07/06/2026
Assalamualaikum dan selamat sejahtera ibu bapa/penjaga dan anak-anak murid sekalian. ๐
Sekadar peringatan mesra, sesi persekolahan akan dibuka semula pada hari esok, Isnin (8 Jun 2026).
Mohon bantu anak-anak untuk buat semakan terakhir malam ini:
Baju sekolah yang lengkap dan kemas ๐
Rambut murid lelaki dipastikan pendek dan rapi ๐โโ๏ธ
Buku-buku dan tugasan sekolah siap dimasukkan ke dalam beg ๐
Semoga perjalanan anak-anak ke sekolah esok dipermudahkan dan mereka pulang membawa semangat baharu untuk belajar.
Terima kasih atas kerjasama semua! ๐ค
05/06/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
PEMAKAIAN SEMUA MURID SeHaLa BERMULA 8 JUN 2026
Pihak sekolah telah memantau keadaan persekiran dan suhu sepanjang Mei, dan ia berada pada tahap lebih baik. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memutuskan semua murid perlu kembali kepada arahan Pakaian Rasmi Sekolah seperti yang telah berkuat kuasa sebelum cuaca panas tempoh hari.
Mohon semua mematuhi arahan ini supaya murid dapat sentiasa berpakaian kemas dan mengikut peraturan sekolah.
Sebarang keperluan tambahan atau perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
Sekian, terima kasih
Guru Besar
SK Kg Baharu Lanjut
26/05/2026
๐โจ SALAM AIDILADHA 1447H โจ๐
Warga SK Kg Baharu Lanjut mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidiladha
kepada seluruh murid, ibu bapa, guru dan warga komuniti.
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, keikhlasan serta mengeratkan ukhuwah sesama insan.
Hayatilah erti pengorbanan dan semangat berkongsi demi memperoleh keredaan Allah SWT. ๐ค๐
๐ โSesungguhnya Kami telah memberimu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.โ
โ Surah Al-Kauthar: 1-2
Ikhlas daripada
Warga SK Kg Baharu Lanjut ๐
22/05/2026
๐ข MAKLUMAN: CUTI PERTENGAHAN TAHUN SEKOLAH
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ibu bapa dan penjaga murid SK Kg. Baharu Lanjut.
Sukacita dimaklumkan bahawa sesi Cuti Pertengahan Tahun akan bermula pada:
๐๏ธ 23 Mei 2026 (Sabtu) hingga 7 Jun 2026 (Ahad).
Sesi persekolahan akan dibuka semula pada:
๐๏ธ Isnin, 8 Jun 2026.
Selamat bercuti diucapkan kepada semua murid. Semoga hari-hari cuti ini dipenuhi dengan kegembiraan, keselamatan yang terjaga, dan rehat yang mencukupi sebelum kembali bersemangat ke sekolah nanti! ๐๐ก
21/05/2026
TAHNIAH ๐
โSekalung tahniah diucapkan kepada warga sekolah atas pencapaian dalam Anugerah Kualiti & Inspirasi Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang 2025!๐
Syabas diucapkan kepada penerima anugerah individu:
โ๐จโ๐ซ Encik Herman Bin Mahamad Gapar
(โAnugerah Pencipta Kandungan Digital Sekolah Rendah)
โ๐จโ๐ซ Encik Ahmad Fuad Bin Abdul Salim
โAnugerah ( Pegawai Berjasa Kokurikulum Lelaki Sekolah Rendah)
โTidak dilupakan, sekolah kita turut membawa pulang tiga anugerah pengurusan utama:
โจ Anugerah Pengurusan Pendigitalan Pembelajaran Terbaik Sekolah Rendah
โจ Anugerah Pengurusan Pendidikan Islam Terbaik Sekolah Rendah
โจ Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Sekolah Rendah
โโKejayaan ini amat membanggakan dan membuktikan komitmen tinggi warga sekolah dalam memartabatkan kualiti pendidikan.
Semoga pengiktirafan ini membakar semangat kita semua untuk terus memacu kecemerlangan pada masa hadapan! ๐โค๏ธ
21/05/2026
๐ฃ TAHNIAH๐ฃ
โSyabas diucapkan kepada Team Produksi Filem SEHALA atas penyertaan kali pertama di dalam pertandingan Filem Pendek pada 30 April yang lalu yang turut bersaing dengan 21 sekolah lagi di sekitar negeri Selangor.
Tahniah kepada para peserta dan tidak lupa juga penghargaan buat barisan guru penasihat iaitu Cikgu Durra, Cikgu Azura, Cikgu Sarsifarila dan Cikgu Nik Noorun Saadah yang telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar.
Semoga dengan penyertaan ini akan menjadi pembakar semangat untuk terus berkarya dan menyemarakkan seni filem di masa hadapan.
21/05/2026
โจ SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS โจ
Kami warga SK Kampung Baharu Lanjut mengalu-alukan kehadiran Pn. Zurina Binti Mohd Yusof selaku Penolong Kanan Petang yang baharu.
Semoga dengan pelantikan dan kepimpinan baharu ini, SKKBL akan terus bersinar dan memacu kecemerlangan sahsiah serta akademik anak-anak murid.
Selamat berkhidmat Puan Zurina! Semoga dipermudahkan segala urusan dalam menerajui amanah ini. ๐น
21/05/2026
๐ฅณ๐ฅณTahniah dan syabas diucapkan kepada Nur Eryna binti Farid Asyhadi yang telah mengharumkan nama sekolah dengan meraih Anugerah Naib Johan Murid Cemerlang Kokurikulum Sekolah Rendah (Perempuan) sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Tahun 2025. ๐๐
Majlis yang berlangsung penuh gemilang di Le Quadri Kuala Lumpur ini menjadi bukti komitmen yang tinggi dan usaha tanpa jemu.
Semoga pencapaian hebat ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus aktif dan cemerlang, bukan sahaja dalam bidang akademik malah dalam bidang kokurikulum! ๐ช๐
16/05/2026
๐ฃ TAHNIAH๐ฃ
โSyabas diucapkan kepada Team Sehala Jumpers atas peningkatan prestasi yang luar biasa berbanding tahun lepas! Anda semua telah membuktikan keberanian yang tinggi dalam menyahut cabaran di peringkat Zon Tengah, bersaing sengit bersama kontinjen dari Selangor, Negeri Sembilan, Perak, WP Kuala Lumpur, dan Putrajaya.
โIni adalah satu pencapaian yang membanggakan. Teruskan momentum kecemerlangan ini! ๐๐ช