Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Shah Alam (MTAQSA)

Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Shah Alam (MTAQSA)

Share

Maahad Tahfiz Intergrasi 3 kurikulum :
Hafazan al-Quran, Agama dan Akademik
Waktu pejabat :
Ahad - Khamis

Visi MTAQSA :
Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kerajaan Negeri & Persekutuan . Untuk melahirkan Huffaz yang berilmu dalam semua bidang. Untuk melahirkan pemimpin bertaqwa dan beketerampilan berlandaskan Al-Quran & as-Sunnah . Misi MTAQSA :
Melahirkan Huffaz yang mahir isi kandungan Al-Quran, berilmu, beramal dan bertaqwa serta efisyen tentang isi kandungan Al-Quran, serta dapat memimpin masyar

20/03/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDUL FITRI 1447H
Semoga Ramadan membawa keberkatan, diterima amalan dan Syawal membawa kebahagiaan 😊.

Photos from Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Shah Alam (MTAQSA)'s post 16/03/2026

12&13 Mac | KHAMIS & JUMAAT
Pelajar MTAQSA dan guru telah berpeluang mengadakan program Iktikaf di Masjid Negeri Shah Alam ( Memburu Lailatuqadar ) selama satu malam pada malam ke-23 Ramadan, bermula dari jam 5.00 petang sehingga 7.00 pagi keesokan harinya. Bersesuain dengan mengambil keberkatan malam jumaat, malam ganjil di 10 malam terakhir ramadan.

Sepanjang program ini, para pelajar mengisi masa dengan pelbagai pengisian rohani seperti tadarus al-Quran bersama guru, mengulang hafazan al-Quran sementara menunggu waktu berbuka, solat tarawih berjemaah, serta mengikuti program qiamullail yang dianjurkan oleh pihak masjid . Program turut diakhiri dengan sahur bersama , solat subuh berjemaah sebelum bergerak pulang ke sekolah.

Semoga setiap amalan yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT, serta segala doa yang dipanjatkan dimakbulkan. Moga pengalaman beriktikaf di masjid ini menjadi kenangan bermakna buat pelajar.

Photos from Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Shah Alam (MTAQSA)'s post 16/03/2026

9 Mac l Isnin
Majlis Khatam Tadarus Al-Quran 2026 yang melibatkan para pelajar MTAQSA bersama pelajar SRII AlHanna setelah berjaya menamatkan bacaan al-Quran sepanjang bulan Ramadan.

Majlis ini menjadi tanda kesyukuran atas usaha dan kesungguhan para pelajar dalam menghidupkan amalan tadarus al-Quran, di samping menyemarakkan lagi kecintaan terhadap kitab al-Quran.

Semoga amalan membaca dan mendalami al-Quran ini terus istiqamah dalam kehidupan seharian serta menjadi panduan buat para pelajar pada masa akan datang, Insya Allah.

Photos from Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Shah Alam (MTAQSA)'s post 15/03/2026

15 Mac 2026 | Ahad

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Pengetua MTAQSA Tuan Hj Mohammad Bokhari bin Shariff atas penganugerahan Tokoh Pendukung Institusi Tahfiz Selangor 2026 sempena Majlis Ijtima’ Huffaz Selangor ke-19 yang telah disampaikan oleh YB Tuan Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah, berlangsung di Masjid Negeri Shah Alam.

Majlis ini turut disertai oleh pelajar MTAQSA bagi memeriahkan program serta memberikan sokongan atas pengiktirafan yang diterima.

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan yang bermakna terhadap usaha, komitmen serta sumbangan beliau dalam memperkasa pendidikan di MTAQSA dan membangunkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak serta berdaya saing.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik, memanjangkan umur dalam keberkatan serta terus memberi kekuatan kepada beliau untuk memimpin dan menyumbang dalam memartabatkan pendidikan al-Quran.

Photos from Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Shah Alam (MTAQSA)'s post 11/03/2026

Khamis | 5 Mac 2026

Majlis Iftar Jamaie 2026 yang menghimpunkan para guru, pelajar dan alumni MTAQSA bersama pelajar SRII AlHanna.

Majlis ini bukan sekadar pertemuan untuk berbuka puasa bersama, malah turut dipenuhi dengan pengisian rohani seperti tadarus al-Quran serta sesi Bicara Ilmu bertajuk Nuzul al-Quran yang disampaikan oleh Ustaz Aziz sebagai peringatan tentang kemuliaan peristiwa turunnya al-Quran. Dan diakhiri dengan solat tarawih berjemaah, ibadah sepanjang bulan Ramadan.

Terima kasih juga kepada ibubapa yang memberikan sumbangan wang & makanan potluck bagi memeriahkan lagi juadah berbuka.

Inilah antara pengisian Ramadan yang mewarnai kehidupan warga MTAQSA, memanfaatkan setiap detik bulan yang penuh keberkatan πŸ’«

11/03/2026

Memburu lailatulqadar

Photos from Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Shah Alam (MTAQSA)'s post 08/03/2026

1 MAC - AHAD

Sekitar suasana Majlis Iftar & Tarawih MTAQSA yang berlangsung dalam suasana penuh keberkatan dan ukhuwah di bulan Ramadan.

Di samping berbuka puasa bersama warga MTAQSA, majlis ini turut diisi dengan tadarus al-Quran serta pengisian Tadabbur Al-Quran ( surah al-Baqarah ayat 31-33) bertajuk Keilmuan Berpaksikan Tauhid oleh Us.Azham. Dengan adanya aktiviti berbuka dan solat tarawih ini juga dapat melatih pelajar MTAQSA menjadi Imam & bilal tarawih.

Semoga setiap pengisian yang dilaksanakan dapat menambah keberkatan serta mengeratkan lagi silaturahim antara semua yang hadir. πŸ€²πŸ»πŸŒ™

02/03/2026
Photos from Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Shah Alam (MTAQSA)'s post 01/03/2026

π‰π„πŒππ”π“π€π πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πˆπ…π“πŽπ‘ & π’πŽπ‹π€π“ π“π€π‘π€π–πˆπ‡, 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 πŠπ„π‹π€π π†πŽπ‹π… π’π„πŠπ’π˜π„ππŸπŸ‘

26 FEB 2026 - KHAMIS

Persatuan Wanita Islam Prihatin (PWIP) telah menjemput MTAQSA bagi menghadiri Majlis Iftar dan Solat Terawih yang telah berlangsung di Surau Kediaman Hajah Mash*tah Club Golf Seksyen 13. Terima kasih kepada pihak penganjur dan tuan rumah yang sudi menjemput warga MTAQSA berkongsi rezeki.

Antara pengisian majlis termasuklah bacaan tahlil dan yasin, tadarus al-quran, aktiviti berbuka puasa bersama serta solat terawih berjemaah. Pastinya majlis ini memberi kenangan yang bermakna dan pengalaman yang indah buat pelajar MTAQSA.

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Jalan Ketiau 3 10
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 15:00