SMK Taman Tuanku Jaafar Official

SMK Taman Tuanku Jaafar Official

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SMK Taman Tuanku Jaafar Official, School, Taman Tuanku Ja'afar, Seremban.

Buletin TTJ Kini - Dialog Prestasi SMKTTj 2025 25/10/2025

https://youtu.be/er8yb5qMIpI?si=r3ILh4HhablNk71X

25 Okt 2025 - DIALOG PRESTASI PERCUBAAN SPM 2025

SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban
Tarikh: 25 Oktober 2025 (Sabtu)
Tempat: Dewan Serbaguna SMKTTJ
Sasaran: Murid Tingkatan 5 & Ibu Bapa

Sebagai salah satu komponen utama dalam Karnival Jaafarians 2025, Program Dialog Prestasi Percubaan SPM diadakan khusus bagi membantu calon SPM mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri sebelum menghadapi peperiksaan sebenar.

Sesi ini melibatkan penyerahan slip keputusan percubaan SPM kepada ibu bapa oleh guru kelas serta perbincangan dua hala mengenai prestasi akademik anak-anak mereka. Tujuannya ialah memupuk kerjasama erat antara sekolah dan ibu bapa dalam memastikan kejayaan murid.

Program turut diselitkan dengan ucapan motivasi daripada Pengetua SMKTTJ, ceramah inspirasi akademik, serta sesi bimbingan akademik ringkas oleh guru mata pelajaran.

Melalui Dialog Prestasi ini, diharap semua murid Tingkatan 5 memperoleh panduan dan dorongan untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam SPM 2025.

Buletin TTJ Kini - Dialog Prestasi SMKTTj 2025 25 Okt 2025 - DIALOG PRESTASI PERCUBAAN SPM 2025SMK Taman Tuanku Jaafar, SerembanTarikh: 25 Oktober 2025 (Sabtu)Tempat: Dewan Serbaguna SMKTTJSasaran: Murid ...

Buletin TTJ Kini - Karnival Jaafarian Tahun 2025 25/10/2025

https://www.youtube.com/watch?v=JUoD2zHPMs0

25 Okt 2025 - KARNIVAL JAAFARIANS 2025

SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban
Tarikh: 25 Oktober 2025 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: SMK Taman Tuanku Jaafar
Anjuran: Unit Kurikulum & Unit Kokurikulum SMKTTJ

Tema: “Bimbing Didik Cemerlang”

Karnival Jaafarians kembali lagi tahun ini sebagai wadah menggabungkan dua elemen penting – kurikulum dan kokurikulum – dalam satu acara besar yang menghimpunkan seluruh warga sekolah. Program ini menjadi platform untuk mencungkil bakat, memperkukuh semangat kepimpinan dan perpaduan, serta memupuk nilai kerjasama dalam kalangan murid.

Aktiviti yang dijalankan merangkumi senamrobik, pertandingan futsal, bola jaring, pameran kelab dan persatuan, demonstrasi beruniform serta pertandingan booth terbaik. Dalam masa yang sama, murid Tingkatan 5 turut menyertai Dialog Prestasi dan Ceramah Motivasi SPM bagi menilai pencapaian serta meningkatkan kesediaan menghadapi peperiksaan sebenar.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, persembahan khas, dan acara penyampaian hadiah serta anugerah kurikulum kepada pelajar terbaik.

Program ini menjadi simbol perpaduan dan semangat Jaafarians yang terus utuh, selaras dengan aspirasi sekolah untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Buletin TTJ Kini - Karnival Jaafarian Tahun 2025 25 Okt 2025 - KARNIVAL JAAFARIANS 2025SMK Taman Tuanku Jaafar, SerembanTarikh: 25 Oktober 2025 (Sabtu)Masa: 7.30 pagi – 12.30 tengah hariTempat: SMK Taman Tu...

23/10/2025

Follow for more..














Ten Unknown Facts About
Founding: Tesla was founded in 2003 by engineers Martin Eberhard and Marc Tarpenning, not Elon Musk. Musk joined the company as a major investor and became its public face. Model Naming Quirk: Tesla’s car lineup follows a playful pattern: Model S, 3, X, and Y. Elon Musk has said it was meant to spell "S3XY," with the number 3 replacing an "E." Battery Focus: Tesla's breakthrough isn’t just in electric cars but also in battery technology. Tesla has invested heavily in creating powerful and long-lasting batteries, not only for cars but also for energy storage solutions like Powerwall. Autopilot and Full Self-Driving: Tesla’s Autopilot is an advanced driver-assistance system, but it’s not fully autonomous. The company is working on Full Self-Driving (FSD) software, which could eventually enable true autonomous driving. Gigafactories: Tesla operates massive manufacturing plants known as Gigafactories, located in the U.S., China, and Germany. These factories are integral to Tesla’s ability to scale production and reduce costs. SpaceX Connection: Tesla and SpaceX, both run by Elon Musk, share more than just a CEO. The companies collaborate on technology, and SpaceX’s Falcon Heavy rocket even launched a Tesla Roadster into space as part of a 2018 test flight. Sustainable Vision: Tesla's mission is to accelerate the world’s transition to sustainable energy. In addition to electric cars, the company is a leader in solar power and energy storage solutions. Over-the-Air Updates: Tesla was the first car manufacturer to allow over-the-air software updates, letting owners download new features and improvements to their cars without visiting a dealership. AI and Robots: Tesla’s AI Day event introduced Tesla Bot, a humanoid robot designed to handle dangerous or repetitive tasks, showcasing Musk’s vision for AI and robotics beyond automobiles. Environmental Impact: Tesla has reduced the overall carbon footprint of its vehicle manufacturing and is working on creating fully recyclable batteries, making it a leader in the green automotive revolution.

23/10/2025

FB EVENT - https://www.facebook.com/share/17EuiZLRKL/

🎉💥 *KARNIVAL JAAFARIANS 2025*💥🎉

Hey warga Jaafarians & komuniti sekitar! 🤩
Jom ramai-ramai datang ke *Karnival Jaafarians 2025* — acara tahunan paling happening di sekolah! 💫

📅 Tarikh: Sabtu, 25 Oktober 2025
⏰ Masa: 7.30 pagi – 12.30 tengah hari
📍 Tempat: SMK Taman Tuanku Jaafar

Aktiviti menarik menanti anda! 👇
🔥 Dialog Prestasi Tingkatan 5
⚽️ Bola Jaring & Futsal
🍟 Foodtruck & Gerai Jualan
🎨 Pameran Pelajar
🚒 Truck Bomba pun ada!

Datanglah bersama keluarga & kawan-kawan — bawa semangat, bawa senyuman, dan jom kita meriahkan Karnival Jaafarians! 🎊

16/09/2025

Hargai keamanan dan kesejahteraan yang kita nikmati hari ini. Ayuh kita bangunkan negara ini bersama.

Selamat Hari Malaysia.

Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni.




BULETIN SMK TTJ 19/05/2025

Bulletin SMK TTJ

BULETIN SMK TTJ Share your videos with friends, family, and the world

Want your school to be the top-listed School/college in Seremban?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Taman Tuanku Ja'afar
Seremban
71450