Ustaz Rusdi Alias

Ustaz Rusdi Alias

Share

Pengarah Kibar Management & Akademi Bahasa Arab Hud-Hud | Bekas Pembimbing Segmen Hayya Bil Arabiah di IKIM.fm 2011-2013 | Pendakwah Bebas

09/06/2026

Jom sertai Seminar Mahir Nahu pada bulan Jun ini.

Kelas ini sesuai untuk anda yang nak faham bagaimana struktur ayat Arab disusun, kenapa baris boleh berubah, dan bagaimana ilmu Nahu membantu kita membaca dengan lebih jelas.

Kalau nak tahu apa yang akan dipelajari dalam seminar ini…

Tonton video ini sampai habis.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, Wasabi kami sekarang.

09/06/2026

Dalam bahasa Arab, baris bukan diletakkan secara rawak.

Ada perkataan yang berbaris depan, ada yang berbaris atas, dan ada yang berbaris bawah.

Tapi persoalannya…

Kenapa baris itu berbeza-beza?

Sebenarnya, bahasa Arab ada disiplin baris. Setiap perubahan baris ada sebab, ada kedudukan, dan ada peranan dalam ayat.

Bila kita faham disiplin baris, kita bukan sekadar membaca… tapi mula nampak bagaimana susunan ayat Arab itu berfungsi.

Dalam Seminar Mahir Nahu, kita akan belajar bagaimana mengenal baris dengan lebih tersusun supaya lebih mudah memahami struktur bahasa Arab.

Kalau nak tahu kenapa baris dalam bahasa Arab tak boleh dibaca ikut rasa-rasa…

Tonton video ini sampai habis.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, boleh Wasabi kami sekarang.





09/06/2026

Pernah tak kita tengok dalam Al-Quran, satu perkataan tu kadang-kadang hujungnya baris atas, kadang-kadang baris bawah, kadang-kadang baris depan?

Kenapa baris dia boleh berubah-ubah?

Dalam ilmu Nahu, perubahan baris ini bukan sekadar cara baca… tapi ada kaitan dengan kedudukan dan fungsi perkataan dalam ayat.

Bila kita faham perkara ini, insya-Allah kita akan lebih jelas ketika membaca dan memahami struktur bahasa Arab.

Dalam Seminar Mahir Nahu, kita akan bincangkan asas penting tentang baris yang berbeza-beza ini dengan cara yang tersusun dan mudah faham.

Kalau nak tahu kenapa satu perkataan boleh berubah baris dalam bahasa Arab…

Tonton video ini sampai habis.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, boleh Wasabi kami sekarang.





04/06/2026

Dalam bahasa Arab, ayat bukan sekadar disusun begitu sahaja.

Ada susunan ayat yang bermula dengan kata kerja.
Ada p**a susunan ayat yang bermula dengan kata nama.

Sebab itu dalam bahasa Arab, kita akan belajar beberapa jenis jumlah atau ayat.

Antaranya ialah:

Jumlah Fi‘liah
dan
Jumlah Ismiah

Tapi… apa sebenarnya maksud Fi‘liah?
Apa p**a maksud Ismiah?

Kenapa penting untuk kita tahu beza antara dua jenis ayat ini?

Bila kita faham perbezaannya, kita akan lebih mudah mengenal struktur ayat dalam Al-Quran, termasuk ketika membaca dan memahami Surah Maryam.

Dalam video ini, kami akan kongsikan secara ringkas apa itu Jumlah Fi‘liah dan Jumlah Ismiah dengan cara yang mudah difahami.

Tonton video sampai habis kalau nak tahu beza dua jenis jumlah ini.

Kelas Lanjutan Bulan Jun
Fokus: Surah Maryam & Struktur Ayat Bahasa Arab
Khas untuk yang sudah ada asas bahasa Arab.

Klik WASABI kami sekarang untuk maklumat lanjut.

04/06/2026

Pernah perasan tak dalam Surah Maryam, ada banyak ayat yang berbentuk seruan?

Contohnya apabila seseorang menyeru dengan penuh harapan, doa, kasih sayang atau nasihat.

Dalam bahasa Arab, seruan seperti ini dipanggil Munada.

Munada ialah perkataan yang datang selepas huruf seruan seperti يَا yang bermaksud “wahai”.

Menariknya dalam Surah Maryam, gaya seruan ini bukan sekadar susunan bahasa…
tetapi membawa rasa yang sangat mendalam.

Ada seruan seorang hamba kepada Tuhannya.
Ada seruan seorang ayah kepada anaknya.
Ada seruan nasihat, teguran dan permintaan.

Bila kita belajar Munada melalui Surah Maryam, kita bukan hanya kenal kaedah nahu…
tapi kita juga dapat rasa keindahan bahasa Al-Quran.

