18/06/2026
Setiap langkah meninggalkan jejakβ¦ π£
Ke mana arah hijrah kita hari ini?
Mari bina diri berintegriti β jujur, amanah dan berprinsip demi kecemerlangan bersama.
πΏ Hijrah bermula dari diri kita.
17/06/2026
*πΏβ¨ TAZKIYATUN NAFSI IS COMING! β¨πΏ*
Nak isi masa cuti dengan aktiviti yang best? π
Nak jumpa kawan baru? π€
Nak sertai pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan? π
*Kalau ya, Tazkiyatun Nafsi adalah program yang anda cari!π€©*
π Butiran Program
π
*Tarikh* : 20 Jun 2026 (Sabtu)
π *Masa* : 8 pagi - 5 petang
π *Lokasi* : KITM USIM
πΈ *Yuran* : RM15
π₯ *Kategori* : Berumur 7-13 tahun
π *APA YANG MENARIK?*
π―Aktiviti explorace berkaitan dakwah & integriti dalam kumpulan
π€ Kenali kawan baharu
π Bina keyakinan diri dan kemahiran sosial
π Hadiah & cenderamata menarik
β‘οΈ DAFTAR SEKARANG!
π² https://forms.gle/WShpQSWqirqZqdmb8
β³ *Tempat adalah terhad kepada 60 peserta sahaja!*
Sebarang pertanyaan:
π Amani : 017-3505758
π Sakinah : 011-60640832
πΏπ Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada Program Tazkiyatun Nafsi. Kami tunggu anda di sana! β¨
*SEKRETARIAT RAKAN* *INTEGRITI MAHASISWA*
*SESI AKADEMIK 2025/2026*
*UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA*
16/06/2026
β¨ Salam Awal Muharam 1448H / 2026Mβ¨
Marilah kita melangkah ke tahun baharu dengan hati yang bersih, niat yang ikhlas, dan tekad yang jitu demi kebaikan bersama.
Semoga setiap langkah kita diberkati Allah SWT dan usaha kita sentiasa dirahmati.
Mari kita hayati semangat Madani agar ummah terus diberkati dan dipandu ke arah kemajuan.
Ikhlas daripada Pejabat Integriti USIM
11/06/2026
MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tuanku Muhriz, Pro- Canselor USIM atas pemasyhuran sebagai Tunku Panglima Besar pada 11 Jun 2026 bersamaan 25 Zulhijjah 1447H di Istana Besar Seri Menanti.
Seluruh warga USIM mendoakan semoga Yang Amat Mulia sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT, serta dikurniakan kesihatan, kebijaksanaan, dan kekuatan dalam meneruskan amanah demi menjunjung kedaulatan Institusi Diraja Negeri Sembilan serta kesejahteraan rakyat dan negeri.
Ikhlas daripada seluruh warga USIM
10/06/2026
Nilai, 10 Jun 2026 β Program Mini Konvensyen Integriti & Antirasuah 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini bertempat di Dewan Auditorium, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang ini merupakan inisiatif bagi memperkukuh kesedaran warga universiti khususnya mahasiswa terhadap kepentingan amalan integriti dan penolakan rasuah dalam kehidupan seharian serta dalam persekitaran kerja pada masa hadapan.
Konvensyen ini menghimpunkan pelbagai pengisian menarik termasuk sesi forum dan perkongsian panel yang menampilkan individu berpengalaman dalam bidang integriti. Antara pengisian utama adalah sesi forum yang dikendalikan oleh seorang moderator bersama beberapa panel jemputan yang berkongsi pandangan serta pengalaman berkaitan cabaran dan usaha membanteras gejala rasuah dalam kalangan masyarakat.
Selain itu, program turut diserikan dengan kehadiran seorang personaliti jemputan yang terkenal dalam bidang media sosial, yang berkongsi perspektif mengenai peranan generasi muda dalam menyebarkan mesej integriti melalui platform digital.
Penganjuran program ini melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk Pejabat Integriti USIM, Majlis Perwakilan Pelajar dan beberapa organisasi berkaitan integriti serta antirasuah. Program ini turut mendapat sokongan daripada Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) USIM dan SPRM Negeri Sembilan yang memainkan peranan penting dalam penglibatan mahasiswa.
Melalui penganjuran konvensyen ini, diharapkan para peserta dapat meningkatkan kefahaman serta menghayati nilai integriti sebagai asas penting dalam pembentukan sahsiah diri dan profesionalisme.
βIntegriti Tunjang Kesejahteraan, Rasuah Musuh Negaraβ terus dijadikan pegangan dalam usaha melahirkan masyarakat yang beretika dan bebas daripada amalan rasuah.
10/06/2026
"Sedang berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia: Forum Mahasiswa Sebagai Ejen Perubahan: Kepimpinan Berintegriti Masa Hadapan. Forum ini menghimpunkan tokoh-tokoh hebat sebagai moderator dan panelis bagi membincangkan peranan mahasiswa sebagai agen perubahan dalam membina kepimpinan berintegriti untuk masa depan negara. Anjuran Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah USIM (), forum ini menjadi wadah penting dalam memperkukuh nilai integriti, akauntabiliti, dan kepimpinan beretika dalam kalangan generasi muda.
08/06/2026
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera
JEMPUTAN KE PROGRAM MINI KONVENSYEN INTEGRITI & ANTIRASUAH 2026
Salam Hormat YBhg. Datoβ /Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/Puan,
Pejabat Integriti dan Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) USIM dengan segala hormatnya menjemput YBhg. Datoβ /Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menyertai program Mini Konvensyen Integriti & Antirasuah 2026 sebagaimana butiran berikut:
π Program: Mini Konvensyen Integriti & Antirasuah 2026
π Tarikh:10 Jun 2026 (Rabu)
β Masa: 8 pagi
π Tempat: Dewan Auditorium FPSK, USIM
ποΈ Pengisian Program: Sesi forum, kuiz kahoot, pertandingan pitching idea, sesi bersama influencer Abg Madnor & booth pameran disediakan
βοΈ Kehadiran akan direkodkan ke dalam sistem myTRAMs.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi urus setia program:
Puan Nur Sakeenah Shahrome
βοΈ [email protected] | βοΈ 06-798 6646
Pn. Nur Syazwani Muhamad Saupi
βοΈ [email protected] | βοΈ 06-798 8054
Sekian, terima kasih
04/06/2026
Taklimat Panduan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) Dalam Sektor Awam
26/05/2026
πβ¨ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026 β¨π
Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan dengan penuh ikhlas menjadi asbab turunnya rahmat, keberkatan dan redha Allah SWT.
Taqabbalallahu minna wa minkum, Taqabbal ya Karim.
Ikhlas daripada:
Pejabat Integriti
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
21/05/2026
β¨ Rebutlah peluang sebelum terlambat β¨
Rasulullah SAW mengingatkan kita untuk menghargai setiap nikmat yang diberikan β masa muda, kesihatan, kelapangan, kekayaan dan kehidupan sebelum semuanya berlalu.
π Jadikan setiap detik bermakna dengan mengutamakan perkara yang berfaedah dan amanah yang dipikul.