09/06/2026
Pada Jumaat, 22 Mei 2026 yang lalu; Majlis Seharum Budi, Setulus Ingatan telah diadakan secara ringkas bersama murid-murid Tahap 1 sebagai tanda penghargaan dan kenangan daripada semua murid dan guru terhadap jasa Cikgu Norhafiza binti Osman sepanjang perkhidmatan beliau di SKKK. Tahniah atas pertukaran cikgu ke sekolah baharu.
Terima kasih atas segala ilmu, jasa bakti dan dedikasi tinggi Cikgu Norhafiza di SKKK terutamanya kepada Panitia Sains, kami mendoakan cikgu sentiasa ceria dan diberikan kesihatan yang baik.
Doakan kejayaan anak-anak di SKKK dan semoga kita berjumpa lagi! π€
08/06/2026
Assalamualaikum & salam sejahtera
Pencapaian dan penyertaan pertandingan memanah terbuka kategori UB10, UB12 dan UG10.
1. Selangor Junior Siri 2
2. Liga Memanah Epsilon Pulau Pinang Siri 2
Tahniah!
22/05/2026
Selamat Bercuti kepada murid & guru SKKK β¨
18/05/2026
TAHNIAH & SYABAS!!!
Kedua-dua kategori Bawah 12 Tahun Lelaki & Perempuan yang disertai oleh 11 orang pemain SK Kota Kemuning telah merangkul Johan dalam Kejohanan Sofbol MSS Selangor 2026 π dan menjadi penyumbang kepada daerah Klang merangkul Johan Keseluruhan dalam Kejohanan Sofbol MSSS 2026πTahniah dan Syabas! ππππππ
Lebih menarik, dua orang pemain Sofbol SKKK telah dinobatkan Best Pitcher & Best Batter bagi kategori perempuan serta Best Pitcher bagi kategori lelaki! ππ»ππ»ππ»ππ»ππ»ππ»ππ»
Semoga terus terbang tinggi!
15/05/2026
Selamat Hari Guru khas buat guru-guru SK Kota Kemuning πΉ
βGuru bukan sekadar mengajar, tetapi membimbing, mendidik dan membentuk masa depan anak bangsa.β
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga pendidik SK Kota Kemuning atas segala jasa, pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan demi kejayaan murid-murid.
Teruslah menjadi inspirasi, pencetus harapan dan pembina generasi cemerlang.
Terima kasih, Cikguβ€οΈ
10/05/2026
Hari Isnin cuti ya π Hadir sekolah seperti biasa pada hari Selasa, jangan lupaπ«°π»
10/05/2026
INFO JPJ
Perlahankan Kenderaan di Kawasan Sekolah
Kawasan sekolah ialah zon berisiko tinggi, terutama waktu pelajar datang dan pulang. Kanak-kanak boleh melintas secara tiba-tiba tanpa sedar bahaya.
β οΈ Kurangkan kelajuan, bersedia untuk berhenti
π Awasi pelajar, pejalan kaki dan kenderaan lain
π Patuhi papan tanda dan arahan pengawal lalu lintas
πΈ Beri laluan kepada pelajar yang melintas
Tindakan kecil anda boleh menyelamatkan nyawa.
βPerlahankan kenderaan, lindungi masa depan generasi kita.β
10/05/2026
Assalamualaikum & salam sejahtera
Alhamdulillah selesai sudah Kejohanan Sukan Tahunan 2026. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Bonda, Para Pentadbir, PIBG dan semua AJK Sukan Tahunan atas segala komitmen, kerjasama serta pengorbanan tenaga dan masa sepanjang menjayakan program ini.
Terima kasih kepada En. Mohd Zaidi bin Md Zubir, Pengurus Cawangan Bank Rakyat Seksyen 23 Shah Alam atas kesudian hadir untuk merasmikan KST SKKK 2026.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet sekolah atas pencapaian hebat anda! Pihak sekolah amat berbangga dengan kesungguhan dan sifat daya saing yang ditunjukkan oleh semua atlet. Kalah dan menang adat bertanding, kita usaha lagi pada tahun hadapan!