Dalam kelas lanjutan bulan Jun ini, kita akan melihat bagaimana Munada digunakan dalam Surah Maryam dan bagaimana ia membantu kita memahami maksud ayat dengan lebih hidup.

Tonton video ini sampai habis, sebab kita akan kongsikan contoh Munada yang menarik dalam Surah Maryam.

Kelas Lanjutan Bulan Jun
Fokus: Surah Maryam | Munada | Ilmu Bahasa Arab
Khas untuk yang sudah ada asas.

Klik WASABI kami sekarang untuk maklumat lanjut.

04/06/2026

Pernah tak bila baca Al-Quran, kita jumpa satu perkataan…
tapi bila berubah bentuk, maknanya pun jadi lebih luas?

Dalam kelas lanjutan bulan Jun ini, kita akan fokus kepada Surah Maryam sambil mendalami Ilmu Sorof.

Ilmu Sorof ialah ilmu yang membincangkan bentuk-bentuk perkataan dalam bahasa Arab — bagaimana satu asal perkataan boleh berubah kepada pelbagai bentuk dan membawa maksud yang berbeza.

Menariknya, bila kita faham Sorof, kita bukan sekadar baca…
tapi mula nampak keindahan susunan bahasa Al-Quran.

Dalam video ini, kami kongsikan sedikit gambaran tentang apa yang akan dipelajari dalam kelas lanjutan nanti.

Tonton video sampai habis, sebab di hujung video ada penjelasan penting untuk anda yang pernah belajar asas bahasa Arab dan mahu melangkah ke tahap seterusnya.

Kelas Lanjutan Bulan Jun
Fokus: Surah Maryam & Ilmu Sorof
Khas untuk peserta yang sudah ada asas bahasa Arab.

Nak belajar dengan lebih mendalam?
Klik WASABI kami sekarang untuk maklumat lanjut.

03/06/2026

Sambungan perbincangan bagi Taujih dan I'rab Qiraat untuk sesi ke 102 bersama Ustaz Rusdi Alias Pengasas Kaedah PUSAR.

Untuk sebarang pertanyaan hubungi 0193579303

02/06/2026

📖 📖 Kelas Bahasa Arab Al-Quran (Peringkat Lanjutan)

Jom teruskan pengajian dengan kelas lanjutan Kaedah PUSAR yang memfokuskan kepada pemahaman ayat-ayat Al-Quran secara lebih mendalam. Kelas untuk mereka yang telah mempunyai asas Bahasa Arab sahaja.

✅ UA -Surah Luqman > Selasa 9 - 11 pagi
✅ UAF -Surah Maryam > Isnin, Rabu, Jumaat, 8-9 mlm
✅ UKA -Surah Az-Zariyat > Sabtu 8.30 –10.30 pagi

📚 Praktikal langsung dengan ayat-ayat Al-Quran
🎥 Belajar secara Online (Live) + Rakaman disediakan
👥 Whatsapp group kelas bersama asatizah

📩 WhatsApp segera untuk daftar: 60199599303

🌷 Melahirkan Generasi Faham & Menghayati Al-Quran 🌷

01/06/2026

Haaa korang, solat Subuh tadi baca doa qunut tak?

Kalau tak baca doa qunut, solat tu sah ke tak sah?
Cuba komen kat bawah, sah atau tak sah?

Dalam kelas kali ini, kita akan belajar bacaan doa qunut dengan lebih jelas, termasuk sebutan huruf yang selalu tersilap — contohnya huruf “إِلَهَ” dan tempat-tempat bacaan yang perlu diperhatikan.

Kita belajar perlahan-lahan supaya bacaan jadi lebih yakin, lebih kemas, dan lebih tepat.

Tengok video ni sampai habis ya, sebab ada penerangan penting untuk yang nak perbaiki bacaan doa qunut.

Yang nak betulkan bacaan, jom join kelas bulan Jun ini.

01/06/2026

Jom Join Kelas Al-Fatihah & Qunut Bulan Jun Ini!

Khas untuk anda yang sudah ada asas dan ingin sambung belajar dengan lebih tersusun.

Dalam kelas ini, kita akan masuk ke topik dhomir dan terangkan dengan cara yang mudah faham, langkah demi langkah.

Kelas Peralihan ini sesuai untuk anda yang nak kuatkan lagi bacaan dan kefahaman sebelum pergi ke tahap seterusnya.

Tengok video ini sampai habis ya, sebab ada penerangan penting tentang kelas dan siapa yang sesuai untuk join.

Yang dah ada asas, jangan lepaskan peluang ini.

Jom daftar dan join kelas Al-Fatihah dan Qunut bulan Jun ini!

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


No7, Jalan Tanjung Tenteram 30/20A, Taman Impian Sutera
Shah Alam
40460

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00