Hijrah Islamic Tahfiz School

Hijrah Islamic Tahfiz School

Share

HIJRAH ISLAMIC TAHFIZ SCHOOL (HITAS)

Photos from Perkampungan Al-Hijrah's post 22/05/2026

DARI BOMBA KE RIDER: USTAZ HITAS BERTUKAR KERJAYA?! ๐Ÿช–๐Ÿค”

โ€œSelamat Hari Guru Ustazzzzz...โ€ ujar anak-anak HITAS seronok menyambut Hari Guru.

Suasana di Hijrah Islamic Tahfiz School Hijrah Islamic Tahfiz School (HITAS) Lil Banin bertukar ceria semalam! Mana tidaknya, sambutan Hari Guru kali ini tampil dengan kelainan apabila para mursyid (guru) diraikan dengan tema pakaian kerjaya yang sangat unik.

Ada ustaz yang segak berpakaian tentera, abang bomba, jurutera ber-helmet putih, jurulatih sukan, hinggalah ke abang rider penghantar makanan! Tema ini bukan sekadar suka-suka, malah ia membawa mesej yang sangat mendalam buat anak-anak pelajar: Bahawa di sebalik setiap kerjaya hebat yang membina negara hari ini, pasti ada seorang GURU yang telah mencorakkan jalannya.

Tugas seorang guru bukan sekadar mengajar di dalam kelas, tetapi mendidik jiwa dan membimbing insan menuju kebaikan dunia dan akhirat. Sungguh besar kemuliaan mereka di sisi agama.

Sabda Rasulullah SAW:

ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ูˆูŽู…ูŽู„ูŽุงุฆููƒูŽุชูŽู‡ู ูˆูŽุฃูŽู‡ู’ู„ูŽ ุงู„ุณู‘ูŽู…ูŽูˆูŽุงุชู ูˆูŽุงู„ุฃูŽุฑูŽุถููŠู†ูŽ ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ุงู„ู†ู‘ูŽู…ู’ู„ูŽุฉูŽ ูููŠ ุฌูุญู’ุฑูู‡ูŽุง ูˆูŽุญูŽุชู‘ูŽู‰ ุงู„ุญููˆุชูŽ ู„ูŽูŠูุตูŽู„ู‘ููˆู†ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุนูŽู„ู‘ูู…ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุงู„ุฎูŽูŠู’ุฑูŽ

"Sesungguhnya Allah, para malaikat dan seluruh makhluk di langit dan bumi, bahkan semut di sarangnya dan ikan di lautan berselawat atas orang yang mengajar kebaikan kepada manusia."
(Hadis Riwayat al-Tirmizi, no. 2685)

Alhamdulillah, majlis ringkas tetapi penuh bermakna ini dimeriahkan dengan untaian doa, ucapan penghargaan daripada wakil murid, persembahan nasyid/sajak yang mengusik jiwa daripada para pelajar, dan sesi penyampaian hadiah sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga. Terima kasih Ustaz!

Sahabat semua mesti ada memori dengan guru masing-masing, kan?๐Ÿ˜ƒ

Jom imbau semula zaman persekolahan kita. Kongsikan sedikit memori di ruangan komen apa yang tidak boleh sahabat semua lupakan bersama guru memori yang paling menyentuh hati dan mendidik jiwa sehingga menjadi siapa sahabat semua pada hari ini. ๐Ÿ‘‡๐Ÿค—





Photos from Perkampungan Al-Hijrah's post 22/05/2026

"SERONOOOOK..๐Ÿ˜ƒ DAPAT MAIN SAMA KELINCI DAN UNTA"

Begitulah reaksi ceria para pelajar banat dari Madrasah Diniyyah Puteri, Padang Panjang, Indonesia yang sudi berkunjung dan menginap 5 hari 4 malam di Kampung Kita.

Kali ini, Perkampungan Al-Hijrah menerima tetamu istimewa dari negara jiran. Mereka tiba pada jam 11.30 malam Selasa yang lalu.

Sesampainya di sini, rombongan terus dijemput ke Kafe Kampung Kito untuk menjamu selera bagi menambah tenaga. Menu malam itu cukup menyelerakan; Nasi Putih berlaukkan Ayam Masak Kurma dan Sambal Ikan Bilis Gesek. Usai makan, agihan kunci homestay mengikut kump**an oleh ibu guru mereka supaya masing-masing dapat berehat dengan selesa.

