06/06/2026
JLPT dah dekatβ¦ prep dah betul-betul ready ke belum? π
Kalau sekarang minasan masih rasa:
π kanji blur
π grammar campur-campur
π choukai buat pening
π confidence pun macam turun naik π
Chill dulu.
Sebab Cakap Jepun tengah siapkan sesuatu khas untuk bantu minasan buat final prep sebelum JLPT π₯
Untuk calon:
N5, N4 & N3
β
Online melalui Zoom
β
Rakaman disediakan
β
Terbuka kepada Pelajar CJ & Orang Awam
β
Slot terhad
Details penuh kami akan reveal pada ISNIN ini.
So kalau minasan ambil JLPT nanti,
save post ini & standby untuk update seterusnya π
06/06/2026
ππ HAPPY BIRTHDAY JUN BABIES! ππ
Bulan Jun bukan sahaja membawa permulaan pertengahan tahun, tetapi juga meraikan insan-insan hebat yang sentiasa memberi inspirasi kepada orang di sekeliling mereka. β¨
Ucapan selamat hari lahir buat semua yang lahir pada bulan Jun, terutamanya kepada Sensei-Sensei dan warga Cakap Jepun yang menyambut ulang tahun kelahiran bulan ini.
Terima kasih atas segala ilmu, bimbingan, usaha dan semangat yang sentiasa dicurahkan kepada para pelajar. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan yang berpanjangan, rezeki yang melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan.
Semoga tahun ini membawa lebih banyak senyuman, kejayaan dan kenangan indah buat semua Jun Babies! π
γθͺηζ₯γγγ§γ¨γγγγγΎγοΌππ
Ikhlas daripada,
β€οΈ Seluruh Warga Cakap Jepun β€οΈ
05/06/2026
Masjid Haram di Jepun?
Sebelum pergi Jepun, kita kena tahu yang negara itu sangat tegas apabila melibatkan
peraturan dan undang-undang. Baru-baru ini, sebuah masjid di bandar Kawagoe menjadi perhatian ramai selepas pihak berkuasa mengarahkan supaya bangunan tersebut dirobohkan kerana didakwa dibina tanpa permit yang sah.
Menurut laporan, masjid itu dibina di kawasan tanah pertanian yang berada di bawah zon kawalan pembangunan. Kawasan seperti ini memerlukan kelulusan khas daripada pihak bandar sebelum sebarang pembinaan boleh dijalankan. Namun, pihak berkuasa mendakwa tiada permohonan permit dikemukakan, tiada kelulusan diberikan dan bangunan tersebut juga tidak didaftarkan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Kes ini mula terbongkar selepas aduan penduduk tempatan dibuat pada Oktober 2024. Ketika pemeriksaan dilakukan, struktur utama bangunan itu dilaporkan hampir siap sepenuhnya. Pihak yang dikaitkan dengan tanah tersebut p**a dilaporkan bersedia untuk bekerjasama dalam proses penyingkiran bangunan berkenaan.
Walaupun melibatkan sebuah masjid, pihak berkuasa Jepun menegaskan bahawa tindakan ini bukan berkaitan agama, sebaliknya soal pematuhan undang-undang pembinaan. Namun begitu, isu ini tetap mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen. Ada yang berpendapat semua bangunan yang dibina secara haram perlu dirobohkan tanpa mengira agama, manakala ada juga yang merasakan penyelesaian lain boleh dipertimbangkan.
04/06/2026
Taufan Mula Lanyak Jepun?!π±
Pulau Okinawa yang terkenal sebagai destinasi percutian kini bertukar menjadi kawasan yang kita perlu berhati-hati kerana Ribut Tropika Jangmi mula melanda wilayah itu dengan angin kencang dan hujan lebat. Satu lagi taufan bermusim yang mula mencetuskan kebimbangan lebih besar apabila pelbagai operasi harian terpaksa dihentikan.
Bandar Naha antara kawasan yang paling terjejas. Lapangan Terbang Naha ditutup semntara, banyak penerbangan dibatalkan dan perkhidmatan pengangkutan seperti Yui Rail serta Feri di wilayah itu. Penduduk p**a diminta berada di dalam rumah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Kelajuan angin yang direkodkan mencecah sekitar 162 kilometer sejam, cukup kuat untuk menerbangkan objek dan menyebabkan kerosakan harta benda. Pda masa sama, ramalan cuaca menunjukkan sehingga 250 milimeter hujan boleh turun dalam tempoh 24 jam, meningkatkan risiko banjir dan tanah runtuh.
Apa yang lebih merisaukan, Okinawa mungkin hanyalah permulaan. Laluan taufan ini dijangka bergerak ke arah kawasan lain di Jepun dan berpotensi mengganggu perjalanan serta aktiviti harian di beberapa wilayah lagi.
Sebagai langkah berjaga-jaga, penduduk dinasihatkan untuk sentiasa peka terhadap amaran cuaca, menyediakan bekalan keperluan kecemasan, dan segera menuju ke pusat pemindahan sekiranya menerima arahan daripada pihak berkuasa.
04/06/2026
1 bulan lagi sebelum JLPT Julai 2026
Minasan dah ready ke?