Sofa Education Group - SEG

Sofa Education Group - SEG

Share

Sofa Education Group merupakan sebuah organisasi yang menyelia, mengurus dan memastikan kecemerlangan semua institusi pendidikannya.

Selari dengan kedudukan istimewa Malaysia sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk berbilang agama dan kaum yang sejak sekian lama hidup aman damai dinaungi oleh sifat Wasatiyyah Islamiyyah dengan mendidik, membentuk, menyedia dan melahirkan para graduan yang memiliki keterampilan profesional, intelektual dan spiritual yang bakal menjadi pemangkin dan pelaksana sifat Wasatiyyah Islamiyyah dalam

11/06/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππƒπ”πƒπ”πŠπˆ ππ„ππ„π‘πˆπŠπ’π€π€π π€πŠπ‡πˆπ‘ π’π„πŒπ„π’π“π„π‘ π’π„π’πˆ 𝐈𝐈𝐈 πŸπŸŽπŸπŸ“/πŸπŸŽπŸπŸ”
Dengan penuh doa dan harapan, kami mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Akhir Semester Sesi III 2025/2026 kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi Kolej Islam As Sofa.
Semoga setiap usaha yang telah dicurahkan sepanjang semester ini dipermudahkan dan membuahkan hasil yang terbaik. Hadapilah peperiksaan dengan tenang, yakin dan penuh tawakal kepada Allah SWT.
Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:
https://linktr.ee/kolejislamassofa

10/06/2026

πŸ“©Makluman pendaftaran baru TAHFIZ RENDAH AS SOFA SEREMBAN (TRAS) bagi sesi 2026 / 2027πŸ“©
Untuk makluman Dato’/Datin/Tuan/Puan,
πŸ”–TRAS adalah sekolah Tahfiz sepenuh masa peringkat rendah yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.
πŸ”–Sesi Persekolahan :
7.30 pagi - 5.00 petang.
πŸ”–Silibus Pembelajaran :
70% Alquran & Hafazan
30% Diniyah & Akademik
πŸ”–Pelajar tahun 5 akan mengambil UPKK
πŸ”–Pendaftaran boleh dibuat secara online di *https://my06.awfatech.com/.../stureg/stureg_status.php...* (pilih sekolah TAHFIZ RENDAH AS SOFA SEREMBAN)
πŸ”–Sebarang pertanyaan boleh whatsapp http://www.wassap.my/010-6625074/DaftarTRAS
TERIMA KASIH KERANA MEMILIH TRAS sebagai tempat Pendidikan Awal Anak- Anak yang berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Photos from Sofa Education Group - SEG's post 08/06/2026

ANUGERAH HAFAZAN AL QURAN BULAN APRIL-MEI 2026

22 Mei, Jumaat - Lensa Majlis Anugerah Hafazan al Quran Bulan April-Mei 2026 Daqwah As Sofa Embun.

Sijil Anugerah Hafazan merupakan pengiktirafan buat setiap pelajar yang telah berjaya syahadah bagi juzuk al Quran yang dihafaz dengan cemerlang. Sijil ini disampaikan oleh Mudir, Ustaz Mohammad Fahrur Razi Bin Md Sallehuddin al Hafiz.

🌟🌟🌟 Setinggi-tinggi tahniah buat anak-anak pelajar yang berjaya dan semoga Allah SWT permudahkan urusan anak-anak pelajar terus menghafaz kalamullah, seterusnya untuk memahami dan menyebarkannya, inshaAllah.

Alhamdulillah 🀲🏻😊

08/06/2026

Berkatalah hanya yang baik. Setiap perkataan yang keluar daripada lisan bukan sekadar bunyi yang didengari, bahkan ia mampu memberi kebahagiaan atau melukakan hati seseorang.
Sebelum berbicara, fikirkanlah kesan yang akan ditinggalkan. Jika kata-kata itu membawa manfaat, sampaikanlah dengan penuh hikmah dan kelembutan. Namun jika ia hanya menimbulkan perselisihan atau menyakiti perasaan orang lain, maka diam adalah pilihan yang lebih baik dan lebih selamat di sisi Allah SWT.