Seawal jam 5 pagi, anak-anak sudah pun berada di Pusat Islam untuk sesi Qiamullail yang diimami oleh Ustaz Afnan. Paling mengujakan apabila mereka berkesempatan bertemu secara langsung dengan Pengasas dan Penaung Yayasan Al Hijrah, Ustazah Asmaโ€™ Binti Harun.

Ustazah menyambut mereka dengan senyuman dan ucapan terima kasih kerana sudi menjadikan Perkampungan Al-Hijrah sebagai destinasi pilihan di Malaysia. Lepas solat Subuh dan sarapan, barulah mereka bertolak untuk aktiviti lawatan di luar.

Menjelang senja, rombongan p**ang awal ke Kampung Kita untuk aktiviti riadah. Inilah saat yang paling ditunggu-tunggu! Mereka sempat bersiar-siar di Hijrah Village Farm & Petting Zoo.

Gelagat adik-adik ini memang menghiburkan. Ada yang cuba berbual dalam bahasa Arab dengan unta-unta di sini! Ada yang seronok bermain dengan arnab, kambing pygmy, burung-burung cantik di rumah burung, burung Emu, dan melihat meerkat.

Sebahagian lagi mengambil peluang mencuba paddle boat sambil menikmati suasana matahari terbenam.

Sebaik azan Maghrib berkumandang, semua berkumpul semula di Pusat Islam untuk solat berjemaah sebelum menutup hari dengan makan malam di kafe.

Terima kasih anak-anak Diniyyah Puteri! Kehadiran kalian benar-benar memeriahkan suasana di Perkampungan Al-Hijrah. Semoga ukhwah ini kekal berpanjangan. ๐Ÿค๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ








22/05/2026

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Tahniah buat Muhammad Emeer bin In Shahrizal atas kejayaan menamatkan hafazan Al-Quran.
Bermula pada 4 Jun 2024 dan khatam pada 22 Mei 2026 (1 tahun 11 bulan) dengan penuh kesabaran dan istiqamah.

Di bawah bimbingan Halaqah Imam Abu Jaafar, usaha yang berterusan akhirnya membuahkan hasil.

Moga Al-Quran sentiasa menjadi sahabat setia dalam hidupmu, menerangi jalan, dan memberi syafaat di akhirat kelak.
Teruskan menjaga hafazan, kerana yang lebih mencabar bukan menghafal, tetapi memelihara.

โ€œOrang yang bersama Al-Quran adalah orang yang dipilih Allah.โ€

Tahniah, dan semoga menjadi inspirasi buat kita semua.

โ€œJiwa Qurani, Jati Diri Sunnah Nabi, Untuk Ummah Berbakti.โ€

Photos from Perkampungan Al-Hijrah's post 23/04/2026

"DARI SUMATERA KE PERKAMPUNGAN AL-HIJRAH; MASYAALLAH, LUAR BIASA SEKALI PERKAMPUNGAN AL-HIJRAH, SEMUA ADA..๐Ÿฅฐ"

Itulah bait kata pertama yang meluncur laju dari bibir Ibu Fauziah Fauzan El-Muhammady, Pimpinan Perguruan Diniyyah Puteri Padang Panjang, Indonesia, sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Perkampungan Al-Hijrah.

Lawatan strategik pada Jumaat yang lalu bukan biasa-biasa. Ia adalah jambatan ukhuwah merentas negara, menyatukan visi pendidikan anak bangsa.

Ketibaan Ibu Fauziah bersama rombongan kecilnya disambut mesra oleh pimpinan dan juga team Kampung Kita. Agenda utama? Melihat sendiri kesediaan Kampung Kita untuk menerima rombongan besar 45 orang pelajar dan 4 guru dari Perguruan Diniyyah Puteri pada 11 Mei nanti.

Dan ternyata, Perkampungan Al-Hijrah berjaya mencuri hati tetamu istimewa kita ini!

Sambil melawat persekitaran Kampung Kita seperti Hijrah Village Farm & Petting Zoo dan melihat anak-anak HITAS mengaji, Ibu Fauziah meluahkan isi hati yang mendalam.

"Akhir zaman ini, macam-macam isu yang berlaku. Kasihan anak-anak kita dan generasi akan datang. Makanya kita perlu tarbiah dan didik mereka dari awal. Seperti di sekolah kita dan juga Hijrah Islamic Tahfiz School (HITAS) di Perkampungan Al-Hijrah.." luah beliau, nada suaranya lembut namun penuh ketegasan memikirkan masa depan ummah.

