18/06/2026
π SAVE THE DATE | HARI ANUGERAH MUSLEH (HARUM) 2026
Centre of Learning Excellence (CLE), Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) dengan sukacitanya membawakan kembali Hari Anugerah MUSLEH (HARUM) 2026.
Majlis ini merupakan wadah penghargaan kepada sekolah, guru dan murid yang telah menunjukkan komitmen, kecemerlangan dan sumbangan bermakna dalam ekosistem pendidikan MUSLEH.
β¨ Tema: Menggilap Potensi, Membina Legasi
π
8 Ogos 2026
π 9.00 pagi
π Lokasi akan dimaklumkan
Simpan tarikh ini dan nantikan pengumuman seterusnya.
16/06/2026
π Salam Maal Hijrah
Tahun baharu Hijrah mengajak kita untuk terus mensyukuri perjalanan yang telah dilalui dan mengambil iktibar daripada setiap pengalaman yang mematangkan diri.
Hijrah bukan sekadar peristiwa dalam sejarah, tetapi satu seruan yang sentiasa relevan. Semoga kedatangan 1448H menjadi titik permulaan kepada usaha yang lebih bermakna, hubungan yang lebih erat dan sumbangan yang lebih besar kepada masyarakat dan ummah.
Selamat Menyambut Awal Muharam 1448H.
12/06/2026
[Berita] Murid Sekolah Rangkaian MUSLEH Serlah Kreativiti Digital dalam Minecraft Education Challenge Peringkat Kebangsaan
SERI KEMBANGAN β MUSLEH merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid sekolah rangkaiannya yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Minecraft Education Challenge 2026 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung baru-baru ini.
Pencapaian cemerlang dicatatkan oleh Aqeel Mikail Mohd Nu Aizad, 12 dari Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Gombak setelah diumum menduduki tempat ketiga dalam kategori Sekolah Rendah (Bukan KPM).
Turut mencatat pencapaian cemerlang, Noah Arifazunillah dari Sekolah Rendah Integrasi Al-Amin Bintulu, Sarawak yang berjaya mendapat tempat kelima dalam kategori yang sama.
Selain itu, beberapa pelajar sekolah rangkaian MUSLEH turut meraih saguhati. Antaranya, Ahla Najwa Salsabila dan Muhammad Marzuki Jidan dari Sekolah Rendah Integrasi Al-Amin Bintulu, Sarawak, serta Syed Ali Haydar Syed Hisham dari Sekolah Rendah Islam I-Musleh, Melaka.
Berita penuh: https://musleh.edu.my/2026/murid-sekolah-rangkaian-musleh-serlah-kreativiti-digital-dalam-minecraft-education-challenge-peringkat-kebangsaan/
11/06/2026
[Hebahan] πββοΈπΏ 10th International Eco Nature Virtual Run (IENvR) 2026 πΏπββοΈ
π’ Pendaftaran kini dibuka!
π
Tarikh Pendaftaran:
10 Jun β 31 Ogos 2026
π Jarak Larian:
6 Kilometer
β
Terbuka kepada peserta berumur 7 tahun ke atas
β
Terbuka kepada peserta Malaysia dan antarabangsa
β
Lari di mana-mana, pada bila-bila masa dalam tempoh yang ditetapkan
β
E-Sijil Penyertaan
β
Markah PAJSK untuk murid sekolah rendah dan menengah Malaysia
β
Medal Finisher (pakej penuh)
π 2,000 pendaftar terawal pakej penuh menerima beg serut eksklusif PERCUMA.
π² Daftar sekarang dan sertai ribuan peserta dari seluruh dunia dalam sambutan edisi ke-10 IENvR 2026!
# πΏπββοΈ 10th INTERNATIONAL ECO NATURE VIRTUAL RUN 2026 πΏπββοΈ
# # BACK TO NATURE β’ RUN FOR A BETTER FUTURE
π₯ PENDAFTARAN KINI DIBUKA! π₯
Sudah bersedia menjadi sebahagian daripada ribuan peserta dari pelbagai negara dalam acara larian maya berprestij yang memasuki edisi ke-10 tahun 2026?
π 10th International Eco Nature Virtual Run (IENvR) 2026 kembali dengan semangat yang lebih besar, pengalaman yang lebih menarik dan misi yang lebih bermakna!
β¨ Kenapa anda perlu sertai IENvR 2026?
β
Terbuka kepada peserta berumur 7 tahun ke atas
β
Sesuai untuk pelajar, guru, ibu bapa, veteran dan masyarakat umum
β
Terbuka kepada peserta Malaysia & Antarabangsa
β
Boleh berlari di mana-mana lokasi dan pada bila-bila masa dalam tempoh yang ditetapkan
β
Markah PAJSK disediakan untuk murid sekolah rendah dan menengah Malaysia
β
Medal Finisher Eksklusif - jika beli pakej
β
E-Sijil Penyertaan rasmi
β
Boleh add on baju rasmi yang eksklusif dan menarik
π ISTIMEWA UNTUK 2,000 PENDAFTAR TERAWAL!
