12/06/2026
🩸 SETITIS DARAH, SEJUTA HARAPAN🩸
Ayuh sertai Kempen Derma Darah Perdana UiTM 2026 sempena Hari Penderma Darah Sedunia dan jadilah antara insan yang menyumbang kepada kelangsungan hidup mereka yang memerlukan.
📅 16 Jun 2026 (Selasa)
⏰ 10.00 pagi – 4.00 petang
📍 Lokasi
• Kampus Puncak Alam – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
• Kampus Puncak Perdana – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
• Kampus Dengkil – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
• Kampus Sungai Buloh – Lobi Fakulti Perubatan
✨ Menarik Menanti Anda
🔹 Saringan kesihatan
🔹 Pameran kesihatan
🔹 Bicara kesihatan
🔹 Sijil penghargaan kepada penderma
🔹 E-merit untuk pelajar UiTM
🔹 Jam latihan untuk staf
🩸 Setiap beg darah yang didermakan mampu memberi harapan baharu kepada pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan, pembedahan dan terapi berterusan.
📢 Terbuka kepada seluruh warga UiTM dan orang awam yang memenuhi syarat pendermaan darah.
💡 Tips Sebelum Menderma Darah
✅ Pastikan tubuh badan sihat dan bebas daripada demam atau penyakit berjangkit.
✅ Dapatkan tidur yang mencukupi (minimum 5 jam).
✅ Minum air secukupnya bagi memastikan badan kekal terhidrat.
✅ Ambil makanan yang berkhasiat sebelum hadir menderma darah.
▶️ FOLDER KIT DERMA DARAH BARU
https://drive.google.com/drive/folders/1xua91xC_ado6mmIATXxKfd4dOIPE_Wgz?usp=drive_link
▶️ BORANG KEBENARAN IBU BAPA (17TAHUN)-BM
(Perlu mencetak borang dan membawa borang yang telah diisi serta ditandatangani semasa hadir menderma.)
https://drive.google.com/file/d/1E9mJduDMsn9gTwIvltSsFL9ElVix_oXr/view?usp=drive_link
📞 Pertanyaan
Encik Hasif : 011-2903 4765
Dr. Masyitah : 017-359 7745
Anjuran:
Unit Kesihatan, Unit Korporat dan PTAR
09/06/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada
Dr. Ikhwan Naim bin Md Nawi
Pensyarah Kanan
Unit Fizik
atas penglibatan sebagai Pengerusi dan Panel Penilai Luar bagi Penilaian Akreditasi Semula Program Asasi Pengajian Islam dan Sains, Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya (UM)
yang telah berlangsung pada 19 hingga 20 Mei 2026 bertempat di Universiti Malaya.
Semoga perkongsian ilmu, pengalaman dan kepakaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada semua peserta serta terus mengharumkan nama institusi.
Daripada:
Pengarah dan seluruh warga
Pusat Asasi
09/06/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada
Dr. Ikhwan Naim bin Md Nawi
Pensyarah Kanan
Unit Fizik
atas penglibatan sebagai Pengerusi dan Panel Penilai Luar bagi Penilaian Akreditasi Sementara Program Pra Universiti Sains Fizikal, Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya (UM)
yang telah berlangsung pada 21 Mei 2026 bertempat di Universiti Malaya.
Semoga perkongsian ilmu, pengalaman dan kepakaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada semua peserta serta terus mengharumkan nama institusi.
Daripada:
Pengarah dan seluruh warga
Pusat Asasi
09/06/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sekalung tahniah diucapkan kepada
Tc. Mohd Faizal bin Deraus
Juruteknik Komputer, Unit Infrostruktur
atas kejayaan memperolehi
Juruteknik Bertauliah (Tc)
daripada
Lembaga Teknologis Malaysia
Semoga terus cemerlang dan menyumbang kepada kecemerlangan
Pusat Asasi, UiTM.
Daripada:
Pengarah dan seluruh warga Pusat Asasi
09/06/2026
TAHNIAH & SYABAS
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Warga Pusat Asasi UiTM dengan penuh rasa sukacita merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:
Dr. Mohd Safri bin Mohammed Na’aim
atas pelantikan sebagai Ketua Pusat Pengajian (Asasi Undang-undang) Pusat Asasi, UiTM
Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, hikmah dan kecemerlangan demi kelangsungan kecemerlangan akademik serta pembangunan Pusat Asasi UiTM.
Tahniah dan selamat menjalankan tugas!
Daripada:
Pengarah & Seluruh Warga
Pusat Asasi UiTM
09/06/2026
TERIMA KASIH & SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Warga Pusat Asasi UiTM merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada:
Puan Jusniza binti Abdul Jamal
atas segala jasa, sumbangan dan khidmat bakti sepanjang menjalankan amanah sebagai Ketua Pusat Pengajian (Asasi Undang-undang) Pusat Asasi, UiTM.
Komitmen, dedikasi serta kepimpinan yang ditunjukkan amat dihargai dan telah menyumbang secara signifikan kepada pengukuhan akademik serta kecemerlangan pengurusan Asasi Undang-undang di Pusat Asasi UiTM.
Semoga segala usaha dan bakti yang dicurahkan menjadi amal kebaikan serta terus diberkati.
Daripada:
Pengarah & Seluruh Warga
Pusat Asasi UiTM
09/06/2026
UCAPAN TAHNIAH ATAS KENAIKAN PANGKAT
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
YBrs. Prof/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan,
Pihak pengurusan Pusat Asasi UiTM merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada:
Puan Zulaiha Binti Zainal
Unit Kesihatan
atas kenaikan pangkat ke jawatan Jururawat (U6).
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus memberikan perkhidmatan kesihatan yang cemerlang, prihatin dan berkualiti kepada seluruh warga Pusat Asasi UiTM.
Daripada:
Pengarah dan Seluruh Warga
Pusat Asasi UiTM
09/06/2026
UCAPAN TAHNIAH ATAS KENAIKAN PANGKAT
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
YBrs. Prof/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan,
Pihak pengurusan Pusat Asasi UiTM merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada:
Encik Mohd Zaidan Bin Zainal Abidin
Unit Digital
atas kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan (FA6).
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang dalam memperkukuh perkhidmatan teknologi digital dan penyampaian sistem yang berkualiti di Pusat Asasi UiTM.
Daripada:
Pengarah dan Seluruh Warga
Pusat Asasi UiTM
09/06/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada:
Dr. Tengku Maaidah Tengku A Razak
Pensyarah Kanan
Unit Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
atas penglibatan sebagai Pensyarah Jemputan Program Pascasiswazah, Universitas Muhammadiyah Purworejo
Tarikh: 4 April 2026
Anjuran: Universitas Muhammadiyah Purworejo, Indonesia
Semoga perkongsian ilmu dan kepakaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada para peserta serta terus mengharumkan nama institusi.
Daripada:
Pengarah dan Seluruh Warga
Pusat Asasi UiTM
09/06/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada:
Dr. Tengku Maaidah Tengku A Razak
Pensyarah Kanan
Unit Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
atas penglibatan sebagai Penyelidik Bersama di bawah Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia bagi projek bertajuk:
Kajian Tinjauan Penglibatan dan Kesan Terhadap Belia Malaysia dalam Isu Sosial
Tempoh lantikan: Ogos 2025 sehingga Mac 2026
Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam bidang penyelidikan serta menyumbang kepada pembangunan ilmu dan masyarakat.
Daripada:
Pengarah dan Seluruh Warga
Pusat Asasi UiTM