Universiti Selangor
Education Provider In a span of 11 years UNISEL has undergone through several stages of development in its effort to produce graduates to meet national needs.
Various initiatives have been outlined to make UNISEL a reputable university, not only with respect to the graduates it produces, but also through the involvement of its academic staff in research and innovation. UNISEL is a Private Institution of Higher Learning registered in August 24, 1999. UNISEL offers more than just quality education. With over 85 diploma, undergraduate, post-graduate degree
10/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐- ๐๐๐๐๐
Universiti Selangor (UNISEL) terus mengorak langkah kanan dalam memperkasakan agenda pengantarabangsaan apabila secara rasminya membuka tirai Program Global Exchange Malaysia (GEM) Siri 4/2026 di Dewan Senat, Bangunan Canseleri, Kampus Bestari Jaya semalam.
Program pertukaran akademik dan budaya yang dijadualkan berlangsung selama 30 hari (8 Jun hingga 7 Julai 2026) ini menyaksikan UNISEL menjadi tuan rumah kepada 23 orang pelajar terpilih dari dua institusi pengajian tinggi terkemuka Indonesia, iaitu Universitas Terbuka Indonesia dan Universitas Persada Indonesia.
Majlis perasmian pembukaan program tersebut telah disempurnakan dengan ucaptama daripada Prof. Madya Dr. Hashimah binti Ismail, Pengarah Pejabat Antarabangsa UNISEL.
Penganjuran Program GEM Siri 4 ini merupakan bukti komitmen berterusan UNISEL dalam membina ekosistem pendidikan yang dinamik dan inklusif di rantau ASEAN. Kehadiran delegasi antarabangsa ini bukan sahaja meningkatkan visibiliti UNISEL sebagai hab pendidikan pilihan, malah membuka peluang keemasan kepada warga kampus untuk bertukar-tukar idea, menjalankan kolaborasi akademik, serta memperluas jaringan mobiliti pada masa hadapan.
Bagi 23 peserta dari Indonesia, program intensif selama sebulan ini dirangka khusus untuk memberikan impak maksima. Selain daripada pengisian akademik di dalam kuliah, para peserta akan didedahkan dengan gaya hidup, warisan, dan kebudayaan tempatan. Pengalaman berharga ini dijangka dapat membentuk pemikiran global, meningkatkan kemahiran insaniah, serta memberikan nilai tambah yang tinggi kepada kebolehpasaran diri mereka selepas bergraduasi kelak.
"Pendidikan melangkaui sempadan bukan sekadar tentang perpindahan ilmu, tetapi tentang bagaimana kita membina jambatan budaya dan persefahaman global demi masa depan bersama," ujar Prof. Madya Dr. Hashimah binti Ismail, Pengarah Pejabat Antarabangsa UNISEL.
Melalui sinergi erat bersama Universitas Terbuka Indonesia dan Universitas Persada Indonesia, UNISEL optimis bahawa program seperti ini akan terus menjadi pemangkin kepada pelbagai lagi kerjasama strategik serantau, sekali gus melahirkan modal insan yang berdaya saing global dan berwawasan tinggi.
PEJABAT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
10 Jun 2026
05/06/2026
๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐. ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
Universiti Selangor (UNISEL) secara rasmi telah melantik Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Top Glove Corporation Bhd, YBhg. Tan Sri Dr. Lim Wee Chai, sebagai Profesor Kehormat universiti berkuat kuasa bagi tempoh dua tahun bermula 5 Jun 2026 sehingga 4 Jun 2028.
Watikah pelantikan tersebut telah diserahkan secara rasmi dalam satu sesi Kunjungan Hormat yang penuh bersejarah oleh delegasi tertinggi UNISEL ke Menara Top Glove hari ini.
Kunjungan hormat ini diketuai sendiri oleh Prof. Emeritus Ir. Datoโ Dr. Hassan bin Basri, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, serta diiringi oleh Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor (Transformasi dan Jaringan Industri), Prof. Madya Dr. Dzulkarnain Ahmad serta beberapa delegasi UNISEL.
Pelantikan ini bukan sahaja mengiktiraf ketokohan luar biasa Tan Sri Dr. Lim Wee Chai dalam memacu Top Glove sebagai pengeluar sarung tangan terbesar di dunia, malah ia mempunyai nilai sentimental yang amat tinggi. Beliau merupakan alumni terbilang UNISEL yang berjaya menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan pada majlis Konvokesyen Ke-10 UNISEL di Kampus Bestari Jaya pada tahun 2015 yang lalu.
๐๐ฐ๐ฌ๐ถ๐ด ๐๐ช๐ญ๐ข๐ช ๐๐ฆ๐ณ๐ซ๐ข: ๐๐ฐ๐ณ๐ฎ๐ถ๐ญ๐ข ๐๐ฆ๐ซ๐ข๐บ๐ข๐ข๐ฏ '5 ๐๐ฎ๐ข๐ญ๐ข๐ฏ ๐๐ข๐ณ๐ช๐ข๐ฏ' ๐๐ฐ๐ฑ ๐๐ญ๐ฐ๐ท๐ฆ.
Dalam sesi perbincangan meja bulat yang berlangsung, Tan Sri Dr. Lim Wee Chai menzahirkan rasa besar hati dan penghargaan yang mendalam atas pengiktirafan dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak universiti; sambil berkongsi rahsia di sebalik keteguhan empayar perniagaannya, beliau lebih mengetengahkan kepentingan komitmen terhadap nilai-nilai kerja yang berintegriti serta penjagaan kesihatan yang holistik.
"Pihak Top Glove amat berbesar hati menerima kunjungan hormat dan pelantikan daripada pihak UNISEL ini. Bagi kami, kunci utama untuk mengekalkan kecemerlangan sama ada dalam dunia akademik mahupun industri korporat terasnya adalah berpaksi kepada nilai kerja yang konsisten. Kejayaan dan kesihatan tidak boleh dipisahkan; kita perlu mempunyai disiplin yang tinggi dalam menguruskan diri dan organisasi", ujar Tan Sri Dr. Lim Wee Chai.
๐๐ฆ๐ญ๐ถ๐ข๐ด๐ฌ๐ข๐ฏ ๐๐ข๐บ๐ข๐ฑ ๐๐ฐ๐ญ๐ข๐ฃ๐ฐ๐ณ๐ข๐ด๐ช ๐๐ฆ๐ฌ๐ต๐ฐ๐ณ ๐๐๐๐ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐๐ฏ๐ฅ๐ถ๐ด๐ต๐ณ๐ช.
Sementara itu, Naib Canselor UNISEL, Prof. Emeritus Ir. Datoโ Dr. Hassan bin Basri, dalam ucapannya menegaskan bahawa UNISEL berhasrat penuh untuk memanfaatkan kepakaran serta jaringan luas Top Glove bagi melonjakkan standard akademik universiti ke peringkat global.
Pelantikan ini disifatkan sebagai jambatan kukuh dalam merapatkan jurang antara menara gading dan realiti pasaran industri.
Beliau berkata, "UNISEL mahu meluaskan sayapnya dengan mencontohi dan mempraktikkan impak kejayaan Top Glove sebagai sebuah industri gergasi. Kami berhasrat untuk bergerak seiring dengan kehendak industri masa kini, terutamanya dalam memperkasakan sektor TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) selaras dengan agenda proaktif yang sedang digerakkan secara agresif oleh Kerajaan Negeri Selangor."
Beliau menambah, sinergi ini akan membuka lebih banyak peluang kepada para pelajar dan pensyarah UNISEL dalam aspek penempatan latihan industri, penyelidikan gunaan bersama, serta pembangunan kurikulum berasaskan industri yang melahirkan graduan sedia kerja.
Di awal perbincangan strategik dan penyerahan watikah, delegasi UNISEL telah dibawa melawat ke seluruh fasiliti Menara Top Glove. Lawatan komprehensif ini memberikan pendedahan mendalam mengenai kepelbagaian portfolio perniagaan Top Glove yang kini tidak lagi terhad kepada pembuatan sarung tangan semata-mata, sebaliknya telah merangkumi pelbagai sektor industri lain termasuk hartanah, perkhidmatan penjagaan kesihatan, teknologi hijau dan pelbagai lagi.
Kunjungan hormat ini menandakan satu lembaran baharu dalam pakatan strategik antara UNISEL dan Top Glove yang dijangka bakal memberikan impak sosioekonomi yang besar kepada pembangunan modal insan dan inovasi industri di negeri Selangor terutamanya, dan Malaysia amnya.
HASRIL ABU HASSAN
PENGARAH KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
5 Jun 2026
04/06/2026
*MENCARI PROGRAM PENGAJIAN YANG DIIKTIRAF??*
JOM SAMBUNG BELAJAR DI IPT MILIK PENUH KERAJAAN NEGERI SELANGOR ๐
โจ Insentif Khas:
Subsidi 50% Yuran Pengajian untuk Anak Selangor & Pemastautin.
๐ฐProgram Tahun Asas Percuma dengan kelayakan minima lima (5) Kepujian dalam SPM.
๐ฉ๐ปโ๐๐จ๐ปโ๐ Program Diploma dengan kelayakan minima serendah tiga (3) Kepujian dalam SPM.
๐ Program Ijazah Sarjana Muda Lulus STPM dengan gred C (NGMP2.00) dengan 2 mata pelajaran.
๐ซ Kampus pengajian yang tenang dan suasana mendamaikan.
โจ Belajar dengan lebih tenang, disokong oleh bantuan kewangan yang menyeluruh dan berkesan.
