Science Girls School

Science Girls School

Share

Formerly known as SM SAINS PEREMPUAN SEREMBAN.

On 12th March 2019, the school change her name into SM SAINS TUANKU AISHAH ROHANI in honor of DYMM Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani.

Photos from Science Girls School's post 10/06/2026

[UMUM]

MAJLIS ANUGERAH KEBITARAAN AKADEMIK CEMERLANG SPM 2025

▪️Tarikh: 10 Jun 2026 (Rabu)
▪️Tempat: Klana Resort, Seremban
▪️Perasmi: YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan
▪️Wakil SGS: En. Mohd Saleh bin Ibrahim, Penolong Kanan Pentadbiran SGS

▪️Kejayaan SGS:

🎖️Penerima Anugerah 100% Layak Menerima Sijil

🎖️Penerima Anugerah Mata Pelajaran Terbaik (Bahasa Inggeris) Negeri Sembilan

🎖️ Penerima Anugerah Mata Pelajaran Terbaik (Fizik) Negeri Sembilan

🎖️Penerima Anugerah 9A+ SPM 2025 (Saudari El Nia Balqis binti El Ezanee)

Untuk makluman, seluruh warga SGS berasa amat bersyukur dan bangga kerana SGS berjaya meraih Anugerah 100% Layak Menerima Sijil serta anugerah mata pelajaran terbaik dan juga anugerah 9A + SPM di peringkat Negeri Sembilan.

Diharapkan agar kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua warga sekolah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan pada masa hadapan.

Tahniah dan syabas diucapkan!

10/06/2026

[UMUM]

BENGKEL PEMANTAPAN DIGITAL PERTANDINGAN PEMERKASAAN BACAAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2026

▪️Tarikh: 8 - 10 Jun 2026
▪️Tempat: Pusat Kegiatan Guru Ampangan, Seremban
▪️Guru pembimbing: Cikgu Husna Izzati binti Abdul Majid
▪️Penglibatan murid: Auni Binti Razlizam (4 Masyitah)

🎖️Pencapaian: Johan (bagi kategori pengkarya muda Bahasa Inggeris dan terpilih ke peringkat kebangsaan)

Untuk makluman, SGS telah menghantar seorang wakil murid untuk menyertai Bengkel Pemantapan Digital Pertandingan Pemerkasaan Bacaan Peringkat Negeri Tahun 2026.

Alhamdulillah, karya Auni telah terpilih sebagai JOHAN bagi kategori pengkarya muda (Bahasa Inggeris).

Seterusnya, karya ini akan dihantar ke peringkat kebangsaan p**a. Mohon doakan moga ada rezeki untuk Auni di sana nanti.

Tahniah dan syabas diucapkan!

Photos from Science Girls School's post 07/06/2026

[AKADEMIK]

KEM GEMILANG 2.0 BATCH ERUDITE SPM 2026

▪️Tarikh: 3 Jun (Rabu) hingga 7 Jun 2026 (Ahad)
▪️Masa: 8.00 pagi hingga 10.30 malam
▪️Tempat: Surau Az-Zahraa & Dewan Srikandi
▪️Subjek terlibat:

3 Jun 2026: Fizik dan Sejarah
4 Jun 2026: Pend. Islam dan Biologi/ Sains Komputer
5 Jun 2026: Bahasa Melayu dan Kimia
6 Jun 2026: Bahasa Inggeris dan Matematik Tambahan
7 Jun 2026: Matematik

Untuk makluman, Kem Gemilang 2.0 diadakan untuk:

1. Meningkatkan penguasaan dan pemahaman mendalam murid bagi subjek-subjek teras serta elektif menjelang peperiksaan SPM 2026, dan

2. Memantapkan persediaan mental, strategi menjawab, dan motivasi murid menerusi sesi bimbingan intensif dan berfokus.

Terima kasih.

07/06/2026

[UMUM]

LAGU SEKOLAH “ASPIRASI SRIKANDI” Versi 2026.

Photos from Science Girls School's post 24/05/2026

[KO-KURIKULUM]

PERTANDINGAN STEMCUBE, KARNIVAL INOSTEM@BBSS

▪️Tarikh: 20 Mej 2026
▪️Tempat: SMK Bandar Baru Sri Sendayan
▪️Penganjur: Kids Station Marketing Sdn. Bhd
▪️Nama murid: Khayla Arissa binti Kamal Ariffin (1 Aishah)

🏅Pencapaian: Tempat Ketiga

Untuk makluman, pertandingan ini berupaya untuk meningkatkan keyakinan serta semangat daya saing murid melalui penglibatan aktif dalam pertandingan Rubik’s Cube, sehingga saudari Khayla Arissa berjaya memperoleh tempat ketiga bagi penyertaan sulung sekolah.

Tahniah dan syabas diucapkan!

Photos from Science Girls School's post 23/05/2026

[UMUM]

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SGS TAHUN 2026

▪️Tarikh: 19 Mei 2026 (Selasa)
▪️Anjuran: SARANA 4 & Kelab Guru dan Staf SGS (TESTA SGS)
▪️Tema: Back to 90’s

Untuk makluman, sambutan ini diadakan untuk:

1. Menghargai jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik serta membentuk sahsiah murid di sekolah, dan

2. Mewujudkan suasana sambutan yang ceria dan bermakna melalui penglibatan warga sekolah dengan tema “Back to 90’s”.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan SARANA 4 atas penganjuran program yang sangat meriah!

Terima kasih.

