Jabatan Digital UITM

Jabatan Digital UITM

Share

Jabatan Digital UiTM
https://digital.uitm.edu.my

22/06/2026

22/6/26 | Hebahan ICT

Kemudahan Chatbox berkaitan Aduan ICT telah disediakan di sistem UNITS (https://units.uitm.edu.my)

Ketua Pegawai Digital
Jabatan Digital
Universiti Teknologi MARA

19/06/2026

19/6/26 | Muat Turun Aplikasi

Warga UiTM digalakkan untu memuat turun APPSWARGA@UiTM melalui Google Play Store dan Apple App Store.

Ketua Pegawai Digital
Jabatan Digital
UiTM

17/06/2026

17/6/26 | Awal Muharram

🌙✨ Selamat Menyambut Awal Muharam 1448H ✨🌙

Marilah kita bersama-sama menghayati kedatangan tahun baharu Hijrah sebagai titik permulaan untuk memperbaharui azam, memperkukuh keimanan serta meningkatkan amalan kebajikan dalam kehidupan seharian.

Semoga tahun baharu ini membawa keberkatan, rahmat dan kesejahteraan serta mengukuhkan semangat perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat.

“MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”

Ikhlas daripada,
Ahli Pengurusan Eksekutif
dan Seluruh Warga Jabatan Digital

17/06/2026

17/6/26 | Ucapan Tahniah

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga Jabatan Digital atas pencapaian meraih:

🥇 Anugerah Kecemerlangan SAP 2025 (Tempat Pertama).

⭐ Anugerah Pencapaian 6 Bintang Pengarah Peneraju.

sempena Majlis Apresiasi Anugerah Kecemerlangan Prestasi Universiti (AKPU) 2025 & Global Prominence Award (GPA).

Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha, kesungguhan dan semangat kerja berpasukan yang tinggi seluruh warga Jabatan Digital mampu menghasilkan pencapaian yang membanggakan.

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga Jabatan Digital!

Photos from Jabatan Digital UITM's post 16/06/2026

08/06/2026 : Sekitar Lawatan Kerja Penandarasan Teknologi Virtualization di Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Banting, Selangor. Delegasi Jabatan Digital telah disambut oleh Ybrs Dr Nor'asnilawati Salleh, Timbalan Pengarah dan Ts. Sharizal Fadlie Bin Sabri daripada Bahagian Kejuruteraan dan Teknologi Angkasa, MYSA serta kakitangan MYSA yang lain. Delegasi Jabatan Digital diketuai oleh Dr Mohd Hairy Mohamaddiah, Pengarah Bahagian Infrastruktur Digital dan disertai dengan pasukan Bahagian Infrastruktur Digital & Keselamatan ICT. Pihak MYSA telah berkongsi akan pengalaman mereka dalam pelaksanaan Virtualization di MYSA. Delegasi juga didedahkan dengan perkongsian menarik berkaitan teknologi Angkasa yang wujud di negara kita serta inisiatif berkaitan Angksa yang sedang dan telah dilaksanakan oleh MYSA untuk negara. Terima kasih kepada pihak MYSA kerana sudi menerima kami untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan.

12/06/2026

12/6/26 | Kempen Derma Darah

Adakah anda tahu bahawa sumbangan 1 beg darah mampu menyelamatkan sehingga 3 nyawa?

Kami berbesar hati ingin menjemput seluruh warga UiTM Shah Alam, Alumni dan Orang Awam untuk sama-sama memeriahkan Kempen Derma Darah Perdana: UiTM Cakna bagi tahun 2026.

Berikut adalah butiran program:

📅16 Jun 2026 (Selasa)
⏰10.00 pagi – 5.00 petang
📍Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam

Klik pautan di bawah untuk pra-pendaftaran:

🔗 https://forms.gle/ZNWNGbf1M1TpY5Hb8

PEJABAT KOMUNIKASI STRATEGIK
ARAS 2, CANSELERI TUANKU SYED SIRAJUDDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

11/06/2026

12/6/26 | Ilmu Digital

Bahagian Digital UiTM Cawangan Selangor ingin menjemput Warga UiTM untuk menyertai Program Literasi Digital-InfostrukturWebinar@UCS 2026 Siri 05/2026 pada ketetapan berikut:

Tajuk : ‘Canva AI Magic: Design Made Easy for Everyone’
Penceramah : Dr. Rozianawaty Osman
Tarikh : 12 Jun 2026 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi
Platform : Microsoft Teams (https://tinyurl.com/IFW2026Series5)

Pautan untuk pengesahan kehadiran bagi tujuan jam latihan akan diberikan pada penghujung program. Sijil Digital akan dihantar terus ke email peserta yang telah melengkapkan borang soal selidik dengan lengkap.

Bahagian Digital
UiTM Cawangan Selangor

Photos from Jabatan Digital UITM's post 11/06/2026

12/6/26 | Daftar MyDigital ID

MyDigital ID telah diperkenalkan sebagai inisiatif identiti digital nasional yang menyokong akses perkhidmatan dalam talian secara selamat dan bersepadu.

Sehubungan itu, semua warga UiTM (staf dan pelajar) adalah digalakkan untuk mendaftar MyDigital ID bagi tujuan:
a. Memudahkan akses ke pelbagai sistem dan aplikasi melalui konsep Single Sign-On (SSO).
b. Meningkatkan tahap keselamatan pengesahan identiti digital.
c. Menyokong agenda transformasi digital universiti.

Untuk maklumat lanjut dan panduan pendaftaran MyDigital ID, sila layari https://www.digital-id.my

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui +603 8687 2772 | [email protected]

Photos from Jabatan Digital UITM's post 11/06/2026

8/6/26 | Bilik Mesyuarat Zetta , Aras 5, Menara SAAS

Sekitar majlis meraikan persaraan staf Jabatan Digital, Puan Rusni Hj. Harun, Juruteknik Komputer Tertinggi FT3, Bahagian Teknologi Pengkomputeran dan Puan Fatimah Mohd Yunus, Juruteknik Komputer Tertinggi FT3, Bahagian Infrastruktur Digital.

Terima kasih atas segala bakti yang telah dicurahkan. Semoga terus cemerlang dalam perjalanan kehidupan yang mendatang dan fasa baharu kehidupan ini dipenuhi dengan kesihatan yang baik, kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan bersama keluarga tercinta.


10/06/2026

10/6/26 | Ucapan Tahniah

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Ts. Maznifah Binti Salam @ Mohd Sahalan atas pelantikan sebagai Anggota Tribunal Rayuan Keselamatan Dalam Talian (TRKDT) di Kementerian Komunikasi bagi Tahun 2026 - 2029.

Semoga kepakaran, kewibawaan dan pengalaman luas yang dimiliki akan terus memacu kecemerlangan, seterusnya memperkukuh ekosistem keselamatan digital negara.

Ikhlas daripada,
Ahli Pengurusan Eksekutif dan Seluruh Warga Jabatan Digital

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Jabatan Digital, UiTM
Shah Alam
40400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00