05/06/2026

Pandangan positif peserta Qurban As Sofa Plus 1447

Photos from Sofa Education Group - SEG's post 03/06/2026

21 Mei 2026 - Lensa sambutan Hari Guru peringkat Darul Quran Wal Hadith As Sofa Ampang Menengah
Guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, bahkan menjadi pembimbing, pendidik dan pembina akhlak generasi ummah. Dengan penuh kesabaran dan keikhlasan, para guru terus menabur bakti mendidik anak-anak menjadi insan yang berilmu, beradab dan beramal.
Bersempena Sambutan Hari Guru Peringkat Darul Quran Wal Hadith As Sofa Ampang Menengah, marilah kita bersama-sama merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh asatizah dan para pendidik atas segala pengorbanan, usaha serta dedikasi yang dicurahkan tanpa mengenal jemu.
Semoga setiap ilmu yang diajarkan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan terus melahirkan pelajar yang cemerlang di dunia serta akhirat.
Selamat Hari Guru
Buat seluruh warga pendidik
Darul Quran Wal Hadith As Sofa Ampang 🌹

Photos from Sofa Education Group - SEG's post 03/06/2026

21 Mei, Khamis - Telah berlangsung sesi perjumpaan pihak sekolah bersama wakil Jabatan Dan & Perhubungan Koporat SEG paymyzakat.my yang bertujuan meneliti serta membincangkan prestasi semasa para pelajar bagi suku kedua tahun 2026.
Perbincangan tertumpu kepada pencapaian pelajar, khususnya perkembangan dan prestasi hafazan al-Quran, di samping cadangan penambahbaikan fasiliti dan kemudahan sekolah bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif untuk para pelajar.
Semoga segala usaha dan perancangan yang dirangka mendapat keberkatan Allah SWT serta dapat memberikan manfaat yang berterusan kepada seluruh warga sekolah.

28/05/2026

π—žπ—˜π—Ÿπ—˜π—•π—œπ—›π—”π—‘ 𝗛𝗔π—₯π—œ 𝗧𝗔𝗬𝗦π—₯π—œπ—ž

✨ Hari-hari Tasyrik merupakan hari-hari yang penuh keberkatan selepas Aidiladha, di mana umat Islam dianjurkan untuk memperbanyakkan takbir, zikir dan kesyukuran kepada Allah SWT. Inilah saat terbaik untuk menghidupkan hati dengan ibadah, mengeratkan silaturahim serta mensyukuri nikmat yang dikurniakan. Semoga Hari Tasyrik menjadi medan menambah amal dan mendekatkan diri kepada-Nya. 🀍

26/05/2026

πŸ“š πŠπ€π„πƒπ€π‡ ππ„πŒππ„π‹π€π‰π€π‘π€π πƒπˆ πŠπŽπ‹π„π‰ πˆπ’π‹π€πŒ 𝐀𝐒-π’πŽπ…π€

Di Kolej Islam As-Sofa (KIS), kaedah pembelajaran kami dibahagikan kepada dua pendekatan utama:

πŸ”Ή Pengajian Moden / Kontemporari
Menggunakan silibus terkini yang tersusun dan sistematik, sesuai dengan keperluan semasa serta kehendak industri pendidikan hari ini.

πŸ”Ή Pengajian Turath / Tradisi
Meneruskan kesinambungan ilmu ulama silam melalui pengajian kitab-kitab turath bersama para asatizah berpengalaman dan mursyid.

🌟 Gabungan dua pendekatan ini menjadikan pelajar KIS bukan sahaja celik ilmu semasa, bahkan teguh dalam asas agama dan warisan keilmuan Islam.

πŸ“Œ KEMASUKAN JUN 2026 TELAH DIBUKA!

πŸ“² DAFTAR SEKARANG!
Imbas kod QR atau hubungi kami di 011-3566 8051 untuk maklumat lanjut.

Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:

https://linktr.ee/kolejislamassofa


Want your school to be the top-listed School/college in Seremban?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


D-5-3, Jalan Dataran Sentral 3, Dataran Sentral
Seremban
70200

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30