Daftar dengan pakej penuh dan anda akan menerima beg serut eksklusif IENvR 2026 secara PERCUMA!
π
Tarikh Penting
π Pendaftaran:
10 Jun β 31 Ogos 2026
π¦ Penghantaran Kit:
30 Jun β 31 Ogos 2026
π² Penghantaran Bukti Larian:
15 Ogos β 15 September 2026
π Jarak Larian:
6 Kilometer
π± Setiap langkah yang anda ambil bukan sekadar untuk kesihatan, tetapi juga sebagai simbol komitmen terhadap alam sekitar, gaya hidup aktif dan kesejahteraan masyarakat global.
π Ayuh ajak keluarga, rakan-rakan, warga sekolah dan komuniti anda untuk menyertai larian maya terbesar yang menghubungkan pencinta alam dari seluruh dunia!
π― Jangan tunggu saat akhir!
Tempat untuk hadiah eksklusif pendaftaran awal adalah TERHAD.
π² Daftar sekarang dan jadilah sebahagian daripada sejarah 10th International Eco Nature Virtual Run 2026!
BackToNature
RunForNature
VirtualRun2026
HealthyLifestyle
EcoFriendly
PAJSK
KRSMusleh
MuslehIntegratedEducation
OneRunOneWorld
RunAnywhereAnytime
πΏ "Back To Nβture β Kerana setiap langkah kecil mampu membawa perubahan besar.β πββοΈππ
09/06/2026
[Berita] Murid SMI Hidayah JB Raih Kejayaan Cemerlang di Kejohanan Golf Antarabangsa
JOHOR BAHRU β Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru mencatat pencapaian cemerlang apabila berjaya mengharumkan nama negara dalam LLD Sports International College Golf Championship 2026 yang berlangsung di Laguna National Golf Resort Club, Singapura pada 1 hingga 2 Jun lalu.
Lebih manis, Mohamad Adli Hazim Mohd Azmi muncul Johan Kategori 13 Tahun selepas mempamerkan persembahan konsisten sepanjang kejohanan yang menghimpunkan hampir 100 pemain junior dari hampir 10 negara. Kejohanan tersebut turut menjadi tumpuan jurulatih dan pencari bakat daripada universiti-universiti golf terkemuka di Amerika Syarikat.
Menurut laporan media, Adli berjaya menewaskan pencabar dari Singapura dan Jepun dalam saingan sengit yang berlanjutan hingga ke lubang terakhir. Beliau menampilkan ketenangan serta kekuatan mental apabila melakukan birdie pada penamat permainan untuk mengesahkan kejuaraan dengan kelebihan dua pukulan mengatasi pencabar terdekat.
Sementara itu, seorang lagi atlet dari SMI Hidayah JB, Mohamad Aiman Hazim Mohd Azmi, turut menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila menamatkan saingan di kedudukan ke-11 bagi Kategori Boy A.
Berita penuh: https://musleh.edu.my/2026/murid-smi-hidayah-jb-raih-kejayaan-cemerlang-di-kejohanan-golf-antarabangsa/
Foto ihsan: SMI Hidayah JB
04/06/2026
[Aktiviti] Masuk hari ke-3 Ujian Kenaikan Pangkat KRS MUSLEH!
Semangat masih tinggi, langkah masih teguh. Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang terus menunjukkan ketabahan, disiplin dan semangat sepanjang ujian berlangsung. Semoga semua peserta terus diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan.
Selamat maju jaya kepada semua peserta KRS MUSLEHπ₯πͺ
26/05/2026
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha ππ
Bertakbirlah mengagungkan Allah Yang Maha Besar. Tiada Tuhan melainkan Allah.
Semoga Aidiladha ini menjadi ruang muhasabah tentang makna pengorbanan, keikhlasan dan kepatuhan seorang hamba kepada Tuhannya. Dalam laungan takbir yang membesarkan nama-Nya, semoga hati terus dipandu untuk tunduk, bersyukur dan kembali memperbaharui jiwa dengan nilai taqwa.
Moga Allah SWT menerima segala amal ibadah, pengorbanan dan doa kita pada hari-hari yang penuh keberkatan ini.
25/05/2026
π Notis Operasi Pejabat Urusan Musleh Integrated Education Berhad Sempena Aidiladha
Dimaklumkan bahawa pejabat akan beroperasi sehingga jam 12.30 tengah hari pada Selasa, 26 Mei 2026.
Pejabat akan bercuti mulai 27 Mei 2026 (Rabu) hingga 2 Jun 2026 (Selasa) sempena sambutan Aidiladha.
Pejabat akan kembali beroperasi seperti biasa pada 3 Jun 2026 (Rabu).
Selamat menyambut Aidiladha. Semoga Aidiladha membawa keberkatan dan ketenangan buat semua.