๐ป Permohonan kini dibuka:
๐ apply.unisel.edu.my
03/06/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Sumber daripada Prof. Dr. Md. Sidin Ahmad Ishak, Pengarah Kampus Shah Alam merangkap Pengarah Institut Pemikiran dan Kepimpinan Siddiq Fadzil (IPKSF) Universiti Selangor.
Credit: Sinar Harian (Rabu, 3 Jun 2026)
26/05/2026
๐๐ผ๐๐ธ๐๐ธ๐ โ๐ธโ๐ โ๐ธ๐๐ธ ๐ธ๐๐ป๐๐๐ธ๐ปโ๐ธ ๐๐๐๐โ/๐๐๐๐๐
โ๐๐ฆ๐ฎ๐ฐ๐จ๐ข ๐ฉ๐ข๐ณ๐ช ๐ณ๐ข๐บ๐ข ๐ช๐ฏ๐ช ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ฌ๐ถ๐ฌ๐ถ๐ฉ ๐ถ๐ฌ๐ฉ๐ถ๐ธ๐ข๐ฉ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ข๐ธ๐ข ๐ฌ๐ฆ๐ฅ๐ข๐ฎ๐ข๐ช๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฎ ๐ฉ๐ข๐ต๐ช.โ
Ikhlas:
Presiden & Naib Canselor serta seluruh warga kerja Universiti Selangor (UNISEL).
AMALAN SERTA ZIKIR TERBAIK DI HARI ARAFAH"
๐๐ผ๐๐ธ๐๐ธ๐ โ๐ธโ๐ โ๐ธ๐๐ธ ๐ธ๐๐ป๐๐๐ธ๐ปโ๐ธ ๐๐๐๐โ/๐๐๐๐๐
โ๐๐ช ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ข๐ญ๐ช๐ฌ ๐ต๐ข๐ฌ๐ฃ๐ช๐ณ ๐๐ช๐ฅ๐ช๐ญ๐ข๐ฅ๐ฉ๐ข, ๐ต๐ฆ๐ณ๐ด๐ช๐ฎ๐ฑ๐ข๐ฏ ๐ด๐ฆ๐ณ๐ช๐ฃ๐ถ ๐ฅ๐ฐ๐ข ๐ข๐จ๐ข๐ณ ๐ด๐ฆ๐ต๐ช๐ข๐ฑ ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ฐ๐ณ๐ฃ๐ข๐ฏ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ณ๐ฆ๐ฅ๐ข ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฃ๐ข๐ฉ๐ข๐จ๐ช๐ข.โ
Ikhlas:
Presiden & Naib Canselor serta seluruh warga kerja Universiti Selangor (UNISEL).
more info: ๐ชฉ www.unisel.edu.my
16/05/2026
๐๐จ INFO PENTING! ๐ข
Istimewa buat Pelajar, Staf serta Alumni Universiti Selangor (UNISEL).
Ayuh jadi sebahagian daripada perjuangan AAK UNISEL FC dengan mendapatkan Premium Kits Jersey rasmi pasukan. Setiap pembelian anda bukan sekadar tanda sokongan, tetapi simbol semangat, kebanggaan dan kepercayaan terhadap masa depan bola sepak UNISEL yang lebih gemilang! ๐ช๐งก๐ฉถ
Lebih menarik, anda juga berpeluang memenangi sebuah EV Bike sempena Istiadat Konvokesyen UNISEL Kali Ke-20 pada September nanti! ๐ตโก
HANYA RM100๐ธ
Anda akan dapat 2 jersi Player Issue (Home & Away), 1 lanyard, 1 voucher di Restoren Dua Suasana dan 1 voucher AAK Apparel. ๐ฒ๐ฒ
๐ฅ Tempah sekarang di:
http://beacons.ai/aakunisel
13/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Sumber daripada Prof. Madya Dr. Dzulkarnain Ahmad, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor (Transformasi dan Jaringan Industri) Universiti Selangor.
Credit: Sinar Harian (Rabu, 13 Mei 2026)
09/05/2026
Seluruh warga Universiti Selangor (UNISEL) mengucapkan takziah kepada YAD Engku Sri Paduka Diraja Raja Datoโ Reza Alhaj bin Raja Datoโ Zaib Shah Alhaj, Pro-Canselor UNISEL atas pemergian Ibunda Almarhumah Raja Toโ Puan Hajah Auzah binti Raja Ibrahim.
Almarhumah Raja Toโ Puan Hajah Auzah kembali ke Rahmatullah pada 7 Mei 2026 di usia 85 tahun kerana sakit tua.
Jenazah Almarhumah disolatkan di Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang dan telah disemadikan di Makam Diraja Shah Alam.
Al-Fatihah
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Contact the school
Website
Address
Jalan Zirkon A7/A
Shah Alam
40000
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 17:30 |
| Tuesday | 08:30 - 17:30 |
| Wednesday | 08:30 - 17:30 |
| Thursday | 08:30 - 17:30 |
| Friday | 08:30 - 17:30 |