09/06/2026
🧠 Tumor otak adalah pertumbuhan sel yang abnormal di dalam otak. Tumor otak boleh berlaku dalam mana-mana bahagian otak atau tengkorak, termasuk kelenjar pituitari, pangkal tengkorak, lapisan pelindung otak (meninges), pangkal otak dan bahagian yang lain.
‼️ Kenali risiko, simptom dan rawatan tumor otak. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.
09/06/2026
🍽️ Hari Keselamatan Makanan Sedunia disambut pada 7 Jun setiap tahun. Keselamatan makanan merupakan tanggungjawab bersama yang bermula daripada penghasilan, penyediaan, pengendalian sehingga makanan dihidangkan kepada pengguna.
Sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia, marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan amalan pengendalian makanan yang bersih dan selamat bagi mencegah penyakit serta melindungi kesihatan masyarakat.
Keselamatan Makanan Tanggungjawab Kita Bersama
09/06/2026
Amalan mencuci tangan 🤚🏻✋🏻 dengan sabun perlu dijadikan amalan seharian. Ia dapat mengelakkan kuman dan bakteria 🦠 berbahaya mencemari makanan yang boleh menjejaskan kesihatan anda.
⚠️ Anda dinasihatkan untuk mencuci tangan selepas selesai melakukan sebarang aktiviti seperti memasak atau memegang permukaan yang kotor dan disyaki ada kuman.
‼Penggunaan sabun 🧴 dan air💧adalah medium terbaik untuk menyingkirkan kotoran dan membunuh bakteria pada tanganyang kotor dan berminyak.
20/05/2026
Hari Hipertensi Sedunia disambut pada 17 Mei setiap tahun.
Hipertensi ialah antara penyakit tidak berjangkit (NCD) yang dianggap pembunuh senyap kerana kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang gejala terutama di peringkat awal penyakit.
‼️ KKM ingin menyeru kepada semua lapisan masyarakat agar mengambil langkah pencegahan dengan menghadkan pengambilan garam, mengamalkan membaca label makanan dan mengutamakan perisa semula jadi.
15/05/2026
Selamat Hari Guru 2026 ✨
“Guru Bitara, Nadi Negara”
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas jasa, ilmu dan dedikasi dalam membentuk generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
Segala pengorbanan dan komitmen para guru dalam mendidik anak bangsa amat dihargai dan akan sentiasa dikenang 💐
Ikhlas daripada
Pengurusan dan Warga
Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia
15/05/2026
Selamat Hari Jururawat ❤️
Terima kasih kepada semua jururawat yang sentiasa menjadi tulang belakang dunia kesihatan penuh sabar, cekal dan ikhlas dalam setiap tugas.
“Care that comforts, service that saves.” 👩🏻⚕️👨🏻⚕️✨
15/05/2026
Lupus adalah penyakit auto-imun. Ini bermaksud sistem imun badan akan menyerang tisu atau organ dalam badan sendiri walaupun organ dan tisu ini tidak berbahaya.
Gejala yang terjadi bersama penyakit lupus ini boleh dikaitkan dengan organ-organ dalam badan kerana ia boleh menyerang pelbagai organ.
Walaupun penyakit lupus masih belum mempunyai rawatan khusus, namun demikian gejala-gejala penyakit ini boleh dirawat dan dikurangkan dengan ubat yang diambil atas arahan serta nasihat doktor.