AiMS FPM

AiMS FPM

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AiMS FPM, Education Website, UiTM Kampus Puncak Perdana, Jalan Pulau Angsa U10/A, Shah Alam.

Official FB page for Association of Information System Management (AiMS)
🎓 UiTM Puncak Perdana | est. 2005

IG: aimsfpm
FB: AiMS FPM
TikTok:aimsfpm

#SmallbutSignificant
#AiMS

04/06/2026

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, dan Salam UiTM Di Hatiku.

[PROGRAM AIMS NIGHT CELEBRATION: A JOURNEYBOF TOGETHERNESS 2026]

Merujuk perkara di atas, Association of Information Management System (AiMS) dengan sukacitanya menjemput semua ahli untuk menghadiri program AiMS Night Celebration pada ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 4 Jun 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 8:30 p.m. – 10:45 p.m.
📍 Tempat: Dewan Seminar IM
👔 Tema Pakaian: Klasik
💰 Yuran Penyertaan: RM6
🍲 (makanan di sediakan)

Sehubungan itu, semua ahli AiMS adalah DIWAJIBKAN untuk hadir bagi memeriahkan program ini.

📌 Program ini bertujuan meraikan kebersamaan ahli AiMS serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam suasana yang penuh bermakna dan ceria.

🎁 Pelbagai hadiah menarik menanti anda!

Sekian, terima kasih atas kerjasama anda.

“Small, but Significant”

Yang Menjalankan Amanah,
BIRO PENDAFTARAN
PROGRAM AIMS NIGHT CELEBRATION
Association of Information System (AiMS)
Kampus Puncak Perdana
Sesi 2026



01/06/2026

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.

✨🌾 SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI🌾✨

Association of Information Management System (AiMS) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai kepada seluruh warga UiTM yang meraikannya.

Hari Gawai merupakan perayaan tradisional masyarakat Dayak di Sarawak sebagai tanda kesyukuran selepas musim menuai padi serta simbol perpaduan dan kebersamaan.

Semoga sambutan Hari Gawai ini membawa kegembiraan, kesejahteraan dan keberkatan kepada semua. Jadikan nilai kesyukuran ini sebagai inspirasi untuk terus maju dalam kehidupan dan pelajaran.

“Gayu Guru Gerai Nyamai” kepada semua yang meraikan. 🤍

Sekian, terima kasih.

“Small, but Significant”

Yang menjalankan tugas,

Biro Perhubungan Awam
Association of Information Management System (AiMS)
Universiti Teknologi MARA
Kampus Puncak Perdana
Sesi 2026



01/06/2026

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.

👑 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN RASMI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG 👑

Association of Information Management System (AiMS) ingin merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Hari yang istimewa ini bukan sekadar sambutan rasmi negara, malah menjadi simbol penghormatan kepada institusi Yang di-Pertuan Agong yang menjadi payung kepada rakyat serta lambang perpaduan negara. Keprihatinan, kebijaksanaan dan kepimpinan Baginda menjadi inspirasi dalam usaha membentuk masyarakat yang harmoni dan progresif.

Sempena sambutan ini, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat cintakan negara, menghargai nikmat keamanan yang dikecapi, serta memperkukuh nilai hormat-menghormati dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sentiasa dilimpahi rahmat, kesejahteraan dan keafiatan dalam memayungi negara tercinta.

Daulat Tuanku. 🇲🇾✨

Sekian, terima kasih.

“Small, but Significant”

Yang menjalankan tugas,

Biro Perhubungan Awam
Association of Information Management System (AiMS)
Universiti Teknologi MARA
Kampus Puncak Perdana
Sesi 2026





31/05/2026

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.

SELAMAT HARI WESAK 2026

Association of Information Management System (AiMS) mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di seluruh Malaysia.

Hari Wesak merupakan hari yang penuh makna bagi penganut agama Buddha dalam memperingati kelahiran Siddhartha Gautama Buddha yang merupakan tokoh terpenting dalam agama Buddha yang dilahirkan di Lumbini, Nepal sekitar 563 - 483 SM. Sambutan ini mengingatkan kita tentang nilai kasih sayang, keamanan, kesederhanaan dan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.

Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua serta menjadi inspirasi untuk terus menyebarkan nilai toleransi dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama.

Sekian, terima kasih.

" Small, but Significant "

Yang menjalankan tugas,

Biro Perhubungan Awam
Association of Information Management System (AiMS)
Universiti Teknologi MARA
Kampus Puncak Perdana
Sesi 2026



30/05/2026

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.

🌾 SELAMAT HARI KAAMATAN 🌾

Association of Information Management System (AiMS) ingin mengucapkan Selamat Hari Kaamatan kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyambut Pesta Menuai ini, khususnya masyarakat Kadazandusun.

Hari Kaamatan merupakan perayaan tradisional yang disambut sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi serta penghormatan kepada semangat padi, “Bambarayon” 🌾. Perayaan ini juga melambangkan perpaduan, keharmonian dan penghargaan terhadap warisan budaya yang unik.

Semoga sambutan Hari Kaamatan ini membawa keberkatan, kegembiraan dan mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat berbilang kaum.✨🤝

Sekian, terima kasih.

“Small, but Significant”

Yang menjalankan tugas,

Biro Perhubungan Awam
Association of Information Management System (AiMS)
Universiti Teknologi MARA
Kampus Puncak Perdana
Sesi 2026



27/05/2026

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.

🕌 SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 🐄✨

Association of Information Management System (AiMS) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga UiTM.

Hari Raya Aidiladha mengingatkan kita tentang nilai pengorbanan, keikhlasan, dan ketaatan dalam menjalani kehidupan. Di sebalik kemeriahan sambutan ini, terselit pengajaran untuk terus menghargai insan di sekeliling serta mengeratkan hubungan sesama masyarakat.

Bagi yang menyambut bersama keluarga mahupun berjauhan di perantauan, semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan, dan kebahagiaan buat semua. Jadikan semangat pengorbanan ini sebagai inspirasi untuk terus melangkah maju dalam pelajaran dan kehidupan.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dan semoga segala amal serta pengorbanan kita diterima dan diberkati. 🤍

Sekian, terima kasih.

“Small, but Significant”

Yang menjalankan tugas,

Biro Perhubungan Awam
Association of Information Management System (AiMS)
Universiti Teknologi MARA
Kampus Puncak Perdana
Sesi 2025



26/05/2026

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.

⭐🕌SALAM HARI ARAFAH🕌⭐

Association of Information Management System (AiMS)_ mengucapkan salam Hari Arafah kepada seluruh umat Islam.Hari Arafah merupakan antara hari yang paling mulia dalam Islam dan mempunyai keistimewaan yang besar di sisi Allah SWT. Pada hari yang penuh rahmat ini, umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan doa, zikir, istighfar, bacaan al-Quran serta amalan-amalan kebaikan agar memperoleh keberkatan dan keampunan daripada-Nya.

Imam Abu ‘Isa al-Tirmizi meriwayatkan di dalam al-Jami’ menerusi sanadnya daripada ‘Amr b. Syu’aib daripada bapanya, daripada datuknya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

خَيْرُ الدُّعاءِ دعاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَخَيْرُ ما قُلْتُ أنا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي:
لا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وحده لا شَريكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ، وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ على كُلّ شئ قَدِيرٌ

“Sebaik-baik doa ialah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik (zikir) yang dilafazkan oleh aku dan para Nabi sebelumku ialah (Kalimah Tauhid):

“Tiada Tuhan selain Allah, satu-satunya Dia sahaja tiada sekutu bagi-Nya. Hanya milik-Nya segala Kerajaan, dan hanya milik-Nya jua segala puja, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

Semoga Hari Arafah ini membawa sinar ketenangan, kebahagiaan dan keberkatan dalam kehidupan kita semua. Diharapkan agar kita sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT serta diberikan kekuatan untuk terus istiqamah dalam melakukan kebaikan di dunia mahupun akhirat. 🤲✨

Sekian, terima kasih.

" Small, but Significant "

Yang menjalankan tugas,

Biro Perhubungan Awam
Association of Information Management System (AiMS)
Universiti Teknologi MARA
Kampus Puncak Perdana
Sesi 2026



25/05/2026

Assalammualaikum WBT, Salam Sejahtera,
Salam UITM Di Hatiku.

[SELAMAT BERCUTI PERTENGAHAN SEMESTER]

Association of Information Management System (AiMS) ingin
mengucapkan Selamat Bercuti Pertengahan Semester kepada seluruh warga Fakulti Sains Maklumat.

Gunakanlah masa cuti anda dengan sebaiknya. Rehatkan minda anda dan luangkan masa secukupnya bersama insan tersayang.

Diharapkan semua pelajar menjaga keselamatan diri dan semoga cuti ini dipenuhi dengan perkara yang bermanfaat.

Cuti Pertengahan Semester pada 25 MEI 2026 sehingga 2 JUN 2025

Sekian, Terima kasih.

"Small, but Significant"

Yang menjalankan amanah,

BIRO AKADEMIK
Association of Information Management System (AiMS)
Fakulti Sains Maklumat
Universiti Teknologi MARA
Kampus Puncak Perdana
Sesi 2025/2026



18/05/2026

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.

🌙🕋SELAMAT MENYAMBUT AWAL ZULHIJJAH🕋🌙

Association of Information Management System (AiMS) mengucapkan selamat menyambut Awal Zulhijjah kepada seluruh warga UiTM dan seluruh umat Islam.

Sempena kedatangan Awal Zulhijjah ini, bulan ini yang mengingatkan kita tentang pengorbanan, keikhlasan dan harapan.Oleh itu, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan amal ibadah, doa serta mengambil peluang dalam hari keberkatan ini.

Permulaan bulan mulia ini membawa seribu kebaikan dan ketenangan hati.Semoga bulan yang mulia ini membawa ketenangan, keberkatan dan semangat ukhwah buat kita semua.

Sekian, terima kasih.

"Small, but Significant"

Yang menjalankan tugas,

Biro Perhubungan Awam
Association of Information Management System (AiMS)
Universiti Teknologi MARA
Kampus Puncak Perdana
Sesi 2026



Photos from AiMS FPM's post 08/05/2026

Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.

AVOLVE: FIRST STEP TO SHAPE YOUR FUTURE

Alhamdulilah, telah berlangsungnya program Avolve: First Step To Shape Your Future pada 7 Mei 2026 iaitu pada hari Khamis di Dewan Seminar IM pada pukul 8:00 PM sehingga 10:30 PM. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar terutamanya pelajar-pelajar baharu SI262.

Kami daripada Association of Information Management System (AiMS) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelajar SI262 yang sudi menghadirkan diri dalam program ini. Tidak dilupakan pihak AiMS juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli jawatankuasa AiMS yang menjayakan program ini dengan lancar.

Oleh itu, diharapkan program ini dapat memberikan perspektif baharu, memberi manfaat serta inspirasi kepada semua pelajar untuk maju dalam persatuan dalam universiti.

Berikut ialah gambar-gambar sepanjang program berlangsung.

Sekian,terima kasih.

"Small, but Significant"

Yang menjalankan tugas,
Biro Perhubungan Awam
Association of Information Management System (AiMS)
Universiti Teknologi MARA
Kampus Puncak Perdana
Sesi 2026



Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


UiTM Kampus Puncak Perdana, Jalan Pulau Angsa U10/A
Shah Alam
40150