Pusat Pertanian Putra

Pusat Pertanian Putra

Share

Turut menjual pelbagai jenis produk pertanian dan pelbagai jenis anak pokok

Pusat Pertanian Putra (Putra Agriculture Center) komited dalam memperkasa dan memajukan sektor pertanian melalui pendidikan, penyelidikan, dan pemindahan teknologi.

10/06/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa terdapat perubahan tarikh pelaksanaan Program Hook, Catch & Pay Fishing di Ladang Puchong.

πŸ“… Tarikh baharu bermula: 10 Jun 2026

Perubahan ini dibuat susulan sambutan yang amat menggalakkan daripada warga UPM dan orang awam, khususnya bagi aktiviti yang dijalankan pada hujung minggu bagi memberi peluang lebih ramai pengunjung menyertai program ini.

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua. Kami menantikan kehadiran anda di Ladang Puchong!

🎣 Hook, Catch & Pay Fishing
πŸ“ Ladang Puchong (Goggle map: https://maps.app.goo.gl/maDXoFbTNPZx6rct8)
πŸ—“οΈ Setiap Rabu, Sabtu dan Ahad
πŸ•£ 8.30 pagi – 4.30 petang

07/06/2026

πŸ“’ JOM SERTAI SIRI KEARIFAN TEMPATAN – HARTA TERSEMBUNYI DUSUN KITA! 🌳🍈

Tahukah anda, dusun bukan sekadar tempat menghasilkan buah-buahan, malah menyimpan pelbagai khazanah ilmu, peluang ekonomi dan amalan pertanian lestari yang bernilai? 🌱

Ayuh bersama TN. HJ. FIRDAUS KARDI dalam sesi perkongsian khas yang akan membuka perspektif baharu tentang potensi sebenar dusun kita.

πŸ—“ Tarikh: 8 Jun 2026 (Isnin)
πŸ•™ Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Tempat: Ladang Bersepadu Puchong
πŸ’° Yuran: PERCUMA

πŸŽ“ Antara manfaat penyertaan:
βœ… E-Sijil Penyertaan
βœ… Pembelajaran praktikal di ladang
βœ… Perkongsian ilmu daripada tenaga pakar
βœ… Pendedahan kepada teknologi dan amalan pertanian terkini

πŸ“² Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran segera. Tempat adalah terhad!





Photos from Pusat Pertanian Putra's post 04/06/2026

🎣🐟 MERIAHNYA HOOK, CATCH & PAY FISHING! 🐟🎣

Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir memeriahkan aktiviti Hook, Catch & Pay Fishing sempena Bulan Sinergi PUTRA 2026.

Gelagat para pemancing muda dan dewasa yang sabar menanti umpan disentap, wajah ceria dengan hasil tangkapan masing-masing, serta suasana santai di tepi kolam menjadikan program ini lebih bermakna dan meriah.

Tahniah kepada yang berjaya membawa pulang tilapia segar hasil tangkapan sendiri! Kepada yang belum berkesempatan, masih ada peluang untuk turut serta sepanjang bulan Jun.

Jumpa lagi di kolam pancing Pusat Pertanian Putra. Semoga lebih banyak strike, lebih banyak senyuman, dan lebih banyak kenangan tercipta bersama kami! 🎣✨





04/06/2026

🎣🐟 HOOK, CATCH & PAY FISHING @ BULAN SINERGI PUTRA 2026 🐟🎣

Kaki pancing, ini peluang anda! Rasai pengalaman memancing ikan tilapia segar di kolam kami melalui program Hook, Catch & Pay Fishing sepanjang Bulan Sinergi PUTRA 2026.

Sama ada anda pemancing berpengalaman atau baru ingin mencuba, aktiviti ini sesuai untuk seisi keluarga. Tangkap sendiri, bayar mengikut hasil tangkapan, dan bawa pulang ikan segar terus dari kolam!

πŸ“… Setiap Isnin, Rabu, Jumaat & Sabtu
πŸ—“οΈ Sepanjang Bulan Jun 2026
⏰ 8.30 Pagi – 4.30 Petang

Ayuh cabar kemahiran memancing anda dan nikmati suasana santai di Pusat Pertanian Putra. Siapa tahu, mungkin tangkapan terbesar bulan ini milik anda!





04/06/2026

🌞🍈 PICK ON YOUR OWN SUN MELON @ BULAN SINERGI PUTRA 2026 🍈🌞

Nikmati pengalaman memetik sendiri Sun Melon segar terus dari ladang! Bawa keluarga dan rakan-rakan untuk merasai kemanisan melon premium sambil menikmati suasana hijau dan nyaman di Pusat Pertanian Putra.

πŸ“… Setiap Hari
⏰ 8.30 Pagi – 4.30 Petang

Jangan lepaskan peluang memilih sendiri buah yang terbaik, bergambar di ladang, dan membawa pulang hasil tuaian yang segar dari kebun. Jumpa anda di Bulan Sinergi Putra!





02/06/2026

🍈🌱 Jom Rasai Pengalaman β€œPick On Your Own” di Ladang UPM! 🌱🍈

Pernah terfikir nak memetik sendiri buah terus dari ladang? Kini peluang anda tiba! ✨

Datang ke Pick On Your Own (POYO) sempena Bulan Sinergi PUTRA dan nikmati pengalaman unik memetik sendiri Sun Melon premium serta mendapatkan sayuran segar terus dari kawasan penanaman.

πŸ˜‹ Sun Melon manis, segar dan berkualiti
πŸ₯¬ Sayuran segar terus dari ladang
πŸ“Έ Lokasi menarik untuk aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan
🌿 Peluang melihat sendiri teknologi dan amalan pertanian moden UPM

πŸ“… Setiap hari sepanjang bulan Jun
⏰ 8.30 pagi – 4.30 petang
πŸ“ Ladang Puchong UPM

Jangan lepaskan peluang merasai sendiri pengalaman dari ladang ke tangan anda! Jumpa anda di sana! πŸ’š





02/06/2026

🌱✨ 1 Hari Lagi! Bulan Sinergi PUTRA bakal bermula! ✨🌱

Masa yang dinanti semakin hampir! πŸŽ‰

Ayuh sertai kami dalam Bulan Sinergi PUTRA yang menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik merangkumi pertanian, inovasi, kehidupan, akuakultur, agropreneur, kulinari dan banyak lagi.

🌾 Dari ladang ke meja makan
🐟 Dari kolam ke pasaran
🍈 Dari hasil penyelidikan ke manfaat masyarakat

Inilah peluang untuk melihat sendiri bagaimana ilmu dan inovasi diterjemahkan kepada impak sebenar untuk rakyat.

πŸ“… Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan β€œDaripada Kampus kepada Impak Nasional dan Global: Sinergi Menjana Masa Hadapan Mampan.”

Kami menantikan kehadiran anda! πŸ’š





31/05/2026

🌞🍈 TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN LUAR BIASA ANDA! 🍈🌞

Sambutan yang diterima untuk Pick On Your Own (POYO@UPM) Sun Melon IPR Musim Ke-2 memang di luar jangkaan. Ramai pengunjung yang hadir, memberi sokongan dan paling menarik, ramai juga yang meminta supaya program ini dilanjutkan.

Atas permintaan anda, kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa program ini akan DILANJUTKAN selama 2 hari lagi!

πŸ“… 1 & 2 Jun 2026
⏰ 9.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Ladang Puchong UPM

waze : Ladang Operasi IPR

✨ Masuk PERCUMA!
✨ Rasai sendiri pengalaman memetik Sun Melon segar terus dari ladang.
✨ Uji rasa kemanisan Sun Melon IPR yang menjadi pilihan ramai.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang telah hadir sepanjang program ini berlangsung. Sokongan anda menjadi semangat untuk kami terus membawa pengalaman agro yang lebih menarik kepada masyarakat.

Bagi yang belum sempat datang, inilah peluang terakhir anda untuk merasai pengalaman memetik Sun Melon sendiri di ladang!

Jumpa anda pada 1 & 2 Jun nanti! πŸˆπŸ’›

31/05/2026

🌱🚜 BULAN SINERGI PUTRA 2026 KEMBALI MENGGEGAR JUN INI! 🚜🌱

Sepanjang 3 hingga 29 Jun 2026, pelbagai aktiviti menarik menanti anda di bawah satu platform yang menghimpunkan ilmu, pertanian, rekreasi, kulinari dan komuniti! πŸŽ‰

✨ Sertai sesi perkongsian ilmu kearifan tempatan
🌾 Terokai pengalaman unik di Ladang Puchong
🍽️ Saksikan bakat hebat dalam Pertandingan Wira Kulinari
🎣 Rasai debaran Hook, Catch & Pay Fishing
πŸ… Nikmati pengalaman Pick On Your Own (POYO)
πŸ›’ Dapatkan pelbagai produk pertanian segar UPM
🌳 Tinggalkan legasi hijau melalui program Jom Tanam Pokok

πŸ“ Terbuka kepada warga UPM dan orang awam.
Jangan sekadar dengar cerita, datang dan alami sendiri pengalaman yang menghubungkan dari kampus ke impak nasional dan global!

πŸ”₯ Tandakan kalendar anda dan ajak keluarga serta rakan-rakan. Jun ini, kita meriahkan Bulan Sinergi PUTRA bersama-sama!





31/05/2026

3 HARI LAGI menjelang Bulan Sinergi PUTRA: Jom sama-sama saksikan inovasi dan impak pertanian mampan dari kampus ke peringkat global!

Want your school to be the top-listed School/college in Seri Kembangan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Pusat Pertanian Putra, Universiti Putra
Seri Kembangan
43400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00