Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah

Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah

Share

Facebook rasmi Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah Selain dari program hafazan Quran 30 juz (5 tahun), MTAS juga menawarkan kurikulum KBSM dari Tingkatan 1 hingga 5.

Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah (MTAS) adalah sebuah sekolah menengah yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Ditubuhkan pada tahun 1999, ia adalah lanjutan kepada Sekolah Rendah Islam As-Sa'idiyyah (SRIAS) yang telah ditubuhkan pada tahun 1985. Oleh itu semua pelajar adalah diwajibkan mengambil peperiksaan PMR & SPM. Kami juga menggunakan kurikulum Dinniyyah (agama) dan K

Photos from Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah's post 10/06/2026

PROGRAM INTEGRITI SEORANG PELAJAR

9 Jun 2026
Pelajar Tingkatan 1-4
Pihak sekolah telah menerima kunjungan daripada pihak AMAR (Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah) Kolej Politech Mara Bangi bagi menjayakan program Integriti Seorang Pelajar.

Program ini bertujuan untuk memupuk nilai integriti, amanah dan kejujuran dalam kalangan pelajar sebagai persediaan menjadi generasi yang berakhlak mulia serta bertanggungjawab kepada agama, masyarakat dan negara.

Terima kasih kepada pihak AMAR KPTM Bangi atas ilmu dan perkongsian yang sangat bermanfaat.

Photos from Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah's post 28/05/2026

🏆 KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN MAAHAD TAHFIZ AS-SAIDIYYAH 2026 🏆

Alhamdulillah, telah berlangsung Kejohanan Sukan Tahunan Maahad Tahfiz As-Saidiyyah pada 21 Mei 2026 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Paroi dengan penuh semangat kesukanan, ukhuwah dan kerjasama dalam kalangan para pelajar.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Faiz bin Ramli, Ketua IKRAM MUDA Negeri Sembilan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas kesudian beliau merasmikan kejohanan ini. 🌟

Pelbagai acara telah dipertandingkan antaranya:
⚽ Futsal
🏐 Bola Jaring
🏓 Ping-Pong
🥅 Sepak Takraw
♟️ Catur
🏹 Memanah Tradisional
🏸 Badminton
🥎 Lontar Peluru
🏃‍♂️ Lompat Jauh & Lompat Tinggi

Serta acara balapan:
🏃‍♀️ 100m
🏃 200m
🏃‍♂️ 400m
🏃‍♀️ 800m
🏅 4x100m
🏅 4x200m
🏅 4x400m

Tahniah kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat juang, disiplin dan kerjasama yang cemerlang sepanjang kejohanan berlangsung. Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi semangat kesukanan dan ukhuwah yang terjalin menjadi kejayaan sebenar. 💪✨

Semoga program seperti ini dapat melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari sudut akademik, sahsiah dan kecergasan fizikal.





26/05/2026

MEMO CUTI

Sempena Hari Raya Aidil Adha ini, pejabat sekolah akan ditutup bermula 27 Mei 2026 sehingga 2 Jun 2026.

Operasi pejabat akan dibuka semula pada 3 Jun 2026 (Rabu).

Selamat Hari Raya Aidil Adha dari kami warga AESB.

26/05/2026
25/05/2026

JOM DAFTAR 2027 !!!!
MAAHAD TAHFIZ AS-SA'IDIYYAH

Hubungi :
PEJ :06-6773241
PK HEM :0196224984
PK PENTADBIRAN : 0193622777
PEM.TADBIR :0173714349

24/05/2026

* 🎬 Video edited by anak-anak MTAS ❤️

🎥 Kadang penat mengajar… tapi penat tu hilang bila
✨ “Anak murid mula faham…”
✨ “Mereka tegur dengan senyuman…”
✨ “Dengar mereka baca doa untuk guru…”
✨ “Nampak perubahan akhlak sedikit demi sedikit…”

💌 Saksikan curhat guru-guru As-Sa’idiyyah sempena Hari Guru — kisah tentang lelah, kasih sayang dan pengorbanan seorang pendidik. 🌷

“Seorang guru mungkin lupa apa yang dia ajar hari ini,
tetapi seorang murid tidak akan lupa bagaimana gurunya membuat dia rasa dihargai.” 🤍

🎬 Special Hari Guru
Daripada guru-guru buat semua anak didik tercinta. ✨

Photos from Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah's post 18/05/2026

Tahniah kepada pemenang anugerah bagi beberapa kategori sempena sambutan Hari Murabbi yang berlangsung pada hari ini.
Pemilihan secara dalam talian oleh pelajar dan ibu bapa.

Photos from Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah's post 18/05/2026

18 Mei 2026 - Isnin
Sambutan Hari Murabbi MTAS telah berlangsung dengan meriah dan ukhuwwah bertemakan ' blocking colour '.
Alhamdulillah perjalanan majlis berjalan lancar dan tersusun. Tahniah kepada pengarah program dan jawatankuasa pelaksana pada kali ini.

18/05/2026
18/05/2026
Want your school to be the top-listed School/college in Seremban?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Taman Rashidah Utama, Jalan Senawang-Paroi
Seremban
70450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00