Beliau melihat Perkampungan Al-Hijrah bukan sekadar pusat pelancongan, tetapi sebuah ekosistem tarbiah lengkap di mana alam, pendidikan al-Quran, dan ukhuwah bersatu-padu membentuk peribadi Muslim yang unggul.

Terima kasih Ibu Fauziah Fauzan El-Muhammady dan team Perguruan Diniyyah Puteri atas kepercayaan yang diberi. Kami di Perkampungan Al-Hijrah sudah tidak sabar menunggu ketibaan rombongan pelajar kalian bulan depan!

Sama-sama kita doakan agar jambatan ilmu Padang Panjang - Lembah dan Perkampungan Al-Hijrah ini terus kukuh, diberkati, dan menjadi asbab kebaikan buat masa depan ummah.

Doa Ibu Fauziah buat Kampung Kita:
"Saya doakan Perkampungan Al-Hijrah semakin berkembang maju untuk masa depan ummah dan dilindungi dari segala bencana. Amin Ya Rabbal Alamin. ๐Ÿคฒ๐Ÿป"



Photos from Perkampungan Al-Hijrah's post 23/04/2026

SYAWAL NAK HABIS, USTAZAH... JOM KITA BERAYA KAT KAMPUNG KITA PULAK๐Ÿ˜

"Semua jemputan rumah terbuka kami dah pergi. Tapi kampung kita sendiri belum ada jamuan raya lagi kan?" Salah seorang warga pondok bertanya dengan penuh harapan.

"Acik nak sangat beraya dengan Ustazah Asma' Harun dan team semua. Kalian banyak berjasa kepada kami..."

Allahu... tersentuh hati bila dengar. Walaupun jadual masing-masing padat, tapi bila melibatkan 'keluarga' di Perkampungan Al-Hijrah, penat itu automatik hilang! ๐Ÿฅบโค๏ธ

Jumaat lepas, seawal jam 7.00 pagi, suasana di Pusat Islam dah mula 'hidup'. Bukan terus makan tau, tapi kami mulakan hari barakah ini dengan spiritual charging seperti alunan Surah Al-Kahfi diikuti dengan Kuliah Riadhus Salihin.

Tepat jam 9.00 pagi, Kafe Kampung Kito berubah wajah! Cantik sungguh hiasan sentuhan Team. Staf lelaki segak berbaju melayu lengkap bersampin, yang staf perempuan p**a manis menutup aurat dengan baju raya masing-masing. Memang vibe terbaik !
Apa yang buat majlis kali ni lebih bermakna?

Bukan saja sambutan Aidilfitri, tapi kami sekali gus raikan Hari Lahir Staf (Januari - April).

Dari ketupat rendang sampailah ke pencuci mulut yang menceriakan mata. Terima kasih Team Jamuan yang bertungkus-lumus!

Paling seronok bila tengok senyuman warga pondok dan para pelajar HITAS. Inilah 'gaji' paling mahal buat kami di Al Hijrah dengan melihat kegembiraan di wajah mereka.

Terima kasih Ustazah Asma' Harun dan barisan BOD atas peluang untuk kami berkumpul sebegini. Majlis mungkin tamat jam 11.30 pagi, tapi kenangan dan semangat "Keluarga Hijrah" ni akan kami bawa sampai bila-bila.

Korang dah habis pusing raya ke tu? Ke ada yang nak 'curi' sikit vibe raya kami kat sini? ๐Ÿ˜





ใ‚š

23/04/2026

Saringan Peringkat Separuh Akhir Banat 2026

20/04/2026

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah

Tahniah buat Muhammad Firas bin Noorazam (15 tahun) atas kejayaan menamatkan hafazan Al-Quran.
Bermula pada 4 Jun 2024 dan khatam pada 9 April 2026 (1 tahun 10 bulan) penuh kesabaran dan istiqamah.

Di bawah bimbingan Halaqah Imam Nafiโ€™ bersama Mursyid Aidil, usaha yang berterusan akhirnya membuahkan hasil.

Moga Al-Quran sentiasa menjadi sahabat setia dalam hidupmu, menerangi jalan, dan memberi syafaat di akhirat kelak.
Teruskan menjaga hafazan, kerana yang lebih mencabar bukan menghafal, tetapi memelihara.

