π Dari kampus ke dunia pendidikan.
Ikuti perkongsian Puan Eliyawati Binti Saydi, alumni Diploma Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UPM (1993β1996), yang mengimbau kembali pengalaman dan kenangan sepanjang bergelar mahasiswa di Universiti Putra Malaysia.
Kenangan di kampus bukan sekadar nostalgia, malah menjadi asas yang membentuk perjalanan kerjaya dan kehidupan hingga ke hari ini. πβ€οΈ
Terima kasih atas perkongsian yang penuh inspirasi dan semangat kecintaan terhadap alma mater.
UPM Alumni
The OFFICIAL UPM Alumni Relations Centre page. We welcome you to be a part of us and stay connected.
11/06/2026
β¨ LAWATAN DARIPADA KOLEJ VOKASIONAL WAKAF TEMBESU (VocKAF), KUALA TERENGGANU KE FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA β¨
Universiti Putra Malaysia (UPM) berbesar hati menerima kunjungan daripada Kolej Vokasional Wakaf Tembesu (VocKAF), Kuala Terengganu ke Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM. Delegasi lawatan telah disambut mesra oleh Puan Noraihan Noordin, Ketua Penolong Pendaftar Fakulti Sains dan Teknologi Makanan.
Dalam kesempatan ini, Pusat Perhubungan Alumni UPM turut berpeluang menyantuni lima orang alumni UPM yang kini berkhidmat sebagai pendidik di Kolej Vokasional Wakaf Tembesu. Pertemuan ini menjadi platform yang bermakna dalam mengeratkan hubungan antara alumni dan alma mater, di samping mengimbau kembali kenangan serta perjalanan mereka sebagai warga UPM sebelum mencurahkan bakti dalam dunia pendidikan.
Antara alumni yang hadir ialah:
π Encik Aziz Bin Ali
Fakulti Pertanian (1988β1990)
π Puan Faizah Salleh
Bacelor Sains (Kepujian) Kimia Perindustrian, Fakulti Sains (1996)
π Puan Eliyawat Saydi
Diploma, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (1993β1996)
π Puan Norsyuhada Mohd Safee
Fakulti Pengajian Pendidikan (2002β2006)
π Puan Juliana Jamaludin
Fakulti Pengajian Pendidikan (1999β2002)
Pusat Perhubungan Alumni UPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan ini serta komitmen para alumni yang terus mengharumkan nama alma mater melalui sumbangan mereka dalam melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.
Semoga hubungan erat antara alumni dan universiti akan terus diperkukuh serta menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama yang lebih bermakna pada masa hadapan.
10/06/2026
Mesyuarat Program Pemula (Kick-Off) Tabung Endowmen Alumni Fakulti Pengasas (TEFA) UPM
Mesyuarat Program Pemula (Kick-off) Tabung Endowmen Alumni Fakulti Pengasas (TEFA) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah pun berlangsung pada 8 Jun 2026. Ini merupakan langkah pertama ke arah memperkukuh budaya memberi dan kelestarian pendidikan.
Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Prof. Dr. Shamsul Bahri Hj. Md Tamrin turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, Encik Fahmi Azar Mistar serta wakil daripada fakulti pengasas serta pihak berkepentingan bagi membincangkan hala tuju, strategi dan pelaksanaan inisiatif endowmen yang bakal memberi manfaat kepada warga UPM pada masa hadapan.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan jaringan alumni serta pembangunan pendidikan yang berterusan demi kecemerlangan Universiti Putra Malaysia.
MEKAR KE - 35
SAMBUTAN JUBLI EMAS ALUMNI UPM KELAS 1976
Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia mengalu-alukan semua alumni UPM untuk kembali ke alma mater.
Mengimbau memori dan kembali berbakti kepada alma mater tercinta.
3 Jun 2026 yang lalu alumni UPM kelas 1976 telah kembali ke UPM bagi sambutan 50 tahun mereka.
MEKAR 35- SAMBUTAN JUBLI EMAS ALUMNI UPM KELAS 1976
Ucapan penghargaan daripada Puan Nor Aziah Mohd Sharif Alumni UPM Kelas 1976, Diploma Pertanian, Fakulti Pertanian UPM.
Pusat Perhubungan Alumni UPM mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada seluruh alumni UPM Kelas 1976 atas komitmen dan kerjasama dalam melancarkan Sambutan Jubli Emas Alumni UPM Kelas 1976 yang telah pun berlangsung pada 3 Jun 2026.
05/06/2026
[MEKAR β Jubli Emas Alumni UPM Kelas β76]
(4 Jun 2026 | Bangi Resort Hotel)
Lima dekad yang sarat dengan kenangan, perjuangan, persahabatan dan kecemerlangan telah diraikan menerusi Program Menggamit Kenangan Alumni Reunion (MEKAR)sempena Sambutan Jubli Emas Alumni UPM Kelas β76.
Sambutan yang berlangsung dalam suasana santai itu turut diserikan dengan lawatan ke beberapa lokasi yang menyimpan seribu satu kenangan sepanjang mereka bergelar mahasiswa Universiti Putra Malaysia suatu ketika dahulu. Pastinya, pelbagai kisah dan pengalaman yang telah dilalui menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup yang membentuk kejayaan mereka pada hari ini.
