26/05/2026
PPSUPM dengan tulus ikhlas mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M . Semoga pengorbanan yang dilakukan mendekatkan kita kepada rahmat dan kasih sayang Ilahi.
Page ini dibangunkan untuk memaklumkan serta berkongsi maklumat berkaitan dengan ahli Persatuan Peno
26/05/2026
PPSUPM dengan tulus ikhlas mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M . Semoga pengorbanan yang dilakukan mendekatkan kita kepada rahmat dan kasih sayang Ilahi.
22/05/2026
✨ SETINGGI-TINGGI TAHNIAH ✨
EN. MOHD HAFIZIE BIN MANAP
Presiden
Persatuan Penolong Pegawai Sains , UPM
atas penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C.) Negeri Selangor bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Ke-80.
Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi serta pemangkin kecemerlangan, dedikasi dan semangat berbakti kepada seluruh warga kerja khususnya komuniti Penolong Pegawai Sains.
Tahniah dan syabas atas pencapaian yang membanggakan ini. 🎉👏
14/05/2026
🚦Langkah pertama anda ke dunia cetakan 3D bermula di sini.🚦
Kuasai asas teknologi cetakan 3D secara praktikal bersama Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), UPM. Bengkel eksklusif ini direka khas untuk individu yang ingin memahami asas perkakasan, perisian, dan mula mencipta rekaan secara 'hands-on'. Daftar dahulu dan pihak sekretariat akan menghubungi anda untuk tetapan slot bagi sesi tersebut.
⚠️ Eksklusif: Tempat sangat terhad kepada 12 orang peserta bagi setiap sesi bagi menjamin kualiti pembelajaran
💻 Sila bawa komputer riba anda sendiri (wajib)
1️⃣8️⃣ Peserta hendaklah berumur 18 tahun ke atas
*Imbas kod QR pada poster atau tekan pautan di bawah untuk pendaftaran sekarang*
(a) Pendaftaran Sesi 1 - 10 Jun 2026 (Rabu)
https://forms.gle/GGzwsVReNaRJvtL26
(b) Pendaftaran Sesi 2 - 11 Jun 2026 (Khamis)
https://forms.gle/iXAPay8GofKCmh9UA
⚠️::Daftar salah satu sesi sahaja::⚠️
07/05/2026
30/04/2026
Selamat Hari Pekerja 2026 🎉
Hari Pekerja adalah hari kita meraikan dedikasi, komitmen dan usaha tanpa jemu seluruh warga kerja yang menjadi tulang belakang kemajuan negara. Khususnya kepada semua Penolong Pegawai Sains, terima kasih atas sumbangan anda dalam menyokong penyelidikan, inovasi dan perkhidmatan yang memberi impak kepada masyarakat.
Teruskan melangkah dengan semangat, profesionalisme dan integriti dalam setiap amanah yang dipikul.
“Pekerja Madani , Kesuma Bangsa”
Ikhlas daripada
Persatuan Penolong Pegawai Sains Universiti Putra Malaysia (UPM)
10/04/2026
10 April (Jumaat) - Mewakili Persatuan Penolong Pegawai Sains UPM (PPSUPM) iaitu Timbalan Presiden En Izarul Hakim, Setiausaha Persatuan Pn Hidayah Husain serta Penolong Setiausaha Pn Noorhafiza Eazak telah menghadiri satu perbincangan bersama wakil Bahagian Pengurusan Makmal Universiti (BPMU) serta wakil Persatuan Pegawai Sains UPM (PScUPM)
Perbincangan ini adalah menyelaraskan latihan berkaitan skim C serta perbincangan untuk perancangan program skim C untuk tahun 2026
10/03/2026
Ahli Jawatankuasa Persatuan Penolong Pegawai Sains UPM ( PPSUPM) dalam usaha untuk melaksanakan pemberian cenderamata khas sempena bulan syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.
InsyaAllah pemberian cenderamata khas ini akan diagihkan oleh wakil AJK PPSUPM mengikut Pusat Tanggngjawab (PTJ) masing-masing bermula hari ini.
Moga semua ahli PPSUPM dapat menikmati cenderamata khas ini.
09/03/2026
9 Mac (Isnin) - Biro Kebajikan & Kerohanian Persatuan Penolong Pegawai Sains UPM (PPSUPM) telah menganjurkan satu Program Ceramah Ramadhan yang bertajuk : Ramadan Bakal Berlalu, Bagaimana Dengan Amalan Kita? yang telah disampaikan oleh Dr Mohamad Nidzam Abdul Kadir Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia UPM.
Program ini dijalankan secara atas talian 'Google Meet' serta melalui media sosial page PPSUPM sendiri bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi. Saudara Mohd Haizan selaku pengacara majlis untuk program kali ini.
Penutup program telah disempurnakan oleh
Presiden PPSUPM En Mohd Hafizie Manap.
Dengan seramai 400 peserta telah menghadiri ceramah ini, alhamdulillah perjalanan ceramah ini dipermudahkan serta berjaya dikendalikan oleh Biro Kebajikan & Kerohanian serta Biro Teknikal & Multimedia PPSUPM termasuk semua AJK PPSUPM. Tahniah diucapkan kepada semua yang menjayakan program ini.
Sempena bulan Ramadan Al Mubarak 2026/1447H, sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Penolong Pegawai Sains UPM (PPSUPM) akan menganjurkan program Ceramah Webinar bersempena Bulan Ramadan 2026.
Butiran program ceramah adalah seperti berikut:
✒️ RAMADAN BAKAL BERLALU, BAGAIMANAKAH DENGAN AMALAN KITA?
bersama
Dr. Mohamad Nidzam Abdul Kadir
Pensyarah Kanan, Fakulti Ekologi Manusia, UPM
📌 Tarikh: 9 Mac 2026 (Isnin)
📌 Masa: 10.00 pagi – 11.00 pagi
Semoga program ilmu di bulan Ramadan mendapat keberkatan, manfaat yang meluas, serta meningkatkan kualiti ibadah dan penyucian hati (tazkiyatun nafs) buat tuan/puan yang hadir.
InsyaAllah🤲🏻
Sekian, untuk makluman.
Jawatankuasa Kebajikan dan Kerohanian
Persatuan Penolong Pegawai Sains UPM