16/06/2026
Salam Ma’al Hijrah 1448H ✨
Mari bersama memahami hikmah di sebalik setiap cerita dalam Kalam Allah SWT✨
Founder | MengajiOnline.com • UmrahHaji.com • Agamawan.com • StoryInTheQuran.com
Kini lebih fokus membahaskan kisah di dalam Al-Quran melalui tadabbur yang mendalam & menghayati.
16/06/2026
Salam Ma’al Hijrah 1448H ✨
Asyik tanya “Kenapa aku?” bila diuji?
Berhentilah salahkan keadaan atau orang lain. Sebenarnya Allah nak didik kita jadi manusia yang lebih kuat.
Ibarat emas, ia takkan jadi berharga dan kuat kalau tidak ditempa dengan api yang panas ☺️✨
Rasa dizalimi, stres atau terbuang di tempat kerja?
Ingat kembali kisah bayi Nabi Musa A.S. Baginda dibuang ke sungai, terpisah dari ibu, dan diancam bunuh.
Tapi dari asbab ‘terbuang’ itulah, Allah angkat darjatnya jadi insan yang sangat hebat! Sabar, Allah sedang merancang sesuatu untuk anda 🤲
Kita ni selalu cepat menghukum dan down bila diuji sebab kita cuma nampak “situasi” yang berlaku sekarang.
Tapi kita lupa, Allah merancang takdir kita berdasarkan “destinasi” akhir kita sesuatu yang kita sendiri tak nampak.
Bersangka baiklah dengan Allah SWT ✨
Selalu rasa stres atau diserang anxiety?
Puncanya mungkin sebab kita terlalu peduli apa orang fikir dan letak harapan tinggi pada manusia.
Bila tak jadi macam yang diharap, kita mula persoalkan Allah.
Belajarlah letak harapan hanya pada perancangan Allah, nescaya hati lebih tenang.
Takdir Allah SWT tak selalu sama dengan logik akal manusia.
Bayangkan, logik kita kata kalau musuh, kita kena serang.
Tapi perancangan Allah berbeza orang yang bagi arahan untuk bunuh Nabi Musa, dia jugalah yang akhirnya membesarkan baginda!
Tak perlu overthinking, percayakan saja perancangan-Nya ✨
Dibuang kerja atau putus cinta?
Jangan sedih lama-lama. Kadang-kadang itu cara Allah nak alihkan kita ke tempat yang lebih baik atau nak selamatkan kita dari kehancuran.
Jom ubah mindset, daripada kita mengeluh, baik kita tanya diri: "Apa sebenarnya yang Allah nak ajar aku ni?"
27/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H 🌙🤍
Semoga Aidiladha kali ini mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah. Taqabbalallahu minna wa minkum.
Kenapa Hidup Penuh Ujian?
Ramai yang tanya, bila ujian ni nak habis? Jawapannya, selagi kita hidup memang akan diuji.
Kerana dunia memang tempat untuk berpenat lelah ☺️
Ibu bapa nak anak yang hebat, tapi tiada misi dan visi? Macam mana tu?
Semua mak ayah impikan anak yang soleh, berjaya, dan tahan ujian. Tapi realitinya, ramai yang mendidik tanpa matlamat yang jelas. 🥺
Nak bentuk anak hebat, ia mesti bermula dengan 'vision' kita dari awal lagi.
Jangan lupa save untuk rujukan masa depan! ❤️