KST SKKK 2026 kali ini menampilkan tema pam minyak Malaysia. Kesemua rumah sukan lengkap dengan maskot dan hiasan perbarisan yang sangat cantik dan unik! Tahniah buat para guru atas komitmen padu menjayakan tema perbarisan pada kali ini ππ»ππ»ππ» Terima kasih juga kepada pasukan Pancaragam SKKK kerana telah membuat persembahan bagi mengiringi perbarisan lintas hormat rumah sukan ππ»
Berikut adalah keputusan rasmi bagi KST SKKK 2026
JOHAN: RUMAH KUNING ππ»π
NAIB JOHAN: RUMAH HIJAU
TEMPAT ke-3 : RUMAH MERAH
TEMPAT ke-4 : RUMAH BIRU
TEMPAT ke-5: RUMAH UNGU
πOLAHRAGAWAN 2026: AMMAR RIDHWAN BIN MOHD RASUL (KUNING)
πOLAHRAGAWATI 2026: MADINATUL
MUNAWWARAH BINTI RAMLI (KUNING)
πOLAHRAGAWAN HARAPAN 2026: MUHAMMAD AQIL QAYYUM BIN SHAHRULNIZAL (HIJAU)
πOLAHRAGAWATI HARAPAN 2026: WAK SUHAILA A/P OSMANGANI (BIRU)
πJOHAN PERBARISAN: RUMAH HIJAUππ»
Terima kasih juga buat kepada semua ibu bapa dan semua murid SKKK yang hadir memberi sokongan dan memeriahkan KST SKKK 2026π
Tidak lupa kepada reruai jualan daripada AEON BIG BUKIT RIMAU, BKGK, PIBG, BANK RAKYAT & PUSTAKA MZ ENTERPRISE, terima kasih!
Sila klik link untuk lebih banyak gambar sepanjang kejohanan πΈ
https://photos.app.goo.gl/rYmSwARnuCkUT4Am7
08/05/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ibu bapa yang dihormati,
MAKLUMAN KEPADA MURID YANG AKAN BERTANDING BAGI ACARA AKHIR BALAPAN SERTA ACARA PERBARISAN
Hari: Sabtu
Tarikh: 09/05/2026
Masa: 7:30 Pagi
Tempat: Padang SK Kota Kemuning
πββοΈ Diminta murid-murid yang akan bertanding bagi acara akhir balapan (larian) untuk memakai kasut yang sesuai pada hari kejohanan.
πββοΈSemua murid yang menyertai acara balapan dan acara perbarisan diminta untuk memakai baju rumah sukan masing-masing serta memakai pakaian sukan yang bersesuaian.
πββοΈ Semua murid yang terlibat dengan acara akhir balapan dan perbarisan perlu hadir sebelum pukul 7:30 pagi.
πββοΈ Semua murid diminta untuk menjaga keselamatan diri.
πββοΈSemua murid diminta untuk membawa air yang mencukupi.
πββοΈ Bagi murid-murid yang belum berpeluang untuk menyertai acara akhir balapan dan acara perbarisan, anda semua dijemput hadir bersama-sama untuk memeriahkan lagi kejohanan sukan tahunan pada tahun iniβ¨
β¨SEMUA IBU BAPA & MURID SKKK DIJEMPUT HADIR MEMERIAHKAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKKK 2026β¨
Terima Kasih.
07/05/2026
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
TAHNIAH & SYABAS kepada:
Karl Harisz bin Ahmad Farrell dari kelas 5 Lavender
Kerana telah mengharumkan nama SK KOTA KEMUNING dengan pencapaian yang sangat membanggakan dalam sukan Golf.
Golf MSSD : Johan β¨ππ»ππ»ππ»
Golf MSSS : Tempat ketigaβ¨ππ»ππ»ππ»
Semoga terus cemerlang & mekar dalam sukan Golf pada tahun akan datang. Terima kasih kepada ibu bapa sebagai pendorong utama kejayaan iniπ₯π₯