โ€œOrang yang bersama Al-Quran adalah orang yang dipilih Allah.โ€

Tahniah, dan semoga menjadi inspirasi buat kita semua.

"Jiwa Qurani, Jati Diri Sunnah Nabi, Untuk Ummah Berbakti."

Photos from Hijrah Islamic Tahfiz School's post 26/02/2026

MEMPERKUKUH JARINGAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA: LAWATAN PENANDA ARAS & MOU BERSAMA PERGURUAN DINIYYAH PUTERI PADANG PANJANG

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, rombongan kami berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Minangkabau dalam sebuah perjalanan yang sarat dengan pengalaman, ukhuwah dan nilai ilmu.

Pada 7 Februari 2026, rombongan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau. Setibanya di sana, kami memulakan lawatan dengan singgah di Masjid Raya Syekh Ahmad Khatib Al-Minangkabawi untuk sesi bergambar kenangan. Perjalanan diteruskan dengan menikmati hidangan asli Minangkabau di Rumah Makan Lamun Ombak yang terkenal dengan keenakan nasi Padangnya.

Rombongan seterusnya dibawa menikmati panorama indah berlatarbelakangkan Gunung Marapi, antara gunung berapi paling aktif di Indonesia yang terletak berhampiran Bukittinggi. Pada sebelah malam, kami makan malam di salah sebuah rumah makan sekitar Bukittinggi sambil membeli cenderamata sebelum berehat untuk meneruskan perjalanan pada hari berikutnya.

Tanggal 8 Februari 2026 menjadi detik bersejarah apabila rombongan HITAS berkunjung ke Perguruan Diniyyah Puteri Padang Panjang, sebuah institusi pendidikan Islam khusus untuk pelajar perempuan yang diasaskan oleh Rahmah El-Yunusiyyah pada tahun 1923. Dalam kunjungan penuh bermakna ini, satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai, sekali gus membuka peluang lebih luas kepada pelajar Banat HITAS untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda ke Universiti Al-Azhar melalui laluan khas Program Muโ€˜adalah Diniyyah Puteri, insya-Allah.

Selepas makan tengah hari di Rumah Makan Pak Datuk, rombongan melalui Jalan Sitinjau dan singgah di Nagari Tuo Pariangan yang terletak di lereng Gunung Marapi, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat. Nagari ini pernah diiktiraf sebagai antara desa terindah di dunia oleh UNESCO. Dikenali sebagai nagari tertua serta pusat kebudayaan Minangkabau, Pariangan memukau dengan pemandangan sawah berteres, rumah gadang tradisional tanpa paku, udara yang nyaman serta tapak bersejarah seperti Masjid Tuo Pariangan.

Perjalanan diteruskan ke Padang untuk bermalam sebelum meneruskan agenda seterusnya.

Pada 9 Februari 2026, sebelum berangkat p**ang ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, rombongan sempat singgah di Silungkang Art Centre bagi membeli ole-ole sebagai kenangan perjalanan yang penuh makna ini.

Semoga lawatan ini menjadi langkah awal yang diberkati dalam memperluas jaringan ilmu, memperkukuh ukhuwah, serta membuka lebih banyak pintu peluang pendidikan buat generasi akan datang.

"Jiwa Qurani, Jati Diri Sunnah Nabi, Untuk Ummah Berbakti"

Photos from Ustazah Asma' Harun's post 20/02/2026
19/02/2026
19/02/2026

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1447H ๐ŸŒ™๐Ÿ•Œ

ู…ูŽู†ู’ ุตูŽุงู…ูŽ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ุฅููŠู…ูŽุงู†ู‹ุง ูˆูŽุงุญู’ุชูุณูŽุงุจู‹ุง ุบูููุฑูŽ ู„ูŽู‡ู ู…ูŽุง ุชูŽู‚ูŽุฏูŽู‘ู…ูŽ ู…ูู†ู’ ุฐูŽู†ู’ุจูู‡ู

โ€œBarangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap ganjaran daripada Allah, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.โ€
(HR. Bukhari no. 38 & Muslim no. 760)

Semoga Ramadhan kali ini menjadi madrasah tarbiah yang menyucikan jiwa, menguatkan iman dan menatijahkan generasi Al-Quran yang berakhlak mulia.

Ikhlas daripada,
Hijrah Islamic Tahfiz School (HITAS)



Want your school to be the top-listed School/college in Seremban?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Lot 1131 Jalan Lenggeng - Pantai
Seremban
71770