01/06/2026
DAULAT TUANKU
Seluruh warga Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Negeri Sembilan merafakkan sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Kami mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong, serta seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat, kesihatan yang baik, serta kesejahteraan yang berpanjangan.
Semoga Malaysia terus aman, makmur, dan berdaulat di bawah naungan pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Daulat Tuanku!
23/05/2026
🌸 SELAMAT BERCUTI SEMESTER 1 & SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 🌸
Ikhlas daripada
Seluruh Warga SRITI Negeri Sembilan 💚
Alhamdulillah, sesi persekolahan bagi Semester 1 telah melabuhkan tirainya. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh ibu bapa atas kepercayaan, sokongan serta kerjasama yang diberikan sepanjang sesi persekolahan ini.
Buat seluruh murid SRITI, Semester 1 merupakan medan pembelajaran, pengalaman dan penilaian untuk membentuk diri menjadi insan yang lebih cemerlang. Segala kekurangan dan cabaran yang dilalui hendaklah dijadikan motivasi untuk terus bangkit serta berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh dalam Semester 2 nanti.
✨ Pesanan sepanjang cuti sekolah:
📚 Teruskan amalan membaca dan mengulangkaji pelajaran
🕌 Pelihara solat, akhlak dan adab dalam kehidupan seharian
👨👩👧 Luangkan masa berkualiti bersama keluarga
📱 Gunakan media sosial secara berhemah dan bertanggungjawab
😊 Utamakan keselamatan dan kesihatan diri walau di mana berada
Semoga cuti persekolahan dan sambutan Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan serta mengeratkan ukhuwah dalam keluarga dan masyarakat.
💚
16/05/2026
✨ Tinggal 1 hari lagi! ✨
Ayuh bersama memeriahkan Majlis Sambutan Hari Pendidik 2026 anjuran Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan.
📚 “Guru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaah”
🗓 17 Mei 2026 (Ahad)
⏰ 9.00 pagi
📍 Casa Lagenda Convention Center, Senawang
Raikan insan pendidik yang menjadi tunjang pembinaan ummah dan generasi. 🌹
14/05/2026
⏳ 3 HARI LAGI! ⏳
✨ Tidak sabar rasanya menanti detik untuk bertemu dan berhimpun bersama seluruh warga pendidik PASTI & SRITI dari seluruh Negeri Sembilan! 🌹
Insan-insan hebat yang tidak pernah jemu mendidik, membina jiwa dan mencorak generasi ummah. Semoga pertemuan ini menjadi medan menyubur ukhuwah, menyuntik semangat perjuangan serta menguatkan lagi langkah kita dalam dunia pendidikan Islam. 🤝📚
Jumpa nanti di:
🌸 Majlis Sambutan Hari Pendidik 2026
🗓 17 Mei 2026 (Ahad)
⏰ 9.00 pagi
📍 Casa Lagenda Convention Center, Senawang
“Guru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaah” 💚
14/05/2026
Sama-sama kita bantu dan doakan kesembuhan murid ini.
13/05/2026
🌸 SAMBUTAN HARI PENDIDIK 2026 🌸
Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan dengan kerjasama SRITI Negeri Sembilan dan PASTI Negeri Sembilan akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Pendidik 2026 sebagai tanda penghargaan buat seluruh warga pendidik yang istiqamah mendidik generasi ummah.
🗓️ 17 Mei 2026 (Ahad)
⏰ 9.00 pagi
📍 Casa Lagenda Convention Center, Senawang
✨ Tema:
“Guru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaah”
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya Allah, para malaikat-Nya, penghuni langit dan bumi, hatta semut di dalam lubangnya dan ikan di lautan berselawat ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia.”
(Hadis Riwayat al-Tirmizi)
Semoga program yang dianjurkan ini dapat memperkukuhkan ukhuwah, menyatukan hati serta mengeratkan hubungan antara warga SRITI dan PASTI Negeri Sembilan dalam membawa agenda pendidikan Islam yang diredhai Allah SWT.
Semoga seluruh guru dan pendidik terus dikurniakan kekuatan, keikhlasan dan keberkatan dalam mendidik generasi pewaris ummah.
23/04/2026
LENSA 5 | MAIS SRITI NEGERI SEMBILAN 2026
Sekitar sesi penyampaian hadiah dalam Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) SRITI Negeri Sembilan 2026.
Pengiktirafan diberikan kepada para peserta yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang pertandingan.
Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada semua peserta atas usaha yang ditampilkan.
23/04/2026
LENSA 4 | MAIS SRITI NEGERI SEMBILAN 2026
Di sebalik pentas pertandingan…
terpancar senyuman, terdengar gelak tawa dan terjalin ukhwah yang erat.
Momen-momen inilah yang menjadikan MAIS begitu bermakna di hati semua.
23/04/2026
LENSA 3 | MAIS SRITI NEGERI SEMBILAN 2026
Sekitar persembahan kalam jamaie dan nasyid dalam Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) SRITI Negeri Sembilan 2026.
Persembahan yang mantap dari segi vokal, keserasian kumpulan dan penghayatan mesej berjaya memukau penonton.
Semoga terus melahirkan generasi yang mampu menyampaikan dakwah melalui seni yang indah dan bermakna.
23/04/2026
LENSA 2 | MAIS SRITI NEGERI SEMBILAN 2026
Kata-kata yang lahir dari hati…
Disusun indah, dilafaz penuh makna.
Di pentas Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS), anak-anak ini bukan sekadar berbicara, mereka menyampaikan cerita, melontarkan idea dan menyemai inspirasi melalui bercerita, pidato dan syarahan dalam pelbagai bahasa.
Inilah langkah awal membina keyakinan dan kepimpinan masa depan.