SMK Bandar Baru Salak Tinggi

SMK Bandar Baru Salak Tinggi

Share

Page FB rasmi SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI

29/05/2026

Selamat Datang kepada Kohort 2027, Hari Pendaftaran pelajar Tingkatan 6 ialah pada 8 Jun 2026, Isnin bermula jam 09.00 pagi di Dewan Terbuka SMK Bandar Baru Salak Tinggi.

Photos from SMK Bandar Baru Salak Tinggi's post 21/05/2026

ANUGERAH KUALITI & INSPIRASI PENDIDIKAN DAERAH SEPANG

Alhamdulilah. Tahniah buat SMK BBST. Semoga terus melakar kecemerlangan di masa akan datang.

Terima kasih buat seluruh warga SMK BBST - guru-guru yang dedikasi, anak-anak BBST yang Cemerlang dan Komuniti yang menyokong usaha sekolah.

Senarai Anugerah :

🌹Anugerah Khas Pendidikan (Kepimpinan Menengah)
Pengetua Cemerlang : Rosmahwati Binti Sanusi

Anugerah kepada SMK Bandar Baru Salak Tinggi

1. Anugerah Pencapaian Nyala Emas
2. Anugerah Pencapaian Sekolah Inspirasi
3. Anugerah Pengurusan Data EMIS Terbaik (Sekolah Menengah)
4. Anugerah Peningkatan Terbaik Peratus Layak Mendapat Sijil (LMS) SPM 2025
5. Sijil Pencapaian Peningkatan Gred Purata 19 Mata Pelajaran SPM 2025
6. Anugerah Khas Gred Purata Mata Pelajaran Terbaik Daerah SPM 2025 (Hiasan Dalaman)
7. Anugerah Pengurusan Asrama Sekolah Harian Terbaik
8. Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum (Sekolah Menengah)
9. Anugerah Pasukan Kokurikulum Cemerlang (Sekolah Menengah)
10. Anugerah Keseluruhan Terbaik Pertandingan Program Adab dan Nilai (Sekolah Menengah)
11. Anugerah Pengurusan SPBT PPKI Terbaik (Sekolah Menengah)
12. Anugerah Pengurusan PPKI Terbaik Sukan dan Kokurikulum (Sekolah Menengah)

Anugerah kepada GURU SMK Bandar Baru Salak Tinggi

1. Anugerah Guru Hebat Bahasa
- Faizah Noor Binti Ishak
2. Anugerah Guru Inovatif Kumpulan (Sekolah Menengah)
– Marziean Binti Mohd Shapian & Noor Ashikin Binti Ani
3. Anugerah Khas Penulisan Kajian Tindakan Terbaik (Kumpulan)
- Noor Ashikin Binti Ani & Marziean Binti Mohd Shapian
4. Anugerah Guru Data SKPM Terbaik (Sekolah Menengah)
– Noor Ashikin Binti Ani
5. Anugerah Warden Asrama Sekolah Harian Terbaik
– Ahmad Izzat Afifi Bin Razli
6. Anugerah Pegawai Berjasa Kokurikulum Perempuan Sekolah Menengah (Pengurusan)
– Chuah Gaik Suan
7. Anugerah Guru Pendidikan Khas Kokurikulum Pendidikan Khas (Sekolah Menengah)
– Nurul Shazaliza Binti Yahya
8. Anugerah Bitara Insan Cendekia (Kumpulan)
– Hafizah Binti Zulkiply
9 Anugerah Inovasi Bidang Bahasa Sek Men
- Faizah Noor Binti Ishak

Photos from SMK Bandar Baru Salak Tinggi's post 18/05/2026

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Murid SMK. Bandar Baru Salak Tinggi telah dilaksanakan pada 18 Mei 2026. Badan Kepimpinan yang terlibat adalah Student Voice Group ( SVG), PRS, SPBT, Koperator, Syabab As Syifa, Pusat Sumber Sekolah serta Ketua-Ketua dan Penolong Kelas. Tahniah diucapkan kepada semua pemimpin murid yang terlibat. Semoga dapat melaksanakan tugas diamanahkan dengan penuh dedikasi.

Photos from SMK Bandar Baru Salak Tinggi's post 15/05/2026

🌹 Selamat Hari Guru 🌹

Dalam tenang bicaramu,
ada ilmu yang menghidupkan harapan.
Dalam sabarmu mendidik,
ada kasih yang membentuk masa depan.

Guru…
hadirmu bukan sekadar mengajar,
tetapi menyuluh jalan kehidupan
buat insan yang dahagakan pengetahuan.

Terima kasih atas setiap pengorbanan,
setiap nasihat,
dan setiap doa yang tidak pernah putus.

Semoga segala jasa menjadi amal yang terus mengalir,
dan setiap langkahmu sentiasa diberkati Ilahi.

Selamat Hari Guru buat semua pendidik.
Jasamu harum mekar dalam ingatan. 🌷✨


14/05/2026
Photos from SMK Bandar Baru Salak Tinggi's post 10/05/2026

Kem Inspirasi Generasi Madani Remaja Sekolah Amanah Negeri Selangor, 2026.

Penyertaan 5 buah Sekolah Amanah Negeri Selangor:
1. SMK Bandar Baru Salak Tinggi (Pengelola)
2. SMK Cyberjaya
3. SMK Pulau Indah
4. SMK Kampung Jawa
5. SMK Bandar Sunway

Be Best... The Best!!!

Photos from SMK Bandar Baru Salak Tinggi's post 07/05/2026
Photos from SMK Bandar Baru Salak Tinggi's post 01/05/2026

🎉 TAHNIAH BUAT CIKGU… TERIMA KASIH 🎉

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua guru
yang telah menunjukkan peningkatan prestasi subjek mereka dalam SPM 2025.

Kejayaan ini mencerminkan:
✨ Komitmen dan dedikasi yang tinggi
✨ Inovasi dalam PdP
✨ Kesungguhan membimbing setiap murid mencapai potensi terbaik

Sesungguhnya, peningkatan ini bukan sahaja membanggakan sekolah,
malah menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidik.

Teruskan melakar kecemerlangan!
“Guru Berkualiti, Pemacu Kejayaan”

Photos from SMK Bandar Baru Salak Tinggi's post 30/04/2026

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2026 telah berlangsung dengan lancar dan teratur pada hari ini. Majlis tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg. Dato’ Hj. Mohd Zamri bin Hj. Abdul Aziz, Timbalan Ketua Nazir Sekolah Kanan Kluster Perancangan Penaziran Jemaah Nazir, Kementerian Pendidikan.

Want your school to be the top-listed School/college in Sepang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


TAMAN DAHLIA , BANDAR BARU SALAK TINGGI
Sepang
43900

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30