Tahniah Sdri Aufa Izzah Pelajar Terbaik SPM 11A+ menerima penghargaan dari YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan
SMAP, LABU RASMI
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Official Page Laman FB Rasmi SM Agama Persekutuan Labu Negeri Sembilan
11/06/2026
Tahniah dan Syabas
Subjek PQS terbaik Gred Purata SPM Negeri Sembilan
11/06/2026
Alhamdulillah. Syukur🤲🏼
07/06/2026
Selamat datang kepada murid baharu STPM 2027 ke bumi SM Agama Persekutuan pada hari esok, Isnin, 8 Jun 2026. Semoga dipermudahkan segala urusan kalian dalam menggapai cita- cita mulia di SMAP tercinta.
Selamat kembali juga buat semua murid ke sekolah.
Semoga cuti yang berlalu telah menyegarkan jiwa, merehatkan minda dan menguatkan semangat. Kini, marilah kita melangkah semula ke medan ilmu dengan azam yang lebih teguh, adab yang lebih indah dan tekad yang lebih tinggi.
Setiap langkah ke sekolah ialah langkah menuju masa depan. Teruskan berusaha, kerana ilmu bukan sekadar mengubah kehidupan, tetapi juga membentuk insan yang berjaya di dunia dan akhirat.
Selamat meneruskan perjuangan menuntut ilmu. Semoga setiap usaha dipermudahkan dan setiap ilmu diberkati.
05/06/2026
Selamat Kembali Ke Sekolah
أهلا ومرحبا إلى معهدنا المحبوب
معا نحو التفوق
24/05/2026
Tahniah Saudara Mohd Amir Hakimi bin Suhaimi dari kelas 5 Razi yang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2025 Parlimen Seremban dari YB Tuan Anthony Loke Siew F**k Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Seremban.
Semoga penghargaan ini menjadi suntikan semangat dan pemangkin untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.
23/05/2026
“Bangun… bangun… solat sunat dua rakaat sebelum Subuh…”
Dalam dingin pagi yang masih berselimut sunyi, sayup-sayup kedengaran suara seorang ayahanda memecah hening malam.
Suara itu bukan sekadar mengejutkan tidur, tetapi membangunkan jiwa.
Suara itu bukan sekadar seruan ke surau, tetapi panggilan menuju keberkatan dan kecemerlangan.
Begitulah rutinnya di SMA Persekutuan Labu.
Seawal jam 5.15 pagi, kelihatan kelibat Tuan Pengetua, Ustaz Abd. Rahman bin Abidin, sudah berada di Surau As-Syafii memimpin anak-anak SMAP menghidupkan Qiamullail. Dalam gelap malam, lahir cahaya tarbiah. Dalam sujud yang panjang, dibina jiwa-jiwa besar masa hadapan.
Dengan semangat “Sederap Menerajui Kecemerlangan”, beliau meneruskan legasi hebat yang pernah dibina oleh Tuan Haji Zulkifli bin Hamat melalui slogan “SmapianPower”. Namun kali ini, asas yang diperkukuhkan ialah pasak rohani — kerana sekolah hebat bukan hanya melahirkan pelajar cemerlang akal, tetapi insan yang hidup hatinya.
Di SMAP Labu, kecemerlangan tidak bermula di dewan peperiksaan.
Ia bermula di sepertiga malam.
Ia bermula dengan air mata taubat.
Ia bermula dengan langkah kaki menuju surau sebelum terbitnya fajar.
Rasulullah SAW bersabda:
“Hendaklah kamu melakukan qiamullail, kerana ia adalah amalan orang soleh sebelum kamu. Ia mendekatkan diri kepada Allah, menghapus dosa, mencegah maksiat dan menjadi penawar penyakit.”
(Riwayat al-Tirmizi)
Dan betapa indah janji Allah buat mereka yang menjaga Subuh berjemaah:
مَنْ صَلَّى صَلَاةَ الصُّبْحِ فَهُوَ فِي ذِمَّةِ اللَّهِ
“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam perlindungan Allah.”
(Riwayat Muslim)
Alhamdulillah, keberkatan itu mula dirasai.
Anak-anak SMAP semakin teratur kehidupannya. Tidur lebih awal, bangun lebih mudah, disiplin menuju semakin baik, pergerakan ke sekolah semakin lancar dan suasana asrama semakin baik. Bahkan waktu pagi yang penuh keberkatan itu menjadi medan terbaik untuk anak- anak menuntut ilmu dan mengulang kaji pelajaran.
Satu perkataan yang sentiasa meniti di bibir Tuan Pengetua ialah — “Syukur.”
Bagi ayahanda Tuan Pengetua, orang yang bersyukur tidak pernah rugi.
Allah tambah nikmatnya.
Allah angkat darjatnya.
Allah lapangkan jalannya.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Isra’ ayat 79:
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا
“Dan pada sebahagian malam hari, bertahajudlah kamu sebagai ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji.”
Untuk sampai ke tempat yang tertinggi, perjalanan itu mesti bermula dengan langkah yang terbaik.
Dan langkah terbaik seorang mukmin ialah sujudnya di waktu malam.
Kini seluruh warga SMAP — pengurusan, guru-guru, warden, ibu bapa, alumni dan murid-murid — sedang bergerak sederap dalam satu jiwa dan satu tekad. Saling menguatkan, saling mendukung dan saling mendoakan agar bumi SMA Persekutuan Labu terus melakar kecemerlangan dunia dan akhirat.
Tuan Pengetua telah menunjukkan jalannya.
Kini tiba masanya seluruh warga SMAP menggenggam tangan, menyusun langkah dan berlari bersama menuju kejayaan.
Ini kerana sekolah yang hebat bukan dibina dengan bangunan semata-mata, tetapi dengan jiwa yang dekat dengan Allah.
Tahun Ini Tahun Kita.
Guru Bitara Nadi Negara.
23/05/2026
MAJLIS LAMBAIAN KASIH, SANJUNGAN BUDI BUAT INSAN DIRAIKAN PN JAYALAKSHMI A/P MUTHUSAMY, KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS SM AGAMA PERSEKUTUAN
Tarikh : 22 Mei 2026
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Surau As Syafie
Pada 22 Mei 2026 (Jumaat), telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang dan sarat emosi Majlis Lambaian Kasih, Sanjungan Budi bertempat di Surau As Syafie, bagi meraikan insan istimewa, Pn Jayalakshmi A/P Muthusamy, Ketua Panitia Bahasa Inggeris SMAP yang telah menaburkan bakti dan mencurahkan khidmat penuh dedikasi selama 34 tahun di bumi SMAP tercinta. ❤️
Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi dengan suasana penuh meriah melalui persembahan caklempong yang mendendangkan rangkaian lagu Melayu dan Bollywood di Darul Qiadah, sekali gus menghidupkan nostalgia dan menceriakan suasana pagi.
Sesi diteruskan dengan bergambar beramai-ramai bersama tuan pengetua, para pentadbir, warga BAKEB, AJK PIBG, KSIB, ahli keluarga Pn Jaya, mantan guru-guru serta alumni SMAP sebagai simbol ukhuwah dan penghargaan yang tidak ternilai.
Kemuncak majlis menyaksikan perarakan masuk insan diraikan ke Surau As Syafie dengan penuh istiadat, diiringi alunan kompang yang menyentuh hati seluruh warga sekolah.
Majlis diteruskan dengan bacaan doa serta ucapan-ucapan penghargaan daripada pelbagai pihak antaranya wakil murid TKU, Muhammad Adam Yusof, Pengerusi BAKEB En Annuar Khisham Isa, YDP PIBG En Azmi bin Abdoll Aziz, Tuan Pengetua Ustaz Abd Rahman bin Abidin serta ucapan penuh makna daripada insan diraikan sendiri, Pn Jayalakshmi A/P Muthusamy.
Turut mencuri perhatian ialah tayangan video kenangan yang memaparkan ucapan daripada mantan guru, mantan murid serta warga sekolah yang pastinya mengundang rasa sebak dan syahdu. Persembahan sajak daripada murid dan guru turut menyemarakkan lagi suasana penghargaan terhadap jasa seorang pendidik yang begitu besar pengorbanannya.
Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah, sesi bergambar kenangan, sesi punch out buat kali terakhir serta jamuan makan tengah hari bersama seluruh warga sekolah di kantin SMAP.
Sesungguhnya, pemergian seorang guru bukanlah kehilangan biasa, tetapi meninggalkan seribu satu kenangan, didikan dan inspirasi yang akan terus mekar dalam ingatan seluruh warga SMAP.
Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan kasih sayang yang telah dicurahkan sepanjang 34 tahun berkhidmat di SMAP.
Semoga Pn Jaya sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan serta keberkatan dalam setiap langkah kehidupan selepas persaraan.
“Jasamu dikenang, budimu disanjung, kasihmu terpahat selamanya.” ❤️
23/05/2026
SAMBUTAN HARI GURU SMAP 2026
Tarikh : 21 Mei 2026
Hari : Khamis
Masa : 8.30 pagi - 1.30 tengah hari
Tempat : Surau As Syafie
Pada hari Khamis, 21 Mei 2026 bersamaan 8.30 pagi hingga 1.30 tengah hari, telah berlangsung dengan penuh meriah dan gilang-gemilang Sambutan Hari Guru SMAP 2026 bertempat di Surau As-Shafiee, Padang Hoki, Bilik As-Syatibi dan Dewan Makan. Sambutan pada tahun ini membawa tema istimewa “Dari Negeri ke Negeri, Guru Disanjungi” yang berjaya menyatukan semangat perpaduan, kreativiti dan penghargaan buat seluruh warga pendidik SMAP.
Majlis dimulakan dengan bacaan tilawah Al-Quran oleh murid SMAP yang menyentuh hati dan menyemarakkan suasana penuh keberkatan. Sambutan diteruskan dengan ucapan Ketua Umum, ucapan daripada Pengerusi BAKEB, ucapan YDP PIBG, En Azmi bin Abdoll Aziz, ucapan YDP PIBG, En Azmi bin Abdoll Aziz, Amanat KPPM oleh PK HEM, Amanat Menteri Pendidikan oleh PKP dan ucapan penuh inspirasi daripada Tuan Pengetua, Ustaz Abd Rahman bin Abidin, yang menzahirkan penghargaan dan penghormatan tinggi kepada seluruh guru atas jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik anak bangsa.
Antara tarikan utama sambutan pada tahun ini ialah perarakan kontinjen kreatif bertemakan negeri-negeri di Malaysia yang menampilkan busana tradisional penuh warna-warni, unik dan memukau. Setiap kontinjen turut mempersembahkan pantun-pantun puitis mengikut identiti negeri masing-masing yang berjaya menceriakan suasana serta mencuit hati para hadirin.
Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan murid yang kreatif dan menghiburkan, selain aktiviti sukaneka melibatkan guru dan murid yang berlangsung dalam suasana penuh ceria, santai dan mengeratkan ukhuwah warga sekolah.
Sebagai tanda penghargaan buat insan bergelar guru, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah pelbagai kategori kepada guru-guru yang diraikan. Sambutan ini bukan sahaja menjadi medan meraikan jasa pendidik, malah berjaya mengukuhkan hubungan silaturahim antara guru, murid, PIBG serta seluruh warga SMAP.
Semoga Sambutan Hari Guru SMAP 2026 terus menjadi kenangan indah yang terpahat dalam sanubari seluruh warga sekolah serta menjadi pemangkin semangat buat para guru untuk terus menabur bakti mendidik generasi pewaris bangsa dan negara.
Guru Bitara, Nadi Negara
"Dari Negeri ke Negeri, Guru Disanjungi”
22/05/2026
Program Memasak Gulai Daging Kawah Sempena Sambutan Hari Guru SMAP 2026
🗓️ Tarikh : 20 & 21 Mei 2026
📅 Hari : Rabu & Khamis
🕞 Masa : 3.30 petang
📍 Tempat : Perkarangan Rumah Pengetua & Dewan Makan
Program penuh bermakna ini telah mendapat penglibatan dan sokongan padu daripada Tuan Pengetua, Ustaz Abd Rahman bin Abidin, para pentadbir, warga BAKEB, PIBG, KSIB serta alumni SMAP yang bersama-sama turun padang menjayakan aktiviti memasak gulai kawah secara gotong-royong.
Bermula dengan proses penyediaan bahan, melapah, memotong daging, penyediaan rempah dan seterusnya memasak gulai kawah secara bergilir-gilir, program ini bukan sahaja menyemarakkan Sambutan Hari Guru 2026, malah menjadi simbol eratnya hubungan kekeluargaan dalam komuniti SMAP.
Suasana penuh ceria, gelak tawa dan semangat bekerjasama jelas terpancar sepanjang program berlangsung. Kehadiran pelbagai lapisan warga sekolah dan komuniti membuktikan bahawa semangat kebersamaan dan kasih sayang sentiasa subur dalam keluarga besar SMAP.
Semoga program seumpama ini terus menjadi tradisi yang mengukuhkan silaturahim, memupuk semangat muafakat serta menghargai jasa dan pengorbanan para guru yang sentiasa menjadi tunjang kecemerlangan sekolah.
" Guru Bitara, Nadi Negara”
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Seremban
71900
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |