Sekolah Rendah Islam Tenaga Insan

Sekolah Rendah Islam Tenaga Insan

Share

Sekolah berdaftar di bawah JAIS / KAFA / UPKK / PSRA / Kelas mengaji / Kelas Jawi / Al-Quran / Silibus JAIS

SEKOLAH RENDAH ISLAM TENAGA INSAN (PEJABAT)
39-2, Jalan Bola Jaring 13/15, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
https://maps.app.goo.gl/5uL1Q26FsMCfT4wy8

26/05/2026

⚜️ SALAM AIDILADHA 1447H ⚜️

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ, لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kepada Warga SRITI yang dihormati,

Selamat Hari Raya Aidiladha! Semoga perayaan yang penuh barakah ini, kita semua mendapat limpahan rahmat Allah SWT.

Hari Raya Aidiladha merupakan detik yang sangat istimewa dalam agama Islam. Diantaranya kita merayakan pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan kesetiaan Nabi Ismail AS kepada Allah SWT. Ia juga mengajarkan kita tentang keikhlasan, pengorbanan, dan tugas kita sebagai hamba Allah.

Saat kita melihat para jamaah haji berangkat menuju tanah suci, ingatlah bahawa ibadah haji merupakan simbol penyatuan umat Islam dari seluruh penjuru dunia. Ayuh kita mengambil ibrah menjaga semangat kesatuan dan kebersamaan sebagai Warga SRITI.

Semoga kebahagiaan, kesihatan, kejayaan dan lebih penting ialah petunjuk Allah senantiasa menyertai langkah- langkah kita.

Selamat Hari Raya Aidiladha sekali lagi kepada semua warga SRITI. Semoga Allah menerima amal ibadah kita semua. Maaf Zahir & Batin

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ وَجَعَلْنَا مِنَ الْعَآئِدِينَ وَالْفَآئِزِينَ

Semoga Allah menerima amalan kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapat kemenangan.

اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ, لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ

Yang benar,
USTAZAH NUR ASYIQIN BT AZIZ
GURU BESAR SRITI, SEK 13

25/05/2026

Terima kasih Awfatech Sdn Bhd atas hadiah yang diberikan! ✨

Alhamdulillah, sudah 3 tahun kami menggunakan sistem AWFATECH sebagai sistem utama bagi pengurusan SRI Tenaga Insan.



Photos from Sekolah Rendah Islam Tenaga Insan's post 20/05/2026

🕋 SIMULASI HAJI CILIK SRI TENAGA INSAN 1447H/2026M 🕋

Alhamdulillah dengan limpah kurnia dan inayah dariNya, dapat kami menjalankan program SIMULASI HAJI CILIK bagi pelajar tahap 2 SRI Tenaga Insan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Hidayatullah Bin Hj Mohd Rozli di atas ilmu dan bimbingan sebagai penceramah Mutawwif bagi program ini.

Juga setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat asatizah SRI Tenaga Insan yang telah bertungkus lumus bagi memastikan program ini berjalan lancar, dan juga kepada ibu bapa yang telah membantu meringankan beban guru2 dengan membawa anak2 ke masjid.

Semoga asbab program ini, dapat menanamkan sifat keinginan dan kecintaan dalam diri anak2 SRI Tenaga Insan untuk menyimpan hasrat bagi menunaikan ibadah Haji dan Umrah pada masa akan datang.

Dan didoakan juga semoga setiap hamba Allah S.W.T di muka bumi ini dikurniakan rezeki oleh Allah S.W.T untuk berkunjung ke rumahNya suatu hari nanti. Aaamiin2 ya Rabbal 'Alamiin 🤲🏻




Photos from Sekolah Rendah Islam Tenaga Insan's post 16/05/2026

🌸✨🌸 SAMBUTAN HARI GURU SRI TENAGA INSAN 2026 🌸✨🌸

Alhamdulillah, segala syukur dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya dapat kami laksanakan program Sambutan Hari Guru dengan jayanya!!

Sambutan hari guru pada tahun ini bertemakan "JIKA AKU BUKAN GURU". 🤩

Sambutan kali ini diadakan dengan sangat meriah yang diisi dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan bukan hanya guru, malah pelajar juga 🤗

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

👩‍🍳 Kerjaya Show
🎤 Nyanyian Lagu "Kami Guru Malaysia"
🤝 Salaman Kasih bersama Murid
🤹 Persembahan Murid
🎬 Tayangan Filem Pendek
🎁 Pemberian hadiah dari murid
🤼🏻 Pelbagai game yang menarik!

Semoga dengan segala aktiviti yang dijalankan dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara mu'allim mu'allimah dan semua pelajar, juga dapat menanam sikap menghormati dan menghargai jasa guru dalam diri para pelajar. Aamiin2 ya Rabbal 'Alamiin 🤲🏻😊

Boleh saksikan juga video persembahan dan pelbagai aktiviti sepanjang hari guru pada pautan di bawah:

Tiktok: https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-96PR1UpFfa0

Youtube:
https://youtube.com/?si=SYWgaKa5XzTA8zW5






15/05/2026

Kami warga SRI Tenaga Insan ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA INSAN YANG BERGELAR GURU ✨🥰🎓

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa.

Dalam setiap ajaranmu tersembunyi harapan yang membara,
Dalam setiap teguranmu tersirat doa yang penuh makna,
Dalam kemarahanmu tersimpan kasih sayang yang mendalam,
Dalam diammu terserlah kebijaksanaan yang tidak ternilai,
Dan dalam genggaman tanganmu, terbina sahsiah yang kukuh dan mulia.

Terima kasih GURUKU 💚

Photos from Sekolah Rendah Islam Tenaga Insan's post 12/05/2026

Alhamdulillah atas segala kurnia dan inayah dari Allah S.W.T, dapat kami jalankan sebuah program yang bertajuk "KESEDARAN ANTI BULI" dengan kerjasama pelajar-pelajar Sarjana (Master) Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang keburukan sikap membuli, kepentingan menghormati rakan dan membendung budaya buli di sekolah.

Semoga dengan adanya program ini dapat mendidik diri murid untuk tidak melakukan sebarang perbuatan yang membawa kepada buli. Diharapkan juga supaya murid dapat lebih menghormati dan sayang menyayangi sesama rakan, ibu bapa, adik beradik dan guru.

Akhir kalam, semoga kes buli di mana-mana sekolah dapat dihentikan supaya tidak berlaku kemalangan jiwa, mental dan fizikal di kalangan murid. Aamiin ya Rabbal 'Alamiin 🤲🏻





01/05/2026

Kami warga SRI Tenaga Insan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja bagi seluruh pekerja di Malaysia!

Hari Pekerja bagaikan sebuah pengingat bagi kita semua untuk menghormati dan menghargai para pekerja di seluruh dunia.

Semoga para pekerja sentiasa berkomited dan memberikan yang terbaik dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan tanpa mengira kepelbagaian etnik dan bangsa bagi bersama-sama memajukan negara tercinta dan mengukuhkan perpaduan sesuai dengan tema Hari Pekerja iaitu "PEKERJA KESUMA BANGSA".

Daripada Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla mencintai seseorang yang apabila dia mengerjakan sesuatu kerja, dia laksanakan dengan cemerlang.” (Hadis Riwayat al-Tabarani).




Photos from Sekolah Rendah Islam Tenaga Insan's post 30/04/2026

🥰✨ ALHAMDULILLAH THUMMA ALHAMDULILLAH ✨🥰

Pada Hari Anugerah Kecemerlangan Gabungan Sekolah Islam Swasta (GASIS) Tahun 2026, Sekolah Rendah Islam Tenaga Insan telah berjaya meraih dua anugerah iaitu:

🏆 TEMPAT KEDUA TERBAIK PSRA 2025
🏆 TEMPAT KEDUA TERBAIK UPKK 2025

✨🎉✨🎉✨🎉✨🎉✨🎉✨🎉

Segala puji dan rasa syukur kami panjatkan ke hadrat Allah S.W.T di atas penganugerahan ini.

Seterusnya, setinggi2 penghargaan kepada Pihak Pengurusan dan Para Asatizah SRI Tenaga Insan yang telah memberikan yang terbaik kepada anak2 tahun 5 & 6 sehingga mencapai kejayaan ini.

Tidak lupa juga, jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa membantu dan membimbing anak2 dalam pembelajaran, sehingga berkorban masa dan tenaga demi memastikan kejayaan mereka.

Semoga kejayaan yang dicapai ini dapat dikekalkan, dan menjadi lebih baik dari tahun ke tahun. Aamiin2 ya Rabbal 'Alamiin 🤲🏻





Photos from Sekolah Rendah Islam Tenaga Insan's post 12/04/2026

Alhamdulillah thumma alhamdulillah, pada Sabtu, 11 April telah berakhirnya pertandingan Kemahiran Amal Islami peringkat Zon 2026.

Pada tahun ini, SRI Tenaga Insan telah menghantar seramai 61 peserta yang bertanding dalam 11 acara iaitu:

▶️ TAHAP 1
🌸 Bercerita daripada Al-Quran
🌸 Hafazan & Terjemahan
🌸 Muhawwarah kategori L & P
🌸 Azan & Iqamah
🌸 Menulis Khat

▶️ TAHAP 2
🌸 Kalam Jama'ie
🌸 Syarahan Bahasa Melayu
🌸 Nasyid kategori L & P
🌸 Solat Jenazah
🌸 Hafazan & Tafsiran
🌸 Menulis Khat

Alhamdulillah, SRI Tenaga Insan telah berjaya merangkul 4 piala dari 2 acara iaitu:

🌟 Muhawwarah (L) - Tempat ke-3️⃣
🌟 Muhawwarah (P) - Tempat-3️⃣
🌟 Bercerita daripada Al- Quran (L) - Tempat ke-2️⃣
🌟 Bercerita daripada Al- Quran (P) - Tempat Pertama 😍

Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing acara Muhawwarah, Mu'allimah Amirah dan acara Bercerita, Mu'allimah Haniszah 🥳✨

Tahniah juga diucapkan kepada semua peserta KAMIL 2026 yang telah mempersembahkan persembahan yang terbaik pada acara masing2. Terima kasih juga diucapkan atas komitmen yang diberikan sepanjang latihan dijalankan.

Seterusnya, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua Mu'allim & Mu'allimah SRI Tenaga Insan yang telah bertungkus lumus selama 2 bulan dalam melatih dan membimbing anak2 dalam acara yang telah ditetapkan.

Tidak dilupakan juga, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang tidak henti memberikan sokongan padu dan telah berkorban masa dan tenaga dalam membantu latihan anak2 di rumah. Sokongan dari ibu bapa semua amat kami hargai.

Akhir kalam, semoga kita dapat berjumpa lagi pada KAMIL 2027 dan semoga SRI Tenaga Insan dapat merangkul lebih banyak pingat dalam pelbagai acara. Diharapkan juga doa dari semua supaya peserta bagi acara bercerita (P) dapat membuat yang terbaik pada KAMIL peringkat daerah. Aamiin ya Rabbal 'Alamiin 🤲🏻🥰




Photos from Sekolah Rendah Islam Tenaga Insan's post 04/04/2026

✨ JAMUAN RAYA SRI TENAGA INSAN 1147H/2026M ✨

Alhamdulillah, segala syukur kami panjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan Izin dan InayahNya dapat kami melaksanakan Jamuan Hari Raya Sekolah Rendah Islam Tenaga Insan pada 02 April 2026 bersamaan 13 Syawal 1447H.

Kami daripada pihak pengurusan sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan anak2 yang memeriahkan Jamuan Hari Raya dengan penyediaan makanan yang pelbagai dan pakaian anak-anak yang sangat cantik dan comel 😍🥰

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua yang terlibat menjayakan jamuan Hari Raya pada tahun ini 🥰

Semoga kita berjumpa lagi pada raya yang akan datang 🤲🏻





Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


No 10-1, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13
Shah Alam

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 16:00