Photos from Science Girls School's post 23/05/2026

[AKADEMIK]

PROGRAM AKADEMIK MINGGU KE-18

KELAS TAMBAHAN SEJARAH TINGKATAN 5
▪️Tarikh: 18 Mei 2026 (Isnin)
▪️Tempat: Surau Az-Zahraa
▪️Masa: 5.00 - 6.10 petang
▪️Guru: Cikgu Mardiana

KELAS TAMBAHAN KIMIA TINGKATAN 5
▪️Tarikh: 18 Mei 2026 (Isnin)
▪️Tempat: Surau Az-Zahraa
▪️Masa: 9.00 - 10.30 malam
▪️Guru: Cikgu Nurulkamilah

KELAS FAJAR MATEMATIK TINGKATAN 5
▪️Tarikh: 20 Mei 2026 (Rabu)
▪️Tempat: Surau Az-Zahraa
▪️Masa: 6.45 - 7.30 pagi
▪️Guru: Cikgu Syed Azlan Putra & Cikgu Nasuha

KELAS TAMBAHAN FIZIK TINGKATAN 5
▪️Tarikh: 20 Mei 2026 (Rabu)
▪️Tempat: Surau Az-Zahraa
▪️Masa: 9.00 - 10.30 malam
▪️Guru: Cikgu Nurul ‘Ain Asyikin

KELAS TAMBAHAN ADD MATHS TINGKATAN 4
▪️Tarikh: 20 Mei 2026 (Rabu)
▪️Tempat: Bilik Anjal 4 dan Bilik Add Maths
▪️Masa: 9.00 - 10.30 malam
▪️Guru: Cikgu Nur Ain Syuhada & Cikgu Nasuha

KELAS FAJAR KIMIA TINGKATAN 5
▪️Tarikh: 21 Mei 2026 (Khamis)
▪️Tempat: Surau Az-Zahraa
▪️Masa: 6.50 - 7.30 pagi
▪️Guru: Cikgu Nurulkamilah

KELAS FAJAR BAHASA KOREA TINGKATAN 5
▪️Tarikh: 22 Mei 2026 (Jumaat)
▪️Tempat: Pusat Sumber Sekolah
▪️Masa: 6.40 - 7.10 pagi
▪️Guru: Cikgu Kim Yeiji

Terima kasih.

Photos from Science Girls School's post 23/05/2026

[AKADEMIK]

DIALOG PRESTASI TINGKATAN 5 & PENETAPAN SASARAN SPM 2026

▪️Tarikh: 22 Mei 2026 (Jumaat)
▪️Tempat: Dewan Srikandi
▪️Masa: 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
▪️Penglibatan:

1. Guru-guru subjek Tingkatan 5
2. Ibu bapa murid Tingkatan 5
3. Semua murid Tingkatan 5

Untuk makluman, program ini diadakan untuk:

1. Menganalisis pencapaian Peperiksaan Pertengahan Sesi Akademik (PPSA) Tingkatan 5 bagi mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan tindakan penambahbaikan akademik murid, dan

2. Menetapkan sasaran pencapaian SPM 2026 yang realistik dan berfokus bagi meningkatkan motivasi serta prestasi murid secara menyeluruh.

Terima kasih.

Photos from Science Girls School's post 21/05/2026

[HAL EHWAL MURID]

KURSUS KEPEMIMPINAN KETUA MURID DAN PENOLONG KETUA MURID GENERASI MADANI SEKOLAH BERASRAMA PENUH PERINGKAT KEBANGSAAN KE-19 TAHUN 2026

▪️Anjuran: Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP)
▪️Tarikh: 18 - 21 Mei 2026
▪️Tempat: Multimedia University (MMU), Cyberjaya
▪️Guru pengiring: Cik Sufea binti Abdullah

Untuk makluman, setelah mengikuti Kursus Kepemimpinan Ketua Murid dan Penolong Ketua Murid, Nabihah Izzati (Ketua Murid SGS) dan Alya Maisarah (Penolong Ketua Murid SGS) telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan membawa p**ang:

🏅 Anugerah Emas bagi kategori Amalan Baik Sekolah.

🏅Nabihah Izzati telah menerima Anugerah Peserta Terbaik Kump**an dan mendapat Anugerah Perak bagi jejak kepimpinan kump**an, dan

🏅Alya Maisarah mendapat Anugerah Emas bagi jejak kepimpinan berkump**an.

Tahniah dan syabas diucapkan!

Photos from Science Girls School's post 21/05/2026

[KO-KURIKULUM]

PERTANDINGAN PIDATO PIALA TUNKU KURSHIAH

▪️Tarikh: 16 & 17 Mei 2026
▪️Anjuran: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur
▪️Guru pembimbing: Puan Nur Farah Athirah binti Khuzaini

Pada 16 & 17 Mei 2026, seorang murid SM Sains Tuanku Aishah Rohani terpilih untuk bertanding dalam Pertandingan Pidato Piala Tunku Kurshiah peringkat separuh akhir yang berlangsung di DBP Kuala Lumpur.

Mia Irdina daripada Tingkatan 3 Masyitah telah menyampaikan pidato bertajuk ‘Bumi yang lelah, Teknologi Hijau sebagai penawar’. Saudari Mia telah dibimbing oleh Puan Farah Athirah dan Encik Aiman Haziq.

Saudari Mia telah mendapat saguhati bagi pertandingan ini dan membawa p**ang sebuah piala, sijil dan wang tunai.

Tahniah diucapkan!

Want your school to be the top-listed School/college in Seremban?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Jalan Tunku Kurshiah
Seremban
70400