Perhimpunan istimewa ini menjadi simbol penghargaan terhadap perjalanan 50 tahun Alumni UPM Kelas β76 yang telah menabur bakti dalam pelbagai bidang serta terus mengharumkan nama alma mater di peringkat nasional dan antarabangsa.
Program yang semakin sinonim sebagai tradisi dalam kalangan alumni ini turut menyaksikan penyerahan plak pusingan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun daripada Encik Anas Ahmad Nasarudin, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola RU50TDK Alumni 1976 kepada YBhg. Datoβ Abdullah Sani Shaffie selaku wakil Alumni Kelas 1977. Majlis penyerahan tersebut turut disaksikan oleh YBhg. Datoβ Soh Poh Sheng serta Encik Aiman Fikri Mohd Aris Fadzilah, wakil daripada Pusat Perhubungan Alumni UPM.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat dan jemputan khas, antaranya:
- YBhg. Datoβ Profesor Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, FASc
Naib Canselor Universiti Putra Malaysia
- Dr. Muhammad Muβaz Mahmud
Timbalan Pengarah, Pusat Perhubungan Alumni UPM
- Encik Mohd Norashedy Ab Rashid
Presiden Persatuan Alumni UPM
- Encik Anas Ahmad Nasarudin
Pengerusi, Jawatankuasa Pengelola RU50TDK Alumni 1976
πΏ Jubli Emas bukan sekadar meraikan perjalanan 50 tahun, malah menjadi lambang kekuatan hubungan yang terus utuh merentasi generasi. Semangat kebersamaan, kecintaan terhadap alma mater serta jaringan persahabatan yang terjalin sejak tahun 1976 merupakan warisan berharga yang akan terus dipelihara, diperkukuh dan diwariskan kepada generasi alumni akan datang.
04/06/2026
π Jun sudah bermula!
Ayuh bersama-sama memeriahkan Bulan Sinergi Putra 2026 yang sarat dengan pelbagai aktiviti menarik untuk warga UPM.
Antara pengisian yang menanti ialah Pertandingan Video Kreatif Bertemakan Keterjaminan Makanan anjuran Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM).
π¬ Semua alumni, staf dan pelajar UPM dijemput untuk menyertai pertandingan ini dengan menghantar karya video yang asli, kreatif dan berimpak tinggi.
π Hadiah menarik menanti para pemenang!
Jangan lepaskan peluang untuk menyerlahkan kreativiti anda sambil menyokong usaha meningkatkan kesedaran mengenai keterjaminan makanan.
04/06/2026
[LAWATAN KAMPUS ALUMNI KELAS 76 (Jubli Emas)]
(3 Jun 2026 | Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS)
Akhir sekali, rombongan Alumni 75 berpeluang mengunjungi Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia bersempena dengan Bulan Sinergi Putra UPM. Ketibaan rombongan telah disambut mesra oleh Encik Muhammad Arief Hakimi Sudin dan Puan Maryam Ahmad Nainy, yang telah memberikan penerangan menyeluruh mengenai peranan, fungsi dan kemudahan yang disediakan oleh hospital tersebut. Selain itu, para alumni turut didedahkan dengan sejarah penubuhan dan perkembangan HSAAS sebagai hospital pengajar universiti yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh bidang perubatan, pendidikan dan penyelidikan. Lawatan ini memberi peluang kepada para alumni untuk melihat sendiri kemajuan yang telah dicapai oleh UPM dalam memperluaskan kecemerlangan institusi ke bidang penjagaan kesihatan, sekali gus membangkitkan rasa bangga terhadap perkembangan alma mater yang terus maju dan berdaya saing.
"Alumni UPM Berilmu Berbakti"
Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
__
Ikuti berita dan maklumat hebahan ARCUPM
Universiti Putra Malaysia
04/06/2026
LAWATAN ALUMNI UPM KELAS 76 (JUBLI EMAS)
(3 Jun 2026 | Ladang 10 UPM)
Seterusnya, rombongan dibawa melawat ke Ladang 10 UPM bersempena dengan Bulan Sinergi Putra UPM. Lawatan ini memberikan peluang kepada para alumni untuk mendekati semula warisan dan kecemerlangan universiti dalam bidang pertanian. Pihak rombongan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Saiful Anuar A. Rahman, Pegawai Pertanian Kanan, atas kesudian berkongsi taklimat yang menarik dan bermanfaat mengenai industri madu kelulut serta sejarah penubuhan dan perkembangan Universiti Putra Malaysia. Perkongsian tersebut bukan sahaja menambah pengetahuan para alumni, malah mengimbau semula peranan UPM sebagai institusi yang menerajui kecemerlangan dalam bidang pertanian, penyelidikan dan inovasi negara.
"Alumni UPM Berilmu Berbakti"
Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
__
Ikuti berita dan maklumat hebahan ARCUPM di:
Facebook : https://www.facebook.com/PusatPerhubunganAlumniUPM
Instagram : https://www.instagram.com/pusatperhubunganalumniupm/
X : https://twitter.com/ARCentreUPM
Laman sesawang : https://alumni.upm.edu.my/
Universiti Putra Malaysia
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Contact the school
Telephone
Website
Address
UPM ALUMNI
Seri Kembangan
43400
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |