15/06/2026
Seluruh warga IBS mengucapkan tahniah atas kenaikan pangkat secara Time-Based berasaskan kecemerlangan kepada Puan Farrah Deba Jamiauddin.
15/06/2026
Seluruh warga IBS mengucapkan tahniah atas kenaikan pangkat secara Time-Based berasaskan kecemerlangan kepada Puan Farrah Deba Jamiauddin.
13/06/2026
[Program Talent@IBS - Pembentangan Teknikal Skim C IBS Siri 17 2026]
05 Jun 2026 – Program Talent@IBS bagi Pembentangan Teknikal Skim C Institut Biosains siri ke 17 2026 telah berjaya dilaksanakan bertempat di Unit Mikroskopi, IBS dengan kehadiran staf makmal IBS. Program anjuran Sekretariat Pengurusan Perkhidmatan Makmal IBS ini menampilkan dua orang pembentang iaitu En. Salahudin Mohd Raof dan En. Azmi Mohd Amban.
En. Salahudin Mohd Raof merupakan pegawai sains (gred C10) yang bertugas di Laboratori Penyelidikan Ubatan dan Produk Semulajadi (NaturMeds) IBS. Pembentangan beliau bertajuk “The Power of NMR” telah memberi pendedahan mengenai prinsip asas Nuclear Magnetic Resonance (NMR), serta keupayaan teknik ini dalam mengenal pasti struktur, dinamik, komposisi dan persekitaran molekul pada aras atom. Aplikasi NMR yang meluas dalam pelbagai bidang penyelidikan dan industri turut dikongsikan. Selain itu, sistem baharu Bruker NMR System 600 MHz yang telah dipasang di NaturMeds, IBS turut diperkenalkan sekali gus memperkukuhkan keupayaan penawaran perkhidmatan analisis NMR yang cemerlang dan melonjak aktiviti penyelidikan dan pembangunan berimpak tinggi.
En. Azmi Mohd Amban, penolong pegawai sains (gred C6) di Unit Mikroskopi IBS p**a membentangkan tentang kelebihan tempe sebagai superfood di bawah pemerhatian menggunakan metodologi berasaskan mata kasar, mikroskop cahaya, mikroskop elektron untuk struktur 3D berdefinisi tinggi dan spektroskopi sinar-X (EDX) untuk analisis atom bagi komposisi kimia organik. Jaringan hyphae menyingkap kompleksiti benang kulat yang membentuk rangkaian tiga dimensi luar biasa dan bertindak sebagai gam semulajadi yang mengikat struktur dan memegang setiap molekul tempe secara fizikal. Rahsia tempe terasa padat apabila dipegang tetapi lembut apabila dikunyah terletak pada tekstur seni keliangan di mana terdapat ruangan udara mikro berongga yang membenarkan peredaran oksigen berterusan untuk menyokong fermentasi aktif Rhizopus Oligosporus. Pada magnitud pembesaran 10,000x, tersingkap entiti bakteria yang hidup di celahan tisu kacang soya. Ia berfungsi untuk membantu penghasilan vitamin B12. Sebagai kesimp**annya, tempe bukan sekadar makanan biasa tetapi merupakan sebuah ekosistem kecil yang berfungsi sempurna.
Selepas sesi pembentangan selesai, En Rafiuz Zaman Bin Haroun, Ketua Sekretariat Pengurusan Perkhidmatan Makmal IBS telah menyampaikan taklimat berkaitan program Greenlab@IBS sempena bulan Sinergi Putra UPM. Terdapat lima program yang akan dijalankan iaitu Smart Log IBS, Lab Resources Sharing Platform, Freezer Clean-Up Day, Labcycle dan Greenbench market.
Program bulanan Talent@IBS diharap dapat memperkasa pengetahuan teknikal dan meningkatkan kefahaman staf mengenai pengendalian peralatan serta teknik makmal khusus selain menjadi platform untuk pertukaran idea dan pengalaman dalam kalangan staf makmal IBS.
09/06/2026
5 Jun 2026 –Satu lawatan rasmi dan sesi perbincangan rasmi antara delegasi daripada penerbit antarabangsa Wiley dan wakil dari Laboratori Penyelidikan Ubatan dan Produk Semulajadi (NaturMeds), Institut Biosains (IBS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diadakan dengan jayanya di NaturMeds, IBS pada 5 Jun 2026 bermula jam 10:30 pagi.
Pertemuan ini melibatkan kehadiran delegasi Wiley yang diketuai oleh En. Sourabh Maheshwari, Pengarah Pasaran dan Perkongsian Global, serta turut disertai oleh Puan Nitya Dewi, Pengurus Akaun (Penyelidikan, Teras APAC), Wiley Malaysia. Pihak NaturMeds, IBS p**a diwakili oleh Dr. Chan Kim Wei, Pegawai Penyelidik Kanan yang juga memainkan peranan penting dalam penerbitan Wiley sebagai Ketua Editor bagi jurnal Advances in Pharmacological and Pharmaceutical Sciences, Editor Akademik bagi Journal of Food Biochemistry, serta Ahli Jawatankuasa Penasihat bagi Journal of Food Processing and Preservation.
Tujuan utama perjumpaan ini diadakan adalah untuk membincangkan secara lebih mendalam tentang landskap penerbitan dan penyelidikan di UPM dan Malaysia. Antara topik yang dibincangkan termasuklah hasil penerbitan tempatan, keutamaan penyelidikan semasa, serta evolusi persekitaran akademik di negara ini. Tambahan p**a, lawatan ini merupakan satu inisiatif bagi menghargai sumbangan aktif Dr. Chan Kim Wei sebagai ahli lembaga editorial kepada jurnal terbitan Wiley.
Secara keseluruhannya, perbincangan ini telah berlangsung dalam suasana yang positif dan membuahkan pertukaran idea yang bermanfaat untuk kedua-dua belah pihak. Pertemuan sebegini amat penting bagi mengukuhkan lagi jaringan kerjasama strategik di antara UPM dan penerbit terkemuka dunia seperti Wiley dalam memperkasakan keterlihatan hasil penyelidikan universiti ke peringkat global.
08/06/2026
Tahniah & Syabas Dr. Khairil Mahmud!
Seluruh warga Institut Biosains (IBS), Universiti Putra Malaysia (UPM) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Dr. Khairil Mahmud atas kejayaan cemerlang mengkomersialkan harta intelek beliau:
📄 “Composition for Use as Organic Molluscicide and Biostimulant for Plant Growth” kepada syarikat AU Synergy Sdn. Bhd.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan membuktikan impak penyelidikan dalam memacu inovasi yang memberi manfaat kepada industri dan masyarakat. Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada semua warga penyelidik di IBS!
Daripada: Warga Institut Biosains, UPM
🌿 Berilmu Berbakti
08/06/2026
🌱 Inovasi Tempatan Menembusi Pasaran Industri 🌱
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr. Khairil Mahmud dari Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM) atas kejayaan mengkomersialkan harta intelek “Composition for Use as Organic Molluscicide and Biostimulant for Plant Growth” kepada AU Synergy Sdn. Bhd.
Inovasi ini bukan sahaja menawarkan penyelesaian mesra alam bagi kawalan siput perosak, malah berfungsi sebagai biostimulan yang membantu meningkatkan pertumbuhan tanaman. Kejayaan pengkomersialan ini membuktikan bahawa penyelidikan UPM terus menghasilkan teknologi berimpak tinggi yang mampu menyelesaikan cabaran industri pertanian serta menyokong agenda keselamatan makanan negara.
🚀 Dari makmal ke pasaran.
🌿 Teknologi hijau untuk pertanian mampan.
🤝 Kerjasama strategik yang memacu inovasi negara.
Tahniah kepada penyelidik dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pemindahan teknologi ini demi manfaat industri, petani dan negara.
08/06/2026
[Revolusi Digital di Makmal: Menguasai Dino-Lite Eyepiece Camera Bersama AquaHealth]
4 Jun 2026 - Satu sesi latihan dalaman mengenai penggunaan Dino-Lite Eyepiece Camera telah berjaya dianjurkan oleh Laboratori Kesihatan & Terapeutik Haiwan Akuatik (AquaHealth). Program ini diadakan di AquaHealth-Molecular Lab.
Latihan ini bertujuan memperkenalkan teknologi inovatif Dino-Lite yang membolehkan visualisasi mikroskop dengan lebih jelas melalui paparan imej digital berkualiti tinggi. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada kaedah penggunaan peralatan yang mudah dan praktikal untuk aplikasi makmal serta penyelidikan.
Sesi latihan telah dikendalikan oleh Johnson Ng daripada DPro Scientific Sdn Bhd, yang berkongsi pengetahuan teknikal serta demonstrasi penggunaan peralatan secara langsung kepada para peserta.
Program ini telah dihadiri oleh beberapa pelajar dan staf AquaHealth. Para peserta berpeluang memahami fungsi serta kelebihan Dino-Lite Eyepiece Camera dalam meningkatkan kecekapan kerja dan ketepatan pemerhatian mikroskopik.
Penganjuran latihan ini diharap dapat membantu meningkatkan kemahiran pengguna serta memperkukuhkan penggunaan teknologi digital dalam aktiviti makmal dan penyelidikan di AquaHealth.
05/06/2026
Bedah Buku Read@IBS - Edisi Cuti Sekolah
Pengulas: Adik Nurul Aqilah binti Nurul Amin
Judul Buku: Best Student - Restart
Penilis: Inche Lebah
Bedah Buku Read@IBS - Edisi Cuti Sekolah
Pengulas: Adik Nurul Aqilah binti Nurul Amin
Judul Buku: Best Student - Restart
Penulis: Inche Lebah