Sekolah Rendah Islam Integrasi Geniq Setia Alam

Sekolah Rendah Islam Integrasi Geniq Setia Alam

Share

Sekolah Rendah Islam Integrasi GenIQ. Mula beroperasi pada 2023.

Photos from Sekolah Rendah Islam Integrasi Geniq Setia Alam's post 20/05/2026

🎊Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Faizatul Diana atas kesudian meluangkan masa serta berkongsi ilmu sebagai penceramah bagi program 🔍*Sains Di Minda, 🩷Iman Di Jiwa* yang telah berlangsung pada Hari Selasa (19hb Mei 2026) di Srii Generasi Iqra' Hamka.

🥁 Segala perkongsian, ilmu pengetahuan serta pengalaman yang disampaikan amat bermakna dan memberi manfaat besar kepada para murid dalam menambahkan minat serta kefahaman mereka terhadap dunia Sains.✨ Semoga setiap ilmu yang dicurahkan menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan serta mendapat ganjaran yang berlipat ganda.

Pihak sekolah amat menghargai komitmen, kerjasama dan kesungguhan yang diberikan. Semoga ukhuwah dan jalinan kerjasama ini akan terus berkekalan pada masa akan datang. 🌷

Sekian dari saya,
Cikgu Rabi’atul Adawiyah Binti Roslan
Guru Panitia Sains,
Srii Generasi iqra' Hamka,
Setia Alam.

Photos from Sekolah Rendah Islam Integrasi Geniq Setia Alam's post 20/05/2026

📚✨ SAMBUTAN HARI GURU 2026 ✨🌹

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, Sambutan Hari Guru 2026 telah berlangsung dengan meriah dalam suasana penuh ceria, penghargaan dan kasih sayang. 💐🎉
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua guru atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang berilmu dan berakhlak mulia. 👩🏻‍🏫📖👨🏻‍🏫

Terima kasih juga kepada ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan bagi menjayakan sambutan ini. 🤝✨

Semoga semua guru terus diberikan kesihatan, kekuatan dan semangat untuk mendidik anak bangsa dengan penuh ikhlas dan kasih sayang. 💕

_Yang Menjalankan Tugas_
_Cikgu Farhana_

16/05/2026

✨Selamat Hari Guru 2026🌹
“Guru Bitara, Nadi Negara”

✨Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada *seluruh warga pendidik* yang tidak pernah jemu mencurah ilmu, membimbing akhlak dan membina generasi ummah.

✨Sesungguhnya, setiap didikan, nasihat dan pengorbanan seorang guru menjadi cahaya yang menerangi masa depan anak bangsa.

🍁“Guru bukan sekadar mengajar, tetapi mendidik jiwa dan membina harapan.”

✨Semoga seluruh guru terus diberikan kekuatan, kesihatan dan keberkatan dalam mendidik generasi pewaris agama, bangsa dan negara.

🍁Ikhlas daripada kami : Generasi Iqra’🤍

12/05/2026

[HEBAHAN KEMASUKAN 2027‼️]
PENDAFTARAN SEKOLAH RENDAH INTEGRASI SESI 2026 KINI DIBUKA !
SRI Integrasi Generasi Iqra’ @ SETIA ALAM

✅ Sekolah Rendah Swasta 1 Sesi Persekolahan Sahaja Pagi hingga Petang ~Memudahkan~
✅ Yuran Bulanan Yang Rendah Dan Berpatutan
✅ Kurikulum Kebangsaan KSSR + Dinniyah KAFA
✅ Bilangan Murid Terhad Sekelas !
✅ Program Kokurikulum Tahunan
✅ Tertubuh Sejak 2020
✅ UPKK JAKIM & PSRA JAIS

Daftar di :
http://www.wasap.my/601110802295/DaftarSRIIGENIQSETIA2027




Photos from Sekolah Rendah Islam Integrasi Geniq Setia Alam's post 07/05/2026

[LENSA LATIHAN 3 : LOMPAT JAUH]
07.05.2026

Photos from Sekolah Rendah Islam Integrasi Geniq Setia Alam's post 29/04/2026

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah , pada hari ini telah berlangsung pertemuan keempat bagi Kokurikulum - Sukan dan Permainan . Tajuk aktiviti pada hari Rabu 29hb April 2026 ialah *Sahibba ( Latihan Membina Perkataan Bahasa Inggeris ) serta Catur ( Latihan Susunan dan Pergerakan Permulaan Catur )* ✨

Dilampirkan beberapa keping gambar sepanjang pertemuan keempat berlangsung sebagai perkongsian dan kenangan bersama 📸
Semoga pelajar mendapat manfaat daripada aktiviti hari ini 🫶🏻

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua pihak 🌸

27/04/2026

📚✨📸 LENSA PELANCARAN PROGRAM NILAM* 🌟

Assalamualaikum w.b.t.,

Alhamdulillah, Majlis Pelancaran Program NILAM SRII Generasi Iqra Hamka 2026 telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang penuh semangat dan inspirasi. 📖✨

゚viralシfypシ゚ ゚

Photos from Sekolah Rendah Islam Integrasi Geniq Setia Alam's post 27/04/2026

📚✨📸 LENSA PELANCARAN PROGRAM NILAM 🌟

Assalamualaikum w.b.t.,

Alhamdulillah, Majlis Pelancaran Program NILAM SRII Generasi Iqra Hamka 2026 telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang penuh semangat dan inspirasi. 📖✨

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak atas kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini.

📚 Diminta kerjasama ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak membaca dan merekodkannya dalam buku NILAM agar budaya membaca dapat dipupuk secara berterusan.

📚 Semoga program ini menjadi pemangkin dalam melahirkan murid yang berilmu, berakhlak mulia dan cemerlang.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah,
Cikgu Rabi’atul Adawiyah Binti Roslan
Guru Akademik
SRII-GENIQ HAMKA

Photos from Sekolah Rendah Islam Integrasi Geniq Setia Alam's post 15/01/2026

🏫⚽🏸 *SUASANA MURID-MURID SRII GENERASI IQRA' HAMKA SEDANG BERSUKAN 💕*

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


No 81-2, Jalan Setia Gemilang BG U13/BG Setia Alam Seksyen U13
Shah Alam
40170