08/06/2026
📣Info Unit HEM STARJ📣
📌 Mohon ambil maklum peraturan pakaian murid SK Taman Rasah Jaya berkuat kuasa 9 Jun 2026.
Laman perkongsian segala cerita tentang SK Taman Rasah Jaya atau STAR'J 🏫
08/06/2026
📣Info Unit HEM STARJ📣
📌 Mohon ambil maklum peraturan pakaian murid SK Taman Rasah Jaya berkuat kuasa 9 Jun 2026.
22/05/2026
Makluman CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN TAHUN 2026 🥳
Pihak sekolah berharap:
• Semua murid dapat menjaga keselamatan diri semasa cuti sekolah dan mengisi masa cuti dengan aktiviti-aktiviti berfaedah.
• Gunakan masa terluang yang ada untuk mengulangkaji pelajaran.
• Ibu bapa bekerjasama memantau anak-anak dan memastikan anak tuan/puan mengulangkaji pelajaran.
• Sentiasa peka dengan maklumat terkini berkenaan sekolah melalui FB sekolah & aplikasi Whatsapp kelas .
Laman Facebook Rasmi:
https://www.facebook.com/pageSKTRJ
🍁 Semoga kita berjumpa lagi di sekolah pada 08 JUN 2026 (ISNIN) dalam keadaan sihat dan ceria.
SELAMAT BERCUTI 🌹
✨ Persembahan Khas daripada Semua Murid STAR'J diketuai oleh Ketua Pengawas Sekolah ✨
21/05/2026
🌸 Sambutan Hari Guru Peringkat SK Taman Rasah Jaya 2026 🌸
Sambutan Hari Guru tahun ini disambut dengan penuh meriah dan ceria sebagai tanda penghargaan buat seluruh warga pendidik yang sentiasa komited dalam mendidik anak bangsa ❤️
📌 15 Mei 2026
🎁 Pemberian hadiah kepada guru
🎉 Sukaneka guru
👕 Tema pakaian: Jersi Kelab Bola Sepak
📌 21 Mei 2026
📖 Bacaan perutusan Hari Guru
🤝 Bacaan ikrar guru
🎶 Nyanyian lagu “Kami Guru Malaysia”
👔 Tema pakaian: Baju Batik
Terima kasih cikgu atas segala ilmu, pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan. Semoga seluruh guru SK Taman Rasah Jaya terus diberi kekuatan dan semangat dalam mendidik generasi masa depan 🌟
✨ “Guru Bitara Nadi Negara” ✨
Selamat Hari Guru ♥️✨
16/05/2026
🌸 Selamat Hari Guru 2026 🌸
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga pendidik SK Taman Rasah Jaya atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik anak bangsa.
Guru bukan sekadar penyampai ilmu, malah insan yang membimbing, membentuk sahsiah dan mencorakkan masa depan generasi pewaris negara. Segala usaha, kesabaran dan keikhlasan cikgu-cikgu dalam mendidik anak-anak amatlah dihargai dan disanjung tinggi ❤️
Semoga semua guru terus diberikan kesihatan yang baik, kekuatan dan semangat untuk terus menabur bakti demi kecemerlangan pendidikan.
✨ “Guru Bitara Nadi Negara” ✨
Selamat Hari Guru buat semua pendidik SK Taman Rasah Jaya 💐
11/05/2026
💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠
Salam Sejahtera
Kepada semua ibubapa / penjaga
Murid-Murid SKTRJ
PER: JADUAL UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK TAHUN 2026
Sepertimana dimaklum, UPSA akan di jalankan mulai Khamis, 14 Mei 2026, dan tamat pada Rabu, 20hb Mei 2026.
Jadual waktu ujian, disertakan seperti berikut. Semoga persiapan menghadapi ujian kali ini lebih baik dan murid-murid lebih bersedia.
Sila pastikan anak-anak membuat ulangkaji yang mantap di rumah dan membawa peralatan menulis yang lengkap pada hari ujian.
Nota: Tiada ujian pada Jumaat, 15hb Mei 2026 kerana pihak sekolah akan menganjur temasya Hari Guru pada tarikh tersebut
Sekian, harap maklum
📚 Perkongsian PLC
“ShadowRa” – inovasi PdP oleh Cikgu Norasmalisa, Guru Sains SK Taman Rasah Jaya 🌟
Satu pendekatan kreatif untuk membantu murid memahami konsep cahaya dan bayang-bayang dengan lebih jelas, menarik dan bermakna.
09/05/2026
🔸Kejohanan Memanah Peringkat Negeri (MSSNS)
🔸5-6 Mei 2026
🔸SMK Senaling
Alhamdulillah selesai Kejohanan Sukan Memanah Peringkat Negeri MSSNS utk SK TAMAN RASAH JAYA. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Ustazah Aliyah atas komitmen yang hebat sebagai jurulatih dan Ustazah Shida atas komitmen yang padu sebagai pengurus peserta sepanjang kejohanan memanah berlangsung. Tahniah untuk atlet-atlet memanah STARJ atas kejayaan memperbaiki pencapaian individu pada tahun ini👏🏻
Eilman Syarif rank 40/105
Hassan Alwafi rank 42/105
Haris Makhail 83/105
Rayqal Asyraf 91/105
🎖️Ranking Pasukan : 12/19
Teruskan kecemerlangan pada akan datang✨
🎊TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH🎊
09/05/2026
🎖️ Majlis Watikah Pelantikan Pengawas SK Taman Rasah Jaya 🎖️
Majlis Watikah Pelantikan Pengawas SK Taman Rasah Jaya telah diadakan pada 4 Mei 2026 (Isnin) bertempat di Dataran Perhimpunan SK Taman Rasah Jaya bermula jam 7.40 pagi hingga 8.20 pagi.
Program ini dilaksanakan oleh Unit Pengawas dan Disiplin dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling bagi memberi pengiktirafan kepada murid yang telah dilantik sebagai pengawas sekolah sesi 2026.
Majlis telah disempurnakan oleh Puan Sakinah binti Saupi, Guru Besar SK Taman Rasah Jaya. Diharapkan para pengawas dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab, berdisiplin dan menjadi contoh terbaik kepada murid lain 🌟
Tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada semua pengawas yang dilantik 🤝
09/05/2026
🧮🟰 KUIZ MATEMATIK SEMPENA BULAN MATEMATIK 🟰🧮
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |