BITCOM UiTM

BITCOM UiTM

Share

Business Innovation & Technology Commercialization (BITCOM), Universiti Teknologi MARA, UiTM

08/06/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada Cik Nazarul Wirda Baharuddin atas pelantikan sebagai Pegawai Eksekutif (Inkubasi Pasaran Produk), Business Innovation & Technology Commercialization Centre (BITCOM), UiTM berkuatkuasa 16 Mei 2026.









Photos from BITCOM UiTM's post 08/06/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada

Pn. Norsyazrah Zulkifli atas pelantikan semula sebagai Koordinator Harta Intelek BITCOM, UiTM berkuatkuasa 15 Januari 2026

dan

Dr. Azrin Ali atas pelantikan semula sebagai Ketua Pelesenan Teknologi & Pengkomersialan BITCOM, UiTM berkuatkuasa 15 Mac 2026.

Semoga dengan pelantikan semula ini, kedua-dua pentadbir akademik akan terus cemerlang dalam melaksanakan amanah yang diberikan serta memperkukuhkan lagi kecemerlangan BITCOM dalam pengurusan harta intelek, pelesenan teknologi dan pengkomersialan hasil penyelidikan universiti.

Selamat menjalankan tugas dan semoga terus mencapai kejayaan yang lebih gemilang.






01/06/2026

๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

Merafak sembah menjunjung kasih dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447 Hijrah.

Semoga Allah SWT memberkati dan lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku.

Sembah takzim daripada seluruh warga UiTM.

๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—จ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น
ุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ูˆู„ูŠุง

30/05/2026

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026 kepada seluruh warga Sabah dan Sarawak.

Kepelbagaian budaya, warisan dan tradisi yang diraikan ini mencerminkan kekuatan Malaysia sebagai sebuah masyarakat yang inklusif, progresif dan saling menghormati.

Semoga sambutan tahun ini terus memperkukuh semangat kebersamaan, kesejahteraan komuniti serta hubungan erat antara warga akademia, industri dan masyarakat.

Ikhlas daripada seluruh warga BITCOM UiTM.

โ€œSegulai Sejalai Nuju Pemansangโ€




27/05/2026

Salam Aidiladha 1447H.

Semoga sambutan Aidiladha kali ini terus menyuburkan nilai pengorbanan, amanah dan keikhlasan dalam setiap usaha yang dilaksanakan โ€” sama ada dalam kehidupan, pekerjaan mahupun tanggungjawab kepada masyarakat.

BITCOM UiTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga universiti, rakan industri, penyelidik serta komuniti yang terus bersama memperkukuh agenda inovasi dan pengkomersialan negara.

Selamat Hari Raya Aidiladha daripada seluruh warga BITCOM UiTM.



26/05/2026

LIMITED TIME OFFER: ENJOY 20% OFF ON UITM'S INTERACTIVE MICROBIOLOGY KIT

Greetings from Universiti Teknologi MARA.

We are pleased to introduce the โ€œInteractive Microbiology Kitโ€, an innovative and interactive education kit specially developed to enhance studentsโ€™ interest in science through engaging hands-on learning experiences.

SPECIAL JUNE PROMOTION

Normal Price: RM100
โœ… Promotional Price: RM80 ONLY (20% OFF)
โณ Limited time offer in celebration of the month of June. While stocks last.

Designed for schools, educators, parents, and young learners, the kit features four exciting experiment sets covering:

โœ… Algae
โœ…Yeast
โœ…Environmental Micro-organisms
โœ…Viruses

Each kit includes:

๐Ÿ”ธInstructional materials and lab manuals
๐Ÿ”ธColourful reference books
๐Ÿ”ธ Practical experiment videos accessible via QR codes
๐Ÿ”ธSafe and interactive learning activities aligned with the Malaysian Ministry of Education syllabus

Developed by specialized UiTM experts, the kits provide a safe and enjoyable way for students to explore microbiology without handling harmful pathogens, making them suitable for both classroom and home learning environments.

We believe this kit will inspire curiosity, creativity, and greater interest in STEMeducation among students.

For enquiries or orders, please contact:
๐Ÿ“ž Dr Jamal Housssaini โ€“ [email protected]
๐Ÿ“ž Dr Azrin โ€“ 016 206 5141 โ€“ [email protected]

Thank you and we look forward to your support.

Photos from BITCOM UiTM's post 22/05/2026

SOROTAN PENCAPAIAN โ€œPATENTS GRANTED 2025โ€ ๐ŸŽ‰

Tahun 2025 terus mencatatkan pencapaian membanggakan buat UiTM apabila sebanyak 9 paten telah berjaya didaftarkan setelah melalui proses pemeriksaan terperinci di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Pencapaian ini melibatkan ketua-ketua penyelidik daripada fakulti-fakulti seperti berikut:

- Fakulti Pergigian: 1
- Fakulti Farmasi: 2
- Fakulti Sains Gunaan: 2
- Fakulti Perubatan: 1
- Fakulti Kejuruteraan: 3
(Nombor di atas merujuk kepada jumlah paten)

Paten-paten di atas merupakan hasil penyelidikan yang dibangunkan sekitar tahun 2019 hingga 2023 dan akhirnya berjaya didaftarkan pada tahun 2025.

Malah, bagi suku kedua tahun 2026, UiTM juga telah menerima beberapa paten lagi yang berjaya didaftarkan. Perkongsian lanjut untuk tahun 2026 akan dimaklumkan kemudian.

Semoga momentum kecemerlangan ini dapat diteruskan dan menjadi inspirasi kepada para penyelidik untuk terus menyumbang idea, inovasi, dan kepakaran dalam menghasilkan paten berkualiti demi manfaat masyarakat dan negara. โœจ

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, UITM

Photos from BITCOM UiTM's post 19/05/2026

๐ŸŒŸ TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA ๐ŸŒŸ

Sekalung tahniah diucapkan kepada dua penyelidik UiTM yang telah terpilih menyertai TechFrontier Incubator Demo Day Event 2026 yang berlangsung pada 19 Mei 2026 di Grand Margherita Hotel, Kuching, Sarawak.

๐Ÿ‘ Dr. Awang Nasrizal Awang Ali
Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Sarawak
๐Ÿ”น Produk: Aquasentra

๐Ÿ‘ Dr. Norhafizah Burham
Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UiTM Shah Alam
๐Ÿ”น Produk: SOILOS

Penyertaan ini membuktikan komitmen dan kecemerlangan penyelidik UiTM dalam menghasilkan inovasi berimpak tinggi serta berpotensi untuk dikembangkan ke peringkat pengkomersialan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian cemerlang pada masa hadapan. ๐Ÿš€

Photos from BITCOM UiTM's post 12/05/2026

๐Ÿค PERBINCANGAN PENGKOMERSIALAN PRODUK HASA ๐Ÿค

BITCOM telah mengadakan sesi perbincangan bersama delegasi HASA yang diketuai oleh Mohd Norhisam Bidin selaku Ketua Projek, bersama wakil daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

๐Ÿ“… 11 Mei 2026
๐Ÿ“ Bilik Mesyuarat BITCOM

Perbincangan ini memberi fokus kepada proses pengkomersialan produk bermula daripada pembangunan idea, perlindungan harta intelek, pembangunan prototaip sehingga ke potensi pemasaran produk.

Turut dibincangkan aspek perlindungan harta intelek memandangkan produk yang dibangunkan masih belum mempunyai perlindungan hak cipta serta MoU berkaitan pengkomersialan. Pihak HASA turut mendapatkan khidmat nasihat daripada BITCOM berkaitan aliran kerja dan tindakan yang perlu dilaksanakan bagi memastikan produk mempunyai perlindungan harta intelek dan potensi pengkomersialan yang lebih strategik dan berimpak tinggi.

Photos from BITCOM UiTM's post 07/05/2026

๐Ÿค Courtesy Visit Delegasi MTDC ke Pejabat Naib Canselor UiTM ๐Ÿค

๐Ÿ“… 23 April 2026
๐Ÿ“ Pejabat Naib Canselor, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Business Innovation & Technology Commercialization Centre (BITCOM) telah mengiringi delegasi daripada MTDC dalam satu kunjungan hormat ke Pejabat Naib Canselor UiTM bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam bidang inovasi, pengkomersialan teknologi serta pembangunan ekosistem penyelidikan dan industri.

Rombongan delegasi MTDC telah diketuai oleh Group CEO, Ts. Hj. Mohammad Hazani Hj. Hassan. Manakala pihak UiTM diwakili oleh Prof. Dr. Haswira Nor Mohamad Hashim, Prof. Ts. Dr. Asmah serta rakan-rakan penyelidik UiTM.

Sesi pertemuan ini turut membuka ruang perbincangan berkaitan peluang kolaborasi yang dapat memperkukuh jaringan antara akademia dan industri, selaras dengan aspirasi universiti dalam memperkasa agenda pemindahan teknologi dan impak penyelidikan.

Semoga hubungan strategik ini terus diperkukuh demi memacu kecemerlangan inovasi dan pengkomersialan di peringkat nasional serta antarabangsa.

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


UiTM-MTDC Technopreneur Centre
Shah Alam
40450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00