali ini membawa kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan buat kita semua.

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Maaf zahir dan batin.

Ikhlas daripada
Lembaga Pengurusan Amazing Seed Malaysia.



25/05/2026

Jom Puasa Arafah Esok 🤍

Jom ibu ayah rebut peluang setahun sekali, jangan lepaskan ganjaran yang besar. Semoga Allah menerima amal kita dan mengampunkan dosa-dosa kita. Aamiin 🤲



17/05/2026

Pesan Imam Malik,
"Pelajarilah adab sebelum engkau mempelajari sesuatu ilmu."

Ini menegaskan bahawa nilai dan keberkatan ilmu bergantung kepada pembentukan akhlak yang mulia terlebih dahulu.

Kerana adab mengajar anak menghormati, menghargai dan menjaga akhlak ketika menuntut ilmu.
Apabila hati dipenuhi dengan adab, ilmu bukan sekadar memenuhi minda, tetapi turut membentuk peribadi dan hikmah dalam kehidupan. 🌷



17/05/2026

Hari Guru mengingatkan kita bahawa mendidik anak bukan hanya tentang ilmu, tetapi juga tentang adab. Ibu ayah dan guru mempunyai peranan yang sama dengan menanam nilai hormat, kasih sayang dan akhlak mulia dalam diri anak-anak sejak dari awal usia.

“Pelajarilah adab sebelum mempelajari sesuatu ilmu.” – Imam Malik

Kerana anak yang dipasakkan dengan adab akan membawa ilmunya dengan penuh hikmah 🌷

Photos from Amazing Seed Kota Warisan's post 13/05/2026

Hadis Riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim (hubungan kekeluargaan)”

Kadang kadang kita rasa kecil hati, bergaduh, atau berjauh hati dengan ahli keluarga. Tapi Islam mengajar kita supaya sentiasa berusaha menyambung kasih sayang, bertegur sapa, saling memaafkan dan mengambil berat antara satu sama lain.

Hadis ini juga mengingatkan bahawa hubungan dengan manusia sangat berkait dengan hubungan kita dengan Allah. Bila kita menjaga hati dan hubungan keluarga, sebenarnya kita sedang mengejar redha Allah.

Allah s**a bila kita sayang keluarga, berkawan baik dengan adik beradik dan tidak bergaduh lama lama. Bila kita saling sayang dan memaafkan, rumah jadi lebih bahagia.



30/04/2026

Melalui langkah kecil dalam duck walk ( berjalan seperi itik) sambil memegang dan berkongsi bola dengan rakan, khalifah dapat belajar tentang sabar, keseimbangan dan erti memberi.

Aktiviti ini juga boleh membantu menguatkan otot kaki, meningkatkan koordinasi badan serta melatih fokus dalam setiap pergerakan khalifah.

Dalam masa yang sama, khalifah diajar untuk bersyukur atas nikmat kaki yang Allah kurniakan, yang membolehkan mereka bergerak, bermain dan belajar dengan gembira. Semoga setiap perbuatan baik yang dipupuk sejak kecil ini menjadi amalan yang dicintai Allah 🌿🤍



26/04/2026

KOMUNIKASI 2 HALA 😍

Sebenarnya demo air sirap ini dilakukan untuk menceritakan bagaimana cantiknya usus perut orang yang berpuasa, target masa 10 min shj..

Tapi inilah cara Tec melayan pertanyaan Khalifah dari 10min bertukar menjadi ke 20 min 😂

Tec raikan nakk.. asalkan vocab anak - anak Tec bertambah, ttp sbg seorang guru dan ibu ayah setiap persoalan yg dtg dari anak sampaikan lah jawapan buat mereka dgn penuh HIKMAH.

An-Nahl ayat 125:
“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik…”



24/04/2026

POV : Techer bagi masa 10min untuk main.

Selesai 10min Khalifah dtg bawa lukisan bersama ayat yg dibina 🌷

An Nahl : 125
✅ Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik,
✅ dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik;
✅ sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya,
✅ dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.



Want your school to be the top-listed School/college in Sepang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Persiaran Bandar Sunsuria